MUNGKIN BETUL MUNGKIN TIDAK, SEKADAR BACAAN HIBURAN CERITA SERAM...JAUHI DARI PERKARA-PERKARA TAHYUL DAN SYIRIK - [Formerly known as LUBUKPUAKA since 2008]

Dec 25, 2024

12 Lokasi Misteri Dan Berhantu Di Malaysia

 


Kawasan dan rumah berhantu ini selalu dikaitkan dengan kejadian hitam yang pernah berlaku di tempat tersebut. Kejadian seperti pembunuhan, kematian dan ilmu hitam pasti akan menjadi buah mulut masyarakat sekeliling sekaligus menghasilkan stigma seram dalam kalangan masyarakat terhadap sesuatu kawasan.

Pernahkah anda menghampiri kawasan yang dikatakan berhantu? Atau anda sendiri  memasuki kawasan  tersebut untuk mengetahui kisah seram disebalik kediaman yang dikatakan berhantu?

Ini adalah 12 lokasi misteri dan berhantu yang paling seram di Malaysia.

Dec 24, 2024

Apa Itu Ultrasound??

 


Sumber Asal: <<FB Hir Hery>>

Apa Itu Ultrasound?

Ultrasound ni bukan sekadar alat untuk tengok baby, tau. Ia menggunakan gelombang bunyi frekuensi tinggi yang tak boleh kita dengar, dan gelombang tu dipantulkan semula untuk menghasilkan imej dalam tubuh kita. Mesin ultrasound akan menangkap imej tu dan membantu doktor buat diagnosis. Yang paling best, ultrasound ni selamat, sebab ia tak menggunakan radiasi macam X-ray atau CT scan!

.Sebenarnya, banyak lagi fungsi ultrasound yang ramai tak tahu. Selain untuk scan ibu mengandung, ultrasound digunakan dalam pelbagai bidang perubatan lain yang sangat penting. Jom tengok beberapa kegunaan utama ultrasound dalam dunia perubatan:

Dec 22, 2024

5 Teknologi Terbaru Mengubah Gaya Hidup

 


Sumber Asal : <<MRFIX>>

1. Internet of Things (IoT) dan Rumah Pintar

Apa itu?
Internet of Things (IoT) merujuk kepada peranti yang saling berhubung melalui internet dan boleh dikawal dari jarak jauh. Dalam rumah pintar, peranti seperti lampu, penghawa dingin, kamera keselamatan, dan alat penjimatan tenaga boleh diatur dan dikendalikan melalui telefon pintar atau peranti suara seperti Amazon Alexa dan Google Home.

Bagaimana Ia Mengubah Kehidupan Kita?
Dengan IoT, kita dapat mengawal rumah dari mana sahaja. Ia menjadikan kehidupan lebih mudah, lebih cekap, dan lebih selamat. Sebagai contoh, anda boleh memeriksa keselamatan rumah ketika berada di luar, atau menghidupkan penghawa dingin sebelum sampai di rumah.

KOLEKSI TOK AWANG NGAH : EP7 - TIBA-TIBA MAYAT MENJADI BERAT

 

TOK AWANG NGAH - CETAKAN PERTAMA 1985
TAJUK BUKU: ULAR DALAM KUBUR WANITA. (12 siri)


KOLEKSI TOK AWANG NGAH : SIRI 7 - TIBA-TIBA MAYAT MENJADI BERAT

MADRASAH Tok Aji dibina di depan rumahnya saja. Ramai penuntut-penuntut yang datang belajar di situ. Ada yang datang dari Johor, ada yang datang dari Pahang, ada yang dari Selangor dan ada yang datang dari Negeri Sembilan. Saya ikut sama belajar di madrasah Tok Aji, kerana ayah saya lebih suka saya memulakan pelajaran pondok. Itu pun dihantar pada sebelah petang saja, kerana paginya ayah mahu saya belajar di sekolah Melayu atau sekarang ini di sekolah rendah.

Dec 21, 2024

Hilang Ingatan Akibat Kemalangan

 

Hilang ingatan akibat kemalangan, lelaki nampak lembaga hitam bermata merah meratah kakinya... seram saat jururawat kata ‘benda’ tu tak ikut balik


SUASANA suram ketika berkunjung ke hospital pada waktu malam pastinya membuatkan sesiapa sahaja membayangkan pelbagai kisah seram yang mungkin pernah berlaku di situ.

Jika tidak mengalami sendiri, pasti ada di antara kita yang pernah mendengar 1,001 kisah seram daripada pengalaman orang lain sekaligus membuatkan hospital cukup sinonim dengan perkara paranormal.