MUNGKIN BETUL MUNGKIN TIDAK, SEKADAR BACAAN HIBURAN CERITA SERAM...JAUHI DARI PERKARA-PERKARA TAHYUL DAN SYIRIK - [Formerly known as LUBUKPUAKA since 2008]

Jan 19, 2014

Penyanyi Bertudung Dihalau Turun Pentas

KUALA LUMPUR: Selepas kontroversi seorang guru mualaf, Choi Yi Shan, 25, diarahkan untuk membuka tudung semasa mengajar di SJKC Nan Ya, Teluk Sengat, Johor, malam tadi diskriminasi yang sama dikenakan kepada seorang penyanyi yang membuat persembahan di Roof Lounge, Pusat Konvensyen Sime Darby, Bukit Kiara.

Marinatasha Isnariah Mustapar, 33, yang sepatutnya menyanyi bersama band Rufus dimalukan dengan diarahkan turun daripada pentas utama ketika majlis Makan Malam Tahunan CASTMET 2014 iaitu sebuah syarikat pemaju hartanah yang berpusat di Plaza Damas, Sri Hartamas.

“Saya rasa sangat malu kerana sudah bersiap sedia mengambil tempat di atas pentas dengan mikrofon. Saya terpaksa mengemaskan buku nota lirik dan membawa turun bersama note stand,” jelas Marina yang kecewa diaibkan di hadapan lebih kurang seratus tetamu pada insiden jam 8.00 malam tadi.

Shoucast VS Icecast

What is the difference between Shoutcast and Icecast?



Jan 18, 2014

Kisah D Asrama Sekolah

Di sekolah, saya memegang jawatan yang agak tinggi dalam persatuan agama islam. Suatu hari saya dihantar untuk mengikuti kursus kepimpinan yang ditawarkan oleh jabatan agama negeri. Kami ditempatkan di sebuah asrama yang jauh dari orang – iaitu di kawasan hutan tebal entah di mana saya kurang pasti. Malah, rumah2 kampung pun kami tak nampak di sekitar itu.

Walaupun begitu, ia sebuah sekolah agama yang mempunyai infrastruktur yang boleh dikatakan baik dengan bangunan sekolah dan asrama berdinding batu, ada kantin yang sederhana besar, tanah yang luas, padang (court) berlantai simen, padang bola sepak, surau, dll.

Kami datang dari pelbagai jenis sekolah. Tetapi, kebanyakan kami berasal dari sekolah biasa (bukan sekolah agama). Setahu saya, di kalangan kami hanya ada tak sampai 10 orang sahaja pelajar dari sekolah agama. Kami dikendalikan oleh guru-guru agama seluruh negeri, kalau tak silap saya.

NAPASIRO

Salam sahabat....

Kali ini hamba nak perkenalkan 'NAPASIRO' ,anda tahu apa itu napasiro.Napasiro adalah loghat ataupun dialek Kelantan kalau ia di tulis atau disebut dalam bahasa Malaysia yang betul adalah 'Penampar Sira'.

Penampar Sira atau Napasiro ini adalah istilah kepada Penampar..sekiranya seseorang itu terkena Napasiro ini,individu itu akan sentiasa ingat sepanjang hidup..dengan istilah lain sama juga dengan Penampar Jepun.


Kad Pengenalan Perdana Menteri Malaysia


Mungkin ada yang pernah tengok Kad Pengenalan PM-PM Malaysia ,kalau tak pernah tengok boleh tengok kat sini...






Allahyarham Tunku Abdul Rahman
1957 - 1970