MUNGKIN BETUL MUNGKIN TIDAK, SEKADAR BACAAN HIBURAN CERITA SERAM...JAUHI DARI PERKARA-PERKARA TAHYUL DAN SYIRIK - [Formerly known as LUBUKPUAKA since 2008]
Showing posts with label News. Show all posts
Showing posts with label News. Show all posts

Feb 22, 2014

Jalan Raya Di Malaysia Tempat Ke-17 Paling Bahaya Di Dunia - Kajian


Malaysia adalah antara 25 negara yang paling berbahaya bagi pengguna jalan raya, dengan mencatatkan 30 kematian bagi setiap 100,000 individu, menurut kajian oleh Universiti Michigan.

Dikendalikan oleh Institut Penyelidikan Pengangkutan universiti itu menggunakan data 193 negara Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), senarai kajian pada Februari 2014 menunjukkan Malaysia sebagai negara ke-17 yang paling berbahaya untuk pemandu.

Feb 8, 2014

Maharaja Lawak Mega 2013 Tutup Tirai


Maharaja Lawak Mega 2013 baru sahaja melabuhkan tirai,dimana telah diketahui umum juara nya yang telah menerima hadiah RM500K ...setengah juta tu ...Apa pun tahniah buat semua peserta akhir MLM 2013

Feb 6, 2014

Bank kena Simbah Cat


Simbah cat ini perkara biasa bagi yang tidak membayar balik pinjaman wang daripada 'Along".. Tapi yang muskilnya bank pun kena simbah cat ..Bank pun pinjam 'Along' ke.... Ini terjadi di Ipoh

Ikuti laporan penuh .. klik Read More..

Syamsul, Syafiq Kongsi Majlis Resepsi


Anak kepada pengarah filem Datuk Yusof Haslam iaitu Syamsul dan Syafiq akhirnya memilih tarikh 18 April depan untuk mengadakan majlis resepsi perkahwinan masing-masing.

Ibu kepada kedua-dua selebriti tersebut, Datin Patimah Ismail berkata, majlis resepsi berkenaan akan diadakan di Dewan Perdana Felda, dekat sini pada pukul 8 malam.

"Insya-Allah pihak kami akan mengadakan majlis resepsi itu serentak secara sederhana dengan kehadiran semua kaum keluarga, rakan-rakan dan teman media pada majlis sambut menantu.

"Selain itu, kami juga merancang untuk mengadakan satu majlis kecil di rumah atas permintaan anak-anak selepas acara di Dewan Felda," katanya kepada mStar Online ketika dihubungi pada Khamis.

Feb 3, 2014

Cuti Tahun baru China



Tahun baru China 2014 ini...seperti tahun-tahun lepas ramai warga kota akan mengambil kesempatan cuti tahun baru cina..ada yang cuti tiga hari dan ada yang cuti empat hari, ia itu bagi Wilayah Persekutuan di mana
hari Wilayah pada 1hb Februari,bertindih dengan hari kedua tahun baru cina hari Sabtu..

Seperti biasa jalanraya akan mengalami kesesakan dan jem,sama ada pulang ke kampung ataupun pulang dari kampung setelah cuti dah habis.

Itu saja aku nak beritahu........sekian

Jan 29, 2014

Anwar Bertanding Untuk Satu Matlamat - Tun M


Tun Dr Mahathir Mohamad menyifatkan hasrat Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu bertanding pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang jika diadakan, sebagai usaha untuk mencapai matlamatnya menjadi perdana menteri.

Bekas perdana menteri itu berkata ia adalah langkah untuk naik ke atas dan Anwar tidak akan berhenti pada tahap itu sahaja.

"Saya fikir itu bukan matlamatnya tetapi itu adalah tangga yang digunakan untuk mencapai matlamatnya (menjadi perdana menteri)," katanya kepada pemberita selepas ditemu bual dalam program 'Dalam Radar Khas' terbitan Bernama Radio24 di Wisma Bernama di sini Rabu.

Juara Masterchef Malaysia


Peluang kedua yang diberikan tidak disia-siakan oleh peserta paling muda iaitu Zamir apabila diumumkan sebagai juara Masterchef Malaysia All Star sekaligus menumpaskan pesaingnya, pengacara Celina Khor.

Kemenangan itu melayakkan Zamir atau nama sebenarnya, Arshad Zamir Mohd Azmi, 21, menerima wang tunai bernilai RM55,000 yang akan disumbangkan kepada badan kebajikan Rumah Teduhan Kasih.

Jan 26, 2014

Bertukar Gambar Bogel


Apa nak jadi dengan remaja zaman sekarang,sepatutnya seusia sebegini dan masih lagi sekolah sepatunyan menghabiskan masa dengan menelaah mata pelajaran.

Tetapi segelintir remaja perempuan di bawah umur negara ini lebih kemaruk bertukar-tukar gambar bogel sesama jantina menerusi telefon bimbit sebelum melakukan hubungan songsang.

Lebih membimbangkan,gejala tidak sehat ini melibat remaja perempuan bawah umur seawal 13 tahun dengan aplikasi Wechat dan line sebagai medan mencari pasangan songsang.

Dunia dah semakin uzur,iklim dunia dah berubah...ingat-ingatlah kiamat akan tiba

Rafizi Nasihati Belia Kahwin Sebelum April 2015


Golongan belia dinasihati berkahwin segera sebelum April 2015 bagi mengelakkan daripada menanggung kos kenduri perkahwinan yang tinggi apabila Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) dilaksanakan.

Jan 25, 2014

Ketua Dewan Ulama PAS Meninggal Dunia


Ketua Dewan Ulama PAS Pusat, Datuk Harun Taib disahkan meninggal dunia kira-kira pukul 12 tengah malam Jumaat di Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu.

Berita mengenai kematian tersebut disahkan Pegawai Tadbir Lajnah Penerangan dan Dakwah PAS Pusat, Mohd Shahir Abu Hassan.

Jan 19, 2014

Penyanyi Bertudung Dihalau Turun Pentas

KUALA LUMPUR: Selepas kontroversi seorang guru mualaf, Choi Yi Shan, 25, diarahkan untuk membuka tudung semasa mengajar di SJKC Nan Ya, Teluk Sengat, Johor, malam tadi diskriminasi yang sama dikenakan kepada seorang penyanyi yang membuat persembahan di Roof Lounge, Pusat Konvensyen Sime Darby, Bukit Kiara.

Marinatasha Isnariah Mustapar, 33, yang sepatutnya menyanyi bersama band Rufus dimalukan dengan diarahkan turun daripada pentas utama ketika majlis Makan Malam Tahunan CASTMET 2014 iaitu sebuah syarikat pemaju hartanah yang berpusat di Plaza Damas, Sri Hartamas.

“Saya rasa sangat malu kerana sudah bersiap sedia mengambil tempat di atas pentas dengan mikrofon. Saya terpaksa mengemaskan buku nota lirik dan membawa turun bersama note stand,” jelas Marina yang kecewa diaibkan di hadapan lebih kurang seratus tetamu pada insiden jam 8.00 malam tadi.