MUNGKIN BETUL MUNGKIN TIDAK, SEKADAR BACAAN HIBURAN CERITA SERAM...JAUHI DARI PERKARA-PERKARA TAHYUL DAN SYIRIK - [Formerly known as LUBUKPUAKA since 2008]

Jan 15, 2014

Fenomena Kangkong

Salam sejahtera.......sejak dua menjak ini negara Malaysia di landa fenomena Kangkong,dimana ia telah menjadi viral lebih hebat dari Gangnam Style dari PSY....ada yang telah membuat remix Kangkong dan juga ada video klip Kangkong...dari segi foto jangan cakap lah....sana sini Kangkong terutama dilaman sosial Facebook ..





Doa Menghadapi Musuh

Doa dalam menghadapi musuh..bagi anggota keselamatan seperti polis,tentera dan lain termasuk semua umat Islam juga boleh mengamalkannya. Ianya juga boleh diamalkan dalam mendinding diri daripada gangguan makhluk halus. Selamat beramal saudara2ku...saya tulis transliterasi adalah untuk kegunaan awam dan bukannya orang menekuni bidang agama semata2.



Sumber Asal : Ustaz Tuan Asmawi Tuan Umar

Jan 14, 2014

Murid terlalu cerdik

Seorang guru, Cikgu Murni menghadapi masalah dengan salah seorang muridnya (Abu). Lalu guru ini bertanya kepada murid tersebut : "Apa sebenarnya masalah awak, Abu?"

Lalu Abu menjawab, "Saya terlalu cerdik untuk berada di darjah 4, kakak saya menduduki UPSR dan saya lebih cerdik dari dia, maka saya seharusnya berada di tempat yang sama juga!".

Cikgu Murni dah tak tertahan. Dia bawa Abu ke pejabat pengetua. Sementara Abu menunggu di ruang tamu, Cikgu Murni terangkan keadaan tersebut kepada pengetua. Pengetua mengatakan yang dia akan berikan ujian kepada Abu dan jika Abu gagal menjawab, maka Abu harus kekal di darjah 3 dan berkelakuan baik. Abu dibawa masuk ke pejabat Pengetua dan Cikgu Murni terangkan pada Abu dan Abu bersetuju untuk ambil ujian yang akan diberikan.

Bersatu lah Umat Islam







Diusik Jelmaan Penunggu Rumah

Along, Nora dan Ayu adalah sahabat karib. Mereka berkawan sejak di tahun pertama di salah sebuah institusi pengajian tinggi di ibu kota lagi. Kebetulan ketika mereka berada di tahun ke 3, mereka tidak dibenarkan tinggal di kampus lagi. Mahu tidak mahu mereka terpaksa menyewa di luar. Setelah puas mencari rumah, akhirnya mereka bersepakat untuk menyewa sebuah rumah teres yang sudah lama tidak berpenghuni. Memandangkan sewa yang ditawarkan agak murah, tanpa berfikir panjang mereka terus bersetuju. Rumah teres itu dimiliki oleh seorang lelaki tua yang hanya memperkenalkan dirinya sebagai Atok Mok.

Kali pertama berjumpa dengan Atok Mok ketika menyerahkan wang deposit, mereka sangat terkejut. Wajah orang tua itu amat menakutkan mereka . Keningnya hitam lebat, air mukanya sangat garang dan matanya sentiasa meliar ke sana ke sini serta berwarna merah. Mujur juga orang tua itu cepat mengundur diri. Namun matanya tidak berkedip memandang Ayu!