MUNGKIN BETUL MUNGKIN TIDAK, SEKADAR BACAAN HIBURAN CERITA SERAM...JAUHI DARI PERKARA-PERKARA TAHYUL DAN SYIRIK - [Formerly known as LUBUKPUAKA since 2008]
Showing posts with label sorok. Show all posts
Showing posts with label sorok. Show all posts

Jan 10, 2026

GADIS 'DISOROK' KETIKA BERCUTI DI PULAU

 

Sumber : MSTAR | MISTIK  November 25,2025

GADIS 'DISOROK' KETIKA BERCUTI DI PULAU

-Gadis ‘disorok’ ketika bercuti di pulau ditemukan dalam semak tepi pantai... Kawan-kawan dalam resort diganggu suara wanita mengilai-


DI sebalik keindahan sebuah pulau popular di Pantai Timur, tersembunyi satu kisah misteri yang menyebabkan tiga sahabat ini serik untuk kembali ke sana.

Anis, Fida dan Qila merupakan rakan sekerja di sebuah syarikat perbankan di ibu negara.

Sekitar awal April lalu, mereka bercuti di sebuah pulau dengan menempah bilik di resort dengan pemandangan indah berhampiran pantai.