Sumber : >>MSTAR | MISTIK<<
SISWI
DIGANGGU PENUNGGU
-Ingat nak kurus sambil ‘cuci mata’ tengok budak lelaki main bola... Siswi tak sangka diganggu ‘penunggu’ kampus ketika joging!-
BAGI golongan pelajar, aktiviti berjoging merupakan cara paling mudah untuk bersenam demi menurunkan berat badan.
Mimi dan Syikin (bukan nama sebenar) juga mula menjalani gaya hidup sihat selepas berat masing-masing mula mencecah 70 kilogram (kg).
Dua pelajar universiti itu tidak mampu untuk membayar yuran keahlian gim, jadi mereka memilih untuk berjoging setiap kali tamatnya kuliah.
Awalnya, mereka hanya bersenam di kawasan asrama dan kampus pada waktu petang sambil mencuci mata untuk melihat pelajar lelaki bermain bola.