MUNGKIN BETUL MUNGKIN TIDAK, SEKADAR BACAAN HIBURAN CERITA SERAM...JAUHI DARI PERKARA-PERKARA TAHYUL DAN SYIRIK - [Formerly known as LUBUKPUAKA since 2008]

Mar 24, 2014

ADRUJA WIJAYAMALA SINGA - PUTERI WIRAWATI MELAYU YANG DILUPAKAN - Bhgn 1

 Buku 101 Puteri Dunia Melayu - Sejarah dan Legenda

Riwayat sejarah di negeri Kelantan ada menyebut tentang kisah seorang puteri raja yang sangat masyhur namanya di bumi Semenanjung Tanah Melayu. Suatu ketika dahulu, puteri Melayu ini bukan sahaja telah mengangkat martabat bangsa Melayu di mata dunia, malah baginda juga turut berjaya membuktikan kemampuan kaum wanita ketika di medan perang mahupun dalam seni mempertahankan diri.

TANDA KEKUASAAN ALLAH PADA SEEKOR LALAT


TANDA KEKUASAAN ALLAH PADA SEEKOR LALAT

Dalam hidup seharian kita, apabila menyebut sahaja mengenai lalat, pasti akan ada yang menyumpah seranah, pasti akan ada yang memaki hamun makhluk kecil ini. Tetapi sehina-hina lalat ini pun, ada petanda yang ALLAH tinggalkan kepada hambanya yang mahu berfikir.

Tahukah anda tanda kehebatan ciptaan ALLAH terkandung pada makhluk yang hanya sekecil lalat ini? Makhluk sekecil lalalt ini mempunyai sepasang sayap yang mampu berkepak dalam 500 kali persaat dan iniah yang memberikan keupyaan terbang yang sangat mengagumkan. Bayangkan sayap yang tak sampai sebesar saiz kuku kita ini mampu bergerak 500 kali tanpa rosak?

Mar 22, 2014

Hikmah Di Setiap Simpang Misteri




As-Salam buat seluruh umat yang membaca,

1. Rahmat yang terselubung sentiasa muncul di sekeliling kita samada kita sedar, tidak sedar atau mungkin juga pura-pura tidak menyedarinya. Kita lebih fokus kepada perkara-perkara yang hanya mengikut selera kita untuk mendengar, melihat dan membaca. Peristiwa kehilangan pesawat MH370 yang sudah mencecah 2 minggu tetap hadir dengan “rahmat yang terselubung”. Mana tidaknya, berbagai perkara yang sebelumnya misteri buat yang jahil menjadi fasih dan petah hingga ke kelompok yang merayap di mukabumi. Terminologi cockpit, transponder, altitude, blackbox serta tempat-tempat yang dulunya asing kini meniti dibibir-bibir pendebat misteri seperti Diego Garcia hinggalah negara-negara yang berakhir dihujungnya ‘Tan’ seperti Turkmenistan, Uzbekistan, Tajikistan dan lain-lain. Dari tukang cuci hinggalah para menteri semuanya ketagihan bicara soal MH370. Kedai kopi dan kedai makan tidak perlukan lagi astro dan muzik apabila isu ini bermaharajalela. Namun, dari sudut ekonomi mungkin bagus buat peniaga yang sebelumnya kedai sunyi sepi.

2. Banyak pelajaran yang dapat ditimba dengan kehilangan MH370. Jika sebelum ini ramai yang tidak mengetahui prosedur sebenar menaiki kapalterbang dapat belajar walaupun tuanpunya pesawat dan pihak terlibat enggan belajar. Juruterbang yang pada awalnya dijulang bagai wira kini namanya agak kusam dengan berita-berita yang amat tidak wajar selagi beliau tidak dibuktikan bersalah. Hikmah yang dapat dipelajari adalah setinggi mana sekalipun bakti dan jasa kamu, apabila sudah tidak disukai, maka bertimpa-timpa tong najis dijatuhkan atas kepala sesiapa saja menjadi ‘insan terpilih’ pemangsa. Perasaan dan maruah juruterbang, keluarga tidak lagi menjadi bahan perhitungan.

CENTOVACAST : Playlist & Autodj


Assalamualaikum...salam semua,kali ini hamba nak berkongsi sedikit ilmu setakat mana yang hamba tahu,khusus buat Admin-admin radio online yang menggunakan Control Panel CENTOVACAST 3.0. Bagaimana nak upload file lagu ke dalam autodj dengan menggunakan FILE MANAGER tanpa perlu melalui FTP (File Transfer Protocol)dan bagaimana nak buat playlist lagu-lagu dalam autodj.Seperti biasa anda kena Login Cpanel CENTOVACAST seperti di atas.Hamba pasti ..anda lebih arif dan expert dari hamba...