DAHULU MEREKA PERNAH DATANG MENCARINYA... KINI MEREKA DATANG MENCARI LAGI...
Kawasan Misteri di Hutan Taman Negara Malaysia
[Lokasi: Di Sempadan Negeri Pahang-Kelantan berhampiran dengan Gunung Tahan]
Sebagai mukadimah, elok rasanya kalau saya menggambarkan dulu lokasi ini secara lebih terperinci.
Anda pernah mendaki Gunung Tahan? Kalau tak pernah, elok la kalau anda boleh buka Google Earth atau Wikimapia sambil baca posting ini untuk memahami lebih jelas lagi tentang lokasi kawasan misteri yang akan saya ceritakan ini.
Sekiranya anda hendak mendaki Gunung Tahan, jalan biasa yang perlu anda lalui ialah seperti berikut. Daripada pejabat Taman Negara di Merapoh, anda boleh menaiki kenderaan pacuan 4 roda hingga Kuala Juram. Daripada Kuala Juram, anda akan mula berjalan kaki sambil mendaki ringan2 sejauh lebih kurang 15 km hingga Kem Kor. Daripada Kem Kor, anda perlu menyambung pendakian (kali ni betul2 mendaki kerana curam gak kat sini) hingga ke Kem Permatang dan terus ke Kem Kubang.
Dipendekkan cerita... anda kemudiannya kena meneruskan perjalanan ke Kem Belumut, pastu Kem Bonsai dan terus ke Kem Bukit Botak... hahahhh... banyak giler kem2 yang anda lalui tapi masih belum sampai lagi. Akhirnya daripada Kem Bukit Botak barulah anda boleh sampai ke Kem Puncak Gunung Tahan. Semua ini mengambil masa di antara 4 hingga 5 hari. Kalau anda seorang yang berstamina rendah, mungkin ambil masa lama lagi