Foto dari kiri : Almarhum Sultan Langkat (yang memakai kaca mata,antara mangsa tragedi berdarah tersebut) dan 3 orang putera raja dari kerajaan Deli, Langkat dan Asahan yang segak berpakaian tradisional Melayu. Gambar terakhir ialah Istana Langkat yang tiada lagi kerana telah hangus dibakar.
Saya pasti anda semua sudah maklum akan pembantaian terhadap raja-raja Melayu dan golongan bangsawan Melayu terpelajar di Sumatera dan Kalimantan oleh pihak yang mendakwa kononnya sebagai golongan Nasionalis Indonesia sekitar 1946 dan 1960-an.
Di bawah adalah ringkasan kepada peristiwa-peristiwa sadis yang berlaku di kerajaan-kerajaan Melayu Islam yang telah diserang oleh manusia-manusia kejam ini. Peristiwa ini berlaku hampir serentak di Sumatera iaitu pada 3 Mac 1946 dan kemudiannya pada 1960-an di sebuah kerajaan Melayu di Kalimantan.




