MUNGKIN BETUL MUNGKIN TIDAK, SEKADAR BACAAN HIBURAN CERITA SERAM...JAUHI DARI PERKARA-PERKARA TAHYUL DAN SYIRIK - [Formerly known as LUBUKPUAKA since 2008]

Feb 8, 2014

Kerajaan Chi Tu


Chi Tu

Kerajaan Chi Tu atau Kerajaan Tanah Merah (Anggaran dari 100 SM hingga 700 M) merupakan sebuah kerajaan Buddha purba di Semenanjung Melayu.

Jangan mudah lupa PERISTIWA 13 MEI 1969


Peristiwa 13 Mei 1969 merupakan satu titik hitam yang telah mencacat keamanan dan keharmonian rakyat yang berbilang kaum di negara ini. Tiada siapa yang dapat menyangka api kebencian tersebut bertukar menjadi tragedi yang sukar dilupakan. Walau bagaimanapun, bibit-bibit perpecahan kaum ini wujud sejak negara mencapai kemerdekaan lagi disebabkan ketidakpuasan hati kaum lain terhadap hak-hak keistiemwan orang Melayu seperti yang termaktub dalam perlembagaan terutamanya yang menyentuh mengenai bahasa dan pelajaran.

Rentetan daripada ketidakpuasan hati itu, maka setiap perkara yang menjurus kepada hak-hak keistimewaan orang Melayu dipertikaikanm khususnya oleh kaum Cina. Perkara ini semakin ketara apabila di dalam kempen Pilihanraya 1969, tanpa menghiraukan sensitiviti serta isu-isu yang boleh mencetuskan kontroversi di kalangan kaum, orang-orang Cina telah mencabar hak-hak keistimewaan orang Melayu seperti yang termaktub di dalam Artikel 153 Perlembagaan Malaysia. Keadaan kempen yang tidak dikawal ini merupakan punca tercetusnya peristiwa 13 Mei 1969.

Tujuh Peringatan Seri Paduka Sultan Perak


Tujuh peringatan 
Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Azlan Muhibbuddin Shah
Sultan Yang Dipertuan & Raja Pemerintah Kerajaan Negeri Perak Darul Ridzuan

MAHA Suci Allah yang di tangan-Nya segala kerajaan; yang memberi kerajaan kepada orang yang Engkau kehendaki dan mencabut kerajaan daripada orang yang Engkau kehendaki; Engkau muliakan orang yang Engkau kehendaki dan Engkau hinakan orang yang Engkau kehendaki; di tangan Engkau segala kebajikan; sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas segala sesuatu.

Selawat dan kesejahteraan ke atas Rasul junjungan dan penghulu kami, Nabi Muhammad SAW, semulia-mulia kejadian; kurniakan rahmat ke atas Baginda, demikian juga ke atas keluarga dan para sahabat Baginda yang merupakan bintang-bintang penunjuk mencernakan cahaya, seterusnya ke atas para Tabiin dan para ulama yang berperanan sebagai penyuluh kegelapan. Semoga memperoleh ihsan sehingga ke hari kebangkitan.

Maharaja Lawak Mega 2013 Tutup Tirai


Maharaja Lawak Mega 2013 baru sahaja melabuhkan tirai,dimana telah diketahui umum juara nya yang telah menerima hadiah RM500K ...setengah juta tu ...Apa pun tahniah buat semua peserta akhir MLM 2013

Besdey Aku ke???


Eh!... birthday aku ke..?? Betul lah besday aku hari ini.... Aku dilahirkan pada 8 Februari 1974

Terlebih dahulu aku doakan buat mama semoga sehat selalu,dilanjutkan usia... kerana dia,adanya aku di dunia ini,tak lupa juga kuiringi doa dan al-fatihah buat arwah abah kerana bersusah payah membesarkan aku serta adik-adik.

Tak lupa juga buat isteri tersayang yang sentiasa memberi semangat kepada aku.