Feb 8, 2014
Besdey Aku ke???
Eh!... birthday aku ke..?? Betul lah besday aku hari ini.... Aku dilahirkan pada 8 Februari 1974
Terlebih dahulu aku doakan buat mama semoga sehat selalu,dilanjutkan usia... kerana dia,adanya aku di dunia ini,tak lupa juga kuiringi doa dan al-fatihah buat arwah abah kerana bersusah payah membesarkan aku serta adik-adik.
Tak lupa juga buat isteri tersayang yang sentiasa memberi semangat kepada aku.
Feb 7, 2014
TOM Cruise Kena Saman
Hollywood, Tom Cruise di saman RM3.3 juta (AS$1 juta) oleh penulis skrip, Timothy Patrick McLanahan berhubung skrip filem 'Mission:Impossible - Ghost Protocol' yang ditayangkan pada 2011.
McLanahan memfailkan saman pada Disember tahun lalu dengan mendakwa skrip untuk filem tersebut di ciplak dari skrip karyanya berjudul, Head On.
Feb 6, 2014
Bank kena Simbah Cat
Simbah cat ini perkara biasa bagi yang tidak membayar balik pinjaman wang daripada 'Along".. Tapi yang muskilnya bank pun kena simbah cat ..Bank pun pinjam 'Along' ke.... Ini terjadi di Ipoh
Ikuti laporan penuh .. klik Read More..
Syamsul, Syafiq Kongsi Majlis Resepsi
Anak kepada pengarah filem Datuk Yusof Haslam iaitu Syamsul dan Syafiq akhirnya memilih tarikh 18 April depan untuk mengadakan majlis resepsi perkahwinan masing-masing.
Ibu kepada kedua-dua selebriti tersebut, Datin Patimah Ismail berkata, majlis resepsi berkenaan akan diadakan di Dewan Perdana Felda, dekat sini pada pukul 8 malam.
"Insya-Allah pihak kami akan mengadakan majlis resepsi itu serentak secara sederhana dengan kehadiran semua kaum keluarga, rakan-rakan dan teman media pada majlis sambut menantu.
"Selain itu, kami juga merancang untuk mengadakan satu majlis kecil di rumah atas permintaan anak-anak selepas acara di Dewan Felda," katanya kepada mStar Online ketika dihubungi pada Khamis.
Feb 3, 2014
Cuti Tahun baru China
Tahun baru China 2014 ini...seperti tahun-tahun lepas ramai warga kota akan mengambil kesempatan cuti tahun baru cina..ada yang cuti tiga hari dan ada yang cuti empat hari, ia itu bagi Wilayah Persekutuan di mana
hari Wilayah pada 1hb Februari,bertindih dengan hari kedua tahun baru cina hari Sabtu..
Seperti biasa jalanraya akan mengalami kesesakan dan jem,sama ada pulang ke kampung ataupun pulang dari kampung setelah cuti dah habis.
Itu saja aku nak beritahu........sekian
Subscribe to:
Posts (Atom)




