MUNGKIN BETUL MUNGKIN TIDAK, SEKADAR BACAAN HIBURAN CERITA SERAM...JAUHI DARI PERKARA-PERKARA TAHYUL DAN SYIRIK - [Formerly known as LUBUKPUAKA since 2008]

Feb 6, 2014

Syamsul, Syafiq Kongsi Majlis Resepsi


Anak kepada pengarah filem Datuk Yusof Haslam iaitu Syamsul dan Syafiq akhirnya memilih tarikh 18 April depan untuk mengadakan majlis resepsi perkahwinan masing-masing.

Ibu kepada kedua-dua selebriti tersebut, Datin Patimah Ismail berkata, majlis resepsi berkenaan akan diadakan di Dewan Perdana Felda, dekat sini pada pukul 8 malam.

"Insya-Allah pihak kami akan mengadakan majlis resepsi itu serentak secara sederhana dengan kehadiran semua kaum keluarga, rakan-rakan dan teman media pada majlis sambut menantu.

"Selain itu, kami juga merancang untuk mengadakan satu majlis kecil di rumah atas permintaan anak-anak selepas acara di Dewan Felda," katanya kepada mStar Online ketika dihubungi pada Khamis.

Feb 3, 2014

Cuti Tahun baru China



Tahun baru China 2014 ini...seperti tahun-tahun lepas ramai warga kota akan mengambil kesempatan cuti tahun baru cina..ada yang cuti tiga hari dan ada yang cuti empat hari, ia itu bagi Wilayah Persekutuan di mana
hari Wilayah pada 1hb Februari,bertindih dengan hari kedua tahun baru cina hari Sabtu..

Seperti biasa jalanraya akan mengalami kesesakan dan jem,sama ada pulang ke kampung ataupun pulang dari kampung setelah cuti dah habis.

Itu saja aku nak beritahu........sekian

Jan 30, 2014

Pesanan Buat Abang

Pesanan buat ABANG

Malaysia ni macam family...Tun adalah Ayah, pemimpin govt sekarang sbg Abg, rakyat sbg anak2, non-bumi sbg anak angkat and pembangkang sbg anak "nakal"...

*Waktu Dahulu*

Waktu Tun memerintah, semua masih "kecil"...kita ikut ckp Tun, apa Tun suap, yg tu kita telan, sbb tu kita aman. anak-anak "nakal" dan sbhgian ank angkat ni pulak ade je buat masalah, tp semua Tun layan and betulkn, sbb masih "kecil" mereka takut and ikut saja rentak Tun.
Ada juga anak2 yg "alim" terasa hati dan merajuk kerana permintaan mereka tidak ditunaikan, bukan bermakna tak setuju atau menolak, tapi permintaan itu akn membawa ketidak adilan dalam keluarga, maka ada lg 1 kelompok ank yg berdendam...

Jan 29, 2014

Anwar Bertanding Untuk Satu Matlamat - Tun M


Tun Dr Mahathir Mohamad menyifatkan hasrat Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu bertanding pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang jika diadakan, sebagai usaha untuk mencapai matlamatnya menjadi perdana menteri.

Bekas perdana menteri itu berkata ia adalah langkah untuk naik ke atas dan Anwar tidak akan berhenti pada tahap itu sahaja.

"Saya fikir itu bukan matlamatnya tetapi itu adalah tangga yang digunakan untuk mencapai matlamatnya (menjadi perdana menteri)," katanya kepada pemberita selepas ditemu bual dalam program 'Dalam Radar Khas' terbitan Bernama Radio24 di Wisma Bernama di sini Rabu.

Labu Labi


Kali ini hamba nak berkongsi dengan blogger di luar sana,antara koleksi filem Allahyarham Tan Sri P.Ramlee.Filem yang telah diterbitkan dalam tahun 1963...Jom Saksikan...



NASIB LABU LABI