Anak kepada pengarah filem Datuk Yusof Haslam iaitu Syamsul dan Syafiq akhirnya memilih tarikh 18 April depan untuk mengadakan majlis resepsi perkahwinan masing-masing.
Ibu kepada kedua-dua selebriti tersebut, Datin Patimah Ismail berkata, majlis resepsi berkenaan akan diadakan di Dewan Perdana Felda, dekat sini pada pukul 8 malam.
"Insya-Allah pihak kami akan mengadakan majlis resepsi itu serentak secara sederhana dengan kehadiran semua kaum keluarga, rakan-rakan dan teman media pada majlis sambut menantu.
"Selain itu, kami juga merancang untuk mengadakan satu majlis kecil di rumah atas permintaan anak-anak selepas acara di Dewan Felda," katanya kepada mStar Online ketika dihubungi pada Khamis.


