Assalamualaikum... Sempena dengan sambutan Maulidur Rasul junjungan besar kita umat Islam Nabi Muhammad S.A.W .
Biodata dan Sejarah Ringkas Nabi Muhammad S.A.W
Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi
Wasallam ( نبي محمد صلى الله عليه وسلم ) adalah pesuruh Allah yang terakhir. Baginda adalah pembawa
rahmat untuk seluruh alam dan merupakan Rasulullah bagi seluruh umat di dunia. Sesungguhnya Nabi Muhammad S.A.W merupakan satu anugerah dan
kurniaan Allah SWT kepada umat manusia untuk menunjukkan jalan yang lurus dan
benar.
Baginda bukan sahaja diangkat sebagai seorang
rasul tetapi juga sebagai khalifah, yang mengetuai angkatan tentera Islam,
membawa perubahan kepada umat manusia, mengajarkan tentang erti persaudaraan,
akhlak dan erti kehidupan yang segalanya hanya kerana Allah SWT.
Nabi Muhammad dilahirkan di Mekah dan kembali ke
rahmatullah di Madinah. Nabi Muhammad S.A.W merupakan Rasul dan Nabi terakhir
bagi umat manusia dan seluruh alam. Nabi Muhammad merupakan pelengkap ajaran
Islam. Beliau juga digelar Al Amin (الأمين) yang bermaksud 'yang
terpuji'.




