MUNGKIN BETUL MUNGKIN TIDAK, SEKADAR BACAAN HIBURAN CERITA SERAM...JAUHI DARI PERKARA-PERKARA TAHYUL DAN SYIRIK - [Formerly known as LUBUKPUAKA since 2008]

Jan 14, 2014

Salam Maulidur Rasul (12 Rabi'ul Awal 1435H)


Assalamualaikum... Sempena dengan sambutan Maulidur Rasul junjungan besar kita umat Islam Nabi Muhammad S.A.W .


Biodata dan Sejarah Ringkas Nabi Muhammad S.A.W



Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam ( نبي محمد صلى الله عليه وسلمadalah pesuruh Allah yang terakhir. Baginda adalah pembawa rahmat untuk seluruh alam dan merupakan Rasulullah bagi seluruh umat di dunia.  Sesungguhnya Nabi Muhammad S.A.W merupakan satu anugerah dan kurniaan Allah SWT kepada umat manusia untuk menunjukkan jalan yang lurus dan benar.

Baginda bukan sahaja diangkat sebagai seorang rasul tetapi juga sebagai khalifah, yang mengetuai angkatan tentera Islam, membawa perubahan kepada umat manusia, mengajarkan tentang erti persaudaraan, akhlak dan erti kehidupan yang segalanya hanya kerana Allah SWT.

Nabi Muhammad dilahirkan di Mekah dan kembali ke rahmatullah di Madinah. Nabi Muhammad S.A.W merupakan Rasul dan Nabi terakhir bagi umat manusia dan seluruh alam. Nabi Muhammad merupakan pelengkap ajaran Islam. Beliau juga digelar Al Amin (الأمين) yang bermaksud 'yang terpuji'.





Peranan Tamadun Melayu Dalam Pembinaan Tamadun Malaysia

PENGENALAN

Malaysia merupakan sebuah negara bangsa yang terdiri daripada pelbagai kaum dengan tiga kaum utama iaitu Melayu, Cina, dan India menjadi teras kepada kewujudan majmuk . Dengan kepelbagaian kaum dan etnik yang ada, negara kita terus gagah melangkah ke hadapan untuk mencapai status negara maju dalam acuan menjelang tahun 2020. Kemajuan dan pencapaian yang dinikmati oleh negara kita hari ini merupakan proses pengukuhan dan pemantapan kepada peRkembangan sejarah yang berkesinambungan daripada peradaban bangsa Melayu setelah kedatangan dan penerimaan agama islam oleh orang Melayu.

Keunggulan yang tercerna menerusi beberapa ciri ampuh yang dipunyai oleh bangsa Melayu zaman kegemilangan menjadi rujukan primer kepada generasi kini dan akan datang untuk membina satu bangsa yang hebat dalam konteks pembinaan negara bangsa Malaysia.Ciri-ciri ampuh tersebut merangkumi pembentukan pandangan semesta orang Melayu, sistem pemerintahan dan pentadbiran, agama Islam dan adat istiadat Melayu, peranan Bahasa Melayu,system perundangan, pembudayaan ilmu, pembinaan jati diri dan kedudukan istimewa orang Melayu dan bumiputera dalam pembinaan negara bangsa Malaysia yang progresif dan tangkas.

Justeru, dalam konteks pembinaan negara dan tamadun Malaysia hari ini amatlah perlu pembinaan tersebut didasarkan kepada tamadun Melayu-Islam yang jelas terbukti berjaya memeRtabatkan nama Melayu di persada antarabangsa suatu ketika dahulu.Oleh itu, disini dikemukakan tiga justifikasi mengapa tamadun melayu perlu menjadi asas utama dalam pembinaan tamadun Malaysia.

i.Orang Melayu merupakan penduduk asal di nusantara termasuklah di Tanah Melayu sebelum kedatangan kaum-kaum lain. Penamaan Malaysia adalah dari Melayu atau Semenanjung Tanah Melayu.

ii.Perjuangan menuNtut kemerdekaan dari pihak penjajah British adalah cetusan dangerakkan sepenuhnya oleh orang Melayu yang merasa terpanggil untuk mempertahankan tanah air mereka.

iii.Ketuanan Melayu-Islam diiktiraf oleh PeRlembagaan Persekutuan.


Jan 12, 2014

Tutorial SAM Broadcaster

Assalamualaikum salam sejahtera...kesekian kalinya,rasa-rasanya tiap-tiap tahun aku bawakan TUTORIAL SAM4 BROADCASTER untuk anda yang baru nak ber jinak-jinak dalam penyiaran radio atas talian "Internet radio lah!"..ikuti langkah di bawah ini...Ramai sahabat-sahabat di luar sana yang PRO anda boleh bertanya kepada mereka.

Klik pada gambar untuk tumbesaran foto yang lebih jelas

1) Lihat dalam gambarajah dibawah...Ini adalah front page SAM anda dimana tempat anda untuk mengawal Console/Module SAM.Anda Boleh Lihat Menu2 didalam console ini..Menu ayam penyet tak ada yer!!



PENANGGAL

Makcik Semah seperti mana lazim nya tiap-tiap pagi bangun awal dari tidur untuk bersiap-siap untuk pergi kerja menajak di sebuah estet yang jauhnya kira-kira 5 kilometer dari rumah beliau. Pada pagi itu Makcik Semah teragak-agak hendak keluar rumah sebab keadaan di luar rumah gelap lagi, sesekali terdengar bunyi kokokkan ayam bersahut-sahutan ,jam dinding pula telah mati. Sekarang sudah pukul berapa pun Makcik Semah tak tahu.

Hendak tak hendak Makcik Semah terpaksa juga keluar rumah berjalan menuju ke simpang jalan menunggu lori mengambil beliau bersama dua,tiga orang rakan seusia. Suasana sekeliling memang gelap betul, Makcik Semah terpaksa berjalan berhati-hati takut kalau tersepak tunggul kayu.Setelah berjalan kira-kira 3 rantai dari rumah sampai la Makcik Semah di bawah pohon rambutan di simpang jalan. Makcik Semah melabuhkan punggung beliau di tunggul kayu sambil menanti rakan-rakan yang lain tiba.

Ilmu Hitam


Pengalaman ini telah dilalui oleh 2 org sahabat iaitu Ana dan Lieya yg telah pergi jumpa dengan sahabat lama mereka,yakni bekas teman sekerja mereka, Shahida di kampung halaman nya.. Shahida merupakan seorang wanita yg cantik tetapi mempunyai pancaindera yang istimewa sehingga boleh membolehkan dia melihat benda2 halus dan mendengar suara-suara halus, malah dapat merasakan kehadiran benda halus di sekelilingnya. Mereka berkawan sejak mereka mengenali antara satu sama yg lain di tempat kerja lama mereka.

pada cuti disember yang lalu,2 shbat ini telah pg ke kampung halaman nya (shahida)....mereka menetap selama 3 hari 2 malam drumah sahabatnya itu...kedatangan mereka disambut dgn meriah oleh keluarga tman nya itu..ana dn lieya bukan sahaja d layan dgn baik.. tetapi juga d ajar tentang kehidupan di kampung...ana dan lieya yang biasanya hanya menghadap bangunan pencakar langit d bndr merasa amat teruja semasa di kampung..mereka amat menyukai suasana d sna....smasa d sna, mereka tidak mengenal erti lelah...siang dan malam mereka ada saja yang hendak mereka lakukan...hari ptma dn kdua mreka lalui dgn kegembiraan...