MUNGKIN BETUL MUNGKIN TIDAK, SEKADAR BACAAN HIBURAN CERITA SERAM...JAUHI DARI PERKARA-PERKARA TAHYUL DAN SYIRIK - [Formerly known as LUBUKPUAKA since 2008]

Nov 11, 2009

Ost kau Dan Aku


10 FAKTA MENGENAI IBADAH KORBAN

1. Waktu perlaksanaan ibadah korban.

Menyembelih binatang korban hanya boleh dilaksanakan setelah selesai solat hari raya Aidiladha dan berlanjutan sehingga akhir hari Tasyriq, iaitu tiga hari selepas solat hari raya Aidiladha. Oleh itu, penyembelihan haiwan korban boleh dilaksanakan pada 10, 11, 12 dan 13 Dzulhijjah.

Imam Syafie r.h berkata:

"Waktu menyembelih haiwan korban adalah ketika imam telah selesai solat Aidiladha…Apabila hari-hari Mina telah berlalu (tarikh 11, 12 dan 13 Dzulhijjah), tidak boleh lagi menyembelih korban." – Rujuk Kitab Mukhtasar Kitab al-Umm fi al-Fiqh karya Imam Syafie, edisi terjemahan bertajuk Ringkasan Kitab al-Umm, Peringkas dan peneliti Hussain Abdul Hamid Abu Nashir Nail, Pustaka Azzam, Jakarta (2004), jil. 1, m.s. 737.

Sabda Rasulullah s.a.w:

إِنَّ أَوَّلَ مَا نَبْدَأُ بِهِ فِي يَوْمِنَا هَذَا نُصَلِّي ثُمَّ نَرْجِعُ فَنَنْحَرُ فَمَنْ فَعَلَ ذَلِكَ فَقَدْ أَصَابَ سُنَّتَنَا وَمَنْ ذَبَحَ فَإِنَّمَا هُوَ لَحْمٌ قَدَّمَهُ لأَّهْلِهِ لَيْسَ مِنْ النُّسُكِ فِي شَيْء

Maksudnya:
"Sesungguhnya perkara pertama yang kita mulakan pada hari ini (Aidiladha) ialah kita solat kemudian menyembelih (bintang korban). Oleh itu, sesiapa yang melakukan sebegitu dia telah menepati sunnah kami. Sesiapa yang menyembelih sebelum solat, sesungguhnya sembelihan itu hanyalah menjadi daging untuk diberikan kepada keluarganya (sedekah) bukan termasuk binatang korban." – Hadis riwayat Muslim di dalam Sahih Muslim, hadis no: 1961

2. Haiwan korban tersebut tidak memiliki kecacatan.

Kita hendaklah pastikan bahawa haiwan yang hendak kita korbankan tersebut adalah dari jenis baka yang baik serta tidak memiliki kecacatan seperti buta, tempang, kurus, tanduk patah, telinga terkoyak, lemah dan penyakit lain.

Sabda Rasulullah s.a.w:

أَرْبَعٌ لاَ تَجُوزُ فِي الأََضَاحِيِّ فَقَالَ الْعَوْرَاءُ بَيِّنٌ عَوَرُهَا وَالْمَرِيضَةُ بَيِّنٌ مَرَضُهَا وَالْعَرْجَاءُ بَيِّنٌ ظَلْعُهَا وَالْكَسِيرُ الَّتِي لاَ تَنْقَى

Maksudnya:
"Empat jenis binatang yang tidak dibolehkan dalam ibadah korban: Buta sebelah matanya yang jelas butanya, sakit yang jelas sakitnya, tempang yang jelas bengkoknya, tidak berdaya berjalan dan yang tidak mempunyai lemak (kurus)." – Hadis riwayat Abu Daud di dalam Sunan Abu Dawud, 2420.

3. Tidak menggunting rambut dan memotong kuku.

Bagi mereka yang ingin melaksanakan ibadah korban, dia tidak boleh menggunting rambut dan memotong kukunya semenjak tarikh 1 Dzulhijjah sehingga dia melaksanakan ibadah korban tersebut.

Sabda Rasulullah s.a.w:


إِذَا رَأَيْتُمْ هِلاَلَ ذِي الْحِجَّةِ وَأَرَادَ أَحَدُكُمْ أَنْ يُضَحِّيَ فَلْيُمْسِكْ عَنْ شَعْرِهِ وَأَظْفَارِهِ

Maksudnya:
"Jika telah masuk sepuluh hari pertama bulan Dzulhijjah dan salah seorang antara kamu semua ingin menyembelih korban, janganlah memotong rambut dan kukunya walau sedikit." – Hadis riwayat Muslim di dalam Sahih Muslim, hadis no: 1977.

Larangan memotong rambut ini termasuk juga mencabut mahupun mencukur atau apa-apa cara yang boleh menghilangkan segala jenis rambut dan bulu di badan.

4. Seekor unta atau lembu boleh dibahagikan kepada 7 bahagian.

Jabir r.a berkata:

نَحَرْنَا مَعَ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَامَ الْحُدَيْبِيَةِ الْبَدَنَةَ عَنْ سَبْعَةٍ وَالْبَقَرَةَ عَنْ سَبْعَةٍ

Maksudnya:
"Kami pernah menyembelih (haiwan korban) bersama Rasulullah s.a.w ketika di Hudaibiyah. Seekor unta untuk 7 orang dan menyembelih lembu untuk 7 orang bersama-bersama Rasulullah s.a.w." – Hadis riwayat Muslim di dalam Sahih Muslim, hadis no: 1318.

5. Boleh berkorban untuk diri sendiri serta ahli keluarganya.

Seseorang dibenarkan berkorban serta berkongsi pahalanya bagi dirinya sendiri serta bagi pihak keluarganya sekalipun jumlah yang ramai dan hanya dengan seekor kambing atau sebahagian dari tujuh bahagian itu.

Atha’ bin Yassar pernah bertanya kepada Abu Ayyub al-Ansori tentang cara berkorban pada zaman Rasulullah s.a.w. Lalu Abu Ayyub menjawab:

كَانَ الرَّجُلُ يُضَحِّي بِالشَّاةِ عَنْهُ وَعَنْ أَهْلِ بَيْتِهِ فَيَأْكُلُونَ وَيُطْعِمُونَ

Maksudnya:
"Dulu seseorang berkorban seekor kambing untuk dirinya dan keluarganya lalu mereka memakannya dan membahagikannya kepada orang lain." – Hadis riwayat al-Tirmizi di dalam Sunan al-Tirmizi, hadis no: 1425.

6. Ibadah korban dilaksanakan di musolla.

Menurut sunnah Nabi s.a.w. solat sunat Aidiladha mahupun Aidilfitri dilaksanakan di musolla. tempat terbuka (seperti padang) sehingga khatib dapat melihat semua hadirin Dalil yang menunjukkan disunnahkan untuk mengerjakan solat sunat Hari Raya di musolla adalah sebuah hadis daripada Abu Sa’id al-Khudri r.a, dia berkata:

كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَخْرُجُ يَوْمَ الْفِطْرِ وَالأَضْحَى إِلَى الْمُصَلَّى. فَأَوَّلُ شَيْءٍ يَبْدَأُ بِهِ الصَّلاَةُ.

Pada hari Aidilfitri dan Aidiladha, Rasulullah s.a.w. keluar menuju musholla. Ketika itu yang pertama baginda lakukan adalah solat Hari Raya. - Hadis riwayat Imam al-Bukhari di dalam Shahihnya, no: 956.

7. Sunnah menyembelih sendiri haiwan korban.

Sunnah dan afdal mereka yang ingin melaksanakan ibadah korban tersebut agar menyembelih haiwan korbannya dengan tangannya sendiri.

Anas r.a berkata:

ضَحَّى النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ بِكَبْشَيْنِ أَمْلَحَيْنِ أَقْرَنَيْنِ ذَبَحَهُمَا بِيَدِهِ

Maksudnya:

"Nabi s.a.w pernah berkorban dengan dua ekor kambing biri-biri yang bagus lagi bertanduk. Baginda menyembelih kedua-duanya dengan tangan baginda sendiri." - Hadis riwayat al-Bukhari di dalam Sahih al-Bukhari, hadis no: 5565.

8. Menyembelih haiwan korban mengikut sunnah.

Hendaklah menyembelih haiwan korban menggunakan objek yang tajam seperti pisau dan dilakukan dengan cepat agar haiwan tersebut mati dengan serta-merta. Sebelum upacara menyembelih diadakan, baringkan haiwan korban tersebut pada sebelah sisi kirinya agar mudah memegang pisau dengan tangan kanan dan memegang atau menahan lehernya dengan tangan kiri. Ketika menyembelih hendaklah membaca (بِسْمَ اللهِ وَاللهُ أَكْبَر).

9. Daging korban tersebut boleh dimakan, disedekah dan dihadiahkan.

Sunnah bagi keluarga yang melakukan ibadah korban turut memakan sebahagian daging, menghadiahkan sebahagiannya kepada orang lain dan mensedekahkan sebahagian yang lain. Malah, mereka juga boleh menyimpan daging tersebut.

Sabda Nabi s.a.w:


فَكُلُوا وَادَّخِرُوا وَتَصَدَّقُوا

Maksudnya:
"Makan dan simpanlah serta sedekahkanlah (daging korban itu)." - Hadis riwayat al-Muslim di dalam Sahih al-Muslim, hadis no: 1971.

10. Tidak boleh mengupah tukang sembelih dengan daging korban.

Sudah menjadi lumrah bagi masjid-masjid di Malaysia memberi tukang sembelih daging korban tersebut sebagai upah bagi kerjanya. Perbuatan ini bertentangan dengan syarak dan dilarang keras oleh Rasulullah s.a.w. Upah kepada tukang sembelih hendaklah diberikan menggunakan harta sendiri dan bukannya dari hasil daging binatang korban itu.

Ali r.a berkata:

أَمَرَنِي رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَنْ أَقُومَ عَلَى بُدْنِهِ وَأَنْ أَتَصَدَّقَ بِلَحْمِهَا وَجُلُودِهَا وَأَجِلَّتِهَا وَأَنْ لاَ أُعْطِيَ الْجَزَّارَ مِنْهَا. قَالَ نَحْنُ نُعْطِيهِ مِنْ عِنْدِنَا

Maksudnya:
"Nabi s.a.w pernah menyuruhku menyempurnakan seekor unta milik baginda kemudian menyedekahkan daging, kulit dan pelindung yang dikenakannya serta aku juga tidak memberi apa pun kepada tukang sembelih tersebut. Dia berkata: Kami memberinya dengan harta kami sendiri.” - Hadis riwayat Muslim di dalam Sahih Muslim, hadis no: 1317.

Nov 10, 2009

(Info Kesihatan) Apa Itu Mabuk Laut?

Pernahkah anda tiba-tiba terasa persekitaran anda seperti berpusing, hilang keseimbangan, terasa pening dan seolah-olah hampir pitam? Atau anda mengalami gejala ‘mabuk laut’ tanpa sebab? Meskipun perkara ini berlaku hanya seketika, ia boleh menjejaskan kerja harian anda.

Ini yang terjadi kepada seorang teman ketika dalam perjalanan balik ke pejabat selepas temujanji dengan pelanggan.

Katanya, ia berlaku secara tiba-tiba yang menyebabkan dia tidak boleh menumpukan perhatian kepada pemanduan dan terpaksa memberhentikan kereta serta menyebabkan sedikit kesesakan jalan raya.

Menurut Perunding Bedah Telinga Hidung Tekak, Leher dan Kepala; Hospital Sungai Buloh, Dr Balachandran Appoo, apa yang berlaku ini dipanggil vertigo, iaitu keadaan apabila seseorang hilang keseimbangan dan merasakan dunia di sekelilingnya berpusing.

Bagi yang tidak pernah mengalami perkara ini, tentu ketika kecil anda pernah menyertai permainan di mana mata anda ditutup dan badan dipusingkan beberapa kali. Apabila berhenti dan penutup mata dibuka, anda berasa pening dan seperti hendak jatuh. Keadaan inilah yang dipanggil vertigo.

Vertigo adalah perkara yang boleh dikatakan lazim dan berlaku pada dua hingga tiga peratus penduduk. Jumlahnya mungkin lebih tinggi kerana ramai tidak tahu atau tidak pernah mendengar mengenai masalah ini.

Dr Balachandran berkata, kini kes vertigo semakin meningkat disebabkan gaya hidup moden. Namun tidak ramai yang datang mendapatkan nasihat atau bantuan doktor kerana bimbang gejala itu menandakan penyakit lain seperti kanser. Bagi yang tahu pula enggan mendapatkan rawatan.

Siapa yang boleh mendapat vertigo? Sesiapa saja. Semua orang boleh mengalami vertigo, termasuk kanak-kanak. Vertigo berlaku apabila kita hilang keseimbangan. Keseimbangan kita dikawal oleh tiga komponen iaitu:

* Penglihatan (70 peratus) — Untuk keseimbangan, kita akan memfokuskan penglihatan pada satu objek. Ini yang biasanya dilakukan apabila kita ada di laut yang luas terbentang. Untuk mengelak mabuk laut, kita mencari satu objek sebagai titik fokus pandangan.

Anda juga mungkin pernah mendengar rakan atau ahli keluarga yang rabun mengadu pening kepala apabila tidak memakai cermin mata atau kanta sentuh. Ini berlaku kerana mata mereka tidak dapat fokus pada satu-satu objek dengan baik dan semua yang dilihat kelihatan kabur. Lama kelamaan dia berasa pening akibat hilang keseimbangan.


* Sensasi sendi (15 peratus) — Apabila kita menutup mata atau berjalan dalam gelap, kita menggunakan deria sentuh dan sendi sebagai ‘alat’ untuk menseimbangkan badan.

* Telinga dalam (15 peratus) — Walaupun sangat kecil, telinga dalam memainkan fungsi penting untuk memastikan keseimbangan badan. Sebarang halangan, trauma atau jangkitan pada telinga dalam boleh menjejaskan keseimbangan. Telinga dalam membolehkan badan mengesan posisi dan mengekalkan keseimbangan.

“Vertigo tidak sama dengan pening kerana vertigo merujuk kepada pergerakan persekitaran ilusi (bukan benar-benar berlaku) dan biasanya ia hanya seketika. Pening bukan vertigo tetapi apabila seseorang mengalami vertigo, dia boleh berasa pening.

“Pitam juga bukan vertigo tetapi individu yang mengalami vertigo kadangkala boleh pitam. Biasanya apabila vertigo berlaku, seseorang itu berasa sangat tidak selesa, mual dan kadangkala boleh muntah,” katanya.

Banyak perkara boleh menyebabkan vertigo, antaranya:

a) Penglihatan terjejas

b) Masalah telinga

c) Perubahan suhu secara mendadak pada telinga (peningkatan atau penurunan suhu sebanyak empat darjah Celsius boleh menyebabkan vertigo). Ia boleh berlaku jika doktor mahu membersihkan telinga seseorang dan menyemburkan air sejuk pada sebelah telinga. Untuk mengelak pesakit mengalami vertigo, kini doktor menggunakan air pada suhu badan (37° Celsius).

d) Trauma akut, sama ada getaran atau bunyi yang terlalu kuat sehingga menggegarkan telinga. Perkara sama sebenarnya berlaku apabila seseorang mengalami ‘mabuk laut’ atau ‘mabuk pergerakan’ ketika menaiki bot atau kenderaan. Ia biasanya berlaku pada individu yang mempunyai telinga tengah yang sensitif terhadap pergerakan beralun, bergerak dan berhenti secara mendadak.

e) Jangkitan bakteria atau virus yang menyebabkan bengkak pada membran (selaput) telinga dalam. Masalah ini boleh mengakibatkan seseorang hilang keseimbangan dan biasanya jangkitan ini mengambil masa untuk sembuh.

f) Gegendang telinga tercedera atau terkoyak.

g) Kesan sampingan sesetengah jenis ubat.

h) Pengambilan alkohol yang terlalu banyak juga boleh menyebabkan vertigo sementara.

i) Penyakit seperti kanser atau ketumbuhan pada otak juga boleh membuatkan seseorang mengalami vertigo. Secara umumnya kanser dan ketumbuhan otak tidak menyebabkan vertigo, tetapi pesakit boleh hilang keseimbangan jika berlaku pendarahan secara tiba-tiba.

j) Sejarah keluarga. Dianggarkan kira-kira 15 peratus individu yang mengalami vertigo mempunyai sejarah keluarga mendapat gangguan ini.

k) Penyakit Meniere iaitu gangguan pada telinga dalam yang menyebabkan seseorang mengalami beberapa episod vertigo. Penyakit ini boleh disebabkan jangkitan virus, kecederaan atau alahan. Namun dalam kebanyakan kes, puncanya tidak diketahui.

l) Idiopatik iaitu puncanya tidak diketahui. Contohnya ialah vertigo posisi paroksimal benigna (BPPV). BPPV ialah vertigo paling lazim disebabkan perubahan kedudukan (posisi) kepala. Biasanya ia berlaku apabila seseorang baring, bangun, mengubah kedudukan di atas katil atau mendongakkan kepala. Bagaimanapun, vertigo jenis ini tidak berbahaya dan hanya seketika iaitu kurang daripada satu minit.



Gejala

Dr Balachandaran berkata, serangan vertigo pada setiap orang tidak sama. Ada yang sekejap saja dan apa pula yang berlanjutan sehingga beberapa minit atau jam. Gejala dialami mungkin berbeza mengikut punca vertigo. Namun secara umumnya seseorang itu boleh mengalami:

1) Berasa dunia di sekelilingnya seolah-olah berpusing

2) Tidak selesa dan tidak berdaya

3) Pening, mual dan boleh muntah

4) Pitam

5) Berpeluh

6) Sukar atau tidak boleh berjalan dan memandu

7) Bagi individu yang mengalami penyakit Meniere, dia mungkin mendengar bunyi deringan (tinnitus), telinga terasa penuh atau pendengaran terjejas pada sebelah telinga.

Individu ini boleh mengalami satu atau beberapa episod vertigo yang berlarutan dari beberapa minit ke beberapa jam.

8) Individu yang mendapat jangkitan telinga dalam pula berasa sangat mual dan menjadi bertambah teruk jika menggerakkan kepala atau mengalih pandangan.



Apa perlu dilakukan?

Pengetahuan mengenai vertigo sangat penting. Oleh kerana ia membabitkan masalah atau gangguan pada keseimbangan, anda perlu berhenti segera apa yang sedang dilakukan.

Ini sangat penting, terutama jika memandu atau mengendalikan mesin, kerana ia bukan saja boleh membahayakan nyawa anda, bahkan orang lain.

Berhenti dan cepat-cepat berehat. Biasanya serangan vertigo hilang selepas anda berehat. Bagaimanapun, Dr Balachandran mengingatkan supaya anda tidak menyambung pekerjaan sejurus selepas berasa lebih baik kerana ia adalah tindakan berbahaya.

“Dalam kebanyakan kes, vertigo akan hilang dengan berehat tetapi apabila bergerak, anda akan mengalami rasa pening dan berasa tidak stabil. Ini sebabnya jika anda memandu, minta kawan menggantikan tempat anda. Lebih baik jika dapat berehat (berhenti) lebih lama sehingga anda berasa lebih baik untuk meneruskan perjalanan,” katanya.

Jika anda mengalami vertigo, antara perkara penting yang perlu dilakukan ialah mengingati semua perkara ketika kejadian seperti:

1- Apa yang menyebabkan ia terjadi?

2- Apa yang membuatkan anda berasa lebih baik?

3- Berapa lama serangan berlaku?

4- Adakah ia berulang atau hanya sekali saja?

5- Adakah anda juga mendengar deringan pada sebelah telinga, telinga berasa ‘penuh’ atau pendengaran terjejas?

Jika serangan vertigo tidak berhenti, pesakit dinasihatkan supaya segera ke hospital kerana ia akan membuatkan mereka tidak berdaya dan tidak dapat berfungsi dengan baik.

Apabila di hospital, pesakit akan disuruh berehat secukupnya dan berbaring dalam keadaan selesa mengikut keadaan mereka ketika itu.

Jururawat atau doktor tidak seharusnya cuba mengubah posisi pesakit, terutama kepala, kerana ia hanya membuatkan pesakit lebih ‘terseksa’. Pesakit dibiarkan berehat dalam keadaan selesa supaya mereka berasa ‘selamat’. Pada ketika ini pesakit perlu ditemani dan tidak ditinggalkan sendirian kerana ada kemungkinan mereka akan jatuh apabila cuba bangun.

“Hanya selepas itu iaitu apabila pesakit mendapat cukup rehat dan stabil, baru doktor membuat analisis terhadap masalah vertigo mereka. Selain diberi ubat, pesakit juga secara perlahan-lahan digerakkan dengan bantuan pakar fisioterapi. Mereka juga diajar teknik senaman dipanggil rehabilitasi vestibular yang dapat mengurangkan gejala vertigo.

“Antara senaman yang boleh dilakukan ialah dengan duduk tegak dan melihat objek jauh, diikuti objek dekat berulang ulang secara perlahan-lahan. Cara lain ialah melihat objek di sebelah kiri, berpindah ke objek di depan dan ke kanan. Senaman ini boleh membantu pesakit berasa lebih stabil dan mengembalikan keseimbangan mereka,” katanya.

Bila perlu berjumpa doktor?

Apabila anda mengalami vertigo, minta bantuan kawan atau ahli keluarga membawa anda berjumpa doktor. Walaupun dalam kebanyakan kes vertigo akan hilang dalam tempoh singkat, lebih baik anda berjumpa doktor untuk lebih memahami masalah ini dan belajar apa perlu dilakukan jika ia berulang.

Namun anda perlu segera dibawa berjumpa doktor jika:

a- Sakit kepala

b- Objek yang dilihat kelihatan berganda

c- Lemah

d- Sukar bercakap

e- Pergerakan mata yang tidak normal

f- Sukar berjalan atau mengawal tangan dan kaki

Oleh kerana mabuk perjalanan juga boleh menyebabkan vertigo, beberapa perkara boleh dilakukan untuk mengelakkannya:

1- Pilih tempat duduk paling kurang gegaran seperti tempat duduk depan atau tepi tingkap (kereta atau bas), dekat sayap (kapal terbang) atau dek tengah dan atas bagi kapal.

2- Pastikan kepala dan badan tidak banyak bergerak.

3- Duduk tegak, muka pandang ke hadapan dan bersandar.

4- Tumpukan pandangan ke depan pada satu objek yang tidak bergerak.

5- Jangan membaca dalam kenderaan.

6- Dapatkan udara segar dengan membuka tingkap kereta atau bas. Jika di dalam kapal, pergi ke dek atas.

7- Jangan minum minuman beralkohol dan merokok kerana kedua-duanya membuatkan anda berasa lebih loya. Orang lain (dalam kereta contohnya) juga mesti tidak merokok kerana ia turut mempengaruhi individu berkenaan (yang dikategorikan sebagai perokok sekunder) dan asap rokok membuatkan dia loya.

8- Makan sedikit makanan rendah lemak dan berkanji. Elak makanan berbau kuat atau terlalu berperisa (berempah dan pedas).

9- Usah makan jika anda menaiki penerbangan jarak pendek.

10- Bagi individu yang kerap mengalami masalah mabuk laut, ambil ubat sebelum memulakan perjalanan.

Rawatan dan penjagaan

Beberapa ubat digunakan untuk mengatasi serangan vertigo; bergantung kepada punca masalah. Ubat ini untuk memberi ‘khasiat’ kepada telinga dalam dan menstabilkan saraf.

Bagaimanapun, ubat ini perlu diambil untuk satu jangka masa panjang kerana sekali seseorang itu mendapat serangan vertigo, risiko mengalaminya lagi sentiasa ada.

Pada masa sama, individu yang pernah mengalami serangan vertigo perlu mengubah gaya hidup dengan menjaga kesihatan secara keseluruhan, mengawal penyakit (jika menghidap penyakit kronik seperti kencing manis atau tekanan darah tinggi) dan kerap melakukan senaman mengikut keupayaan masing-masing.

Namun paling penting ialah mengelak terbabit dalam senaman atau aktiviti agresif dan lasak.

Malah, individu yang mempunyai pekerjaan berisiko tinggi (seperti pemandu, pengendali mesin di kilang) juga disaran sentiasa berhati-hati dan peka pada perubahan diri sendiri.

a)Gejala
- Berasa dunia di sekelilingnya seolah-olah berpusing

- Tidak selesa dan tidak berdaya

- Pening, mual dan boleh muntah

- Pitam

- Berpeluh

- Sukar atau tidak boleh berjalan dan memandu

b) Bagi individu yang mengalami penyakit Meniere, dia mungkin mendengar bunyi deringan (tinnitus), telinga terasa penuh atau pendengaran terjejas pada sebelah telinga.

c) Individu yang mendapat jangkitan telinga dalam pula berasa sangat mual dan menjadi bertambah teruk jika menggerakkan kepala atau mengalih pandangan.

d)Elak vertigo

- Pilih tempat duduk paling kurang gegaran seperti tempat duduk depan atau tepi tingkap (kereta atau bas), dekat sayap (kapal terbang) atau dek tengah dan atas bagi kapal.

- Pastikan kepala dan badan tidak banyak bergerak.

- Duduk tegak, muka pandang ke hadapan dan bersandar.

- Tumpukan pandangan ke depan pada satu objek yang tidak bergerak.

- Jangan membaca dalam kenderaan.

- Dapatkan udara segar dengan membuka tingkap kereta atau bas. Jika di dalam kapal, pergi ke dek atas.

- Jangan minum minuman beralkohol dan merokok kerana kedua-duanya membuatkan anda berasa lebih loya. Orang lain (dalam kereta contohnya) juga mesti tidak merokok kerana ia turut mempengaruhi individu berkenaan (yang dikategorikan sebagai perokok sekunder) dan asap rokok membuatkan dia loya.

- Makan sedikit makanan rendah lemak dan berkanji. Elak makanan berbau kuat atau terlalu berperisa (berempah dan pedas).

- Usah makan jika anda menaiki penerbangan jarak pendek.

- Bagi individu yang kerap mengalami masalah mabuk laut, ambil ubat sebelum memulakan perjalanan.

Nov 7, 2009

Batal ELV demi rakyat

Oleh NURUL IZZA ROSLY dan ZULKIFLI MANZOR
berita@kosmo.com.my

KUALA LUMPUR - Hanya selepas sembilan hari diumumkan, kerajaan semalam akhirnya menarik balik cadangan melaksanakan Dasar Tempoh Jangka Hayat Kenderaan (ELV) yang sepatutnya bermula tahun depan ekoran bantahan ramai.

Dasar itu mewajibkan semua kenderaan berusia 15 tahun dan ke atas menjalani pemeriksaan di Puspakom Sd n. Bhd. sebagai syarat memperbaharui cukai jalan.

Kos pemeriksaan itu yang sebanyak RM50 didakwa membebankan golongan berpendapatan rendah selain kesulitan menghantar kenderaan ke Puspakom bagi penduduk di luar bandar.

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Mustapa Mohamed berkata, pihaknya menerima banyak maklum balas negatif mengenai pelaksanaan ELV.

"Langkah itu (ELV) jelas tidak popular. Kita prihatin kepada masalah rakyat khususnya penduduk kampung yang ada kereta lama dan sebab itulah kita batalkan,'' ujarnya ketika ditemui selepas merasmikan Malaysian Bussiness-CIMA Enterprise Governance Awards 2009 di sini semalam.





Kereta camni lulus ker Puspakom??

Surat cinta Tijah (baca jgn tak baca)

Tijah budak kampung, tapi bekerja di Kuala Lumpur .

Biasalah bila sudah duduk "town", mula lupa asal usul. Pakaian seksi maut, bercinta pula dgn lelaki mat saleh. Ke hulu ke hilir menayang
boyfriendnya yg bermata biru.

Punyalah eksyen si Tijah, hinggalah suatu hari dia ternampak lelaki Inggeris tadi dgn wanita lain yg lebih cantik dan bergaya daripadanya.
Tijah menangis tiga hari tiga malam. Pada malam ke empat, Tijah mengambil sehelai kertas dan menulis surat untuk memutuskan
perhubungannya dgn lelaki mat saleh tadi yg baru sebulan dikenalinya.

Begini bunyi surat yg ditulis oleh Tijah binti Kulup Kecil, yg berjaya "dicuri" ...

************ ********* ********* ********* ********* ********* ********* ********* **

Mike....

I WANT TO CUT CONNECTION US.

I have think about this very cook-cook. I know I clap one hand only.
Correctly, I have seen you and she walk-walk together at town with eyes myself. You grab hand she.

You always ask for apology back-back. I don't trust you again! You are really crocodile land.

My friend speak you play wood three. First-first I think my friend lie me. But now I know you correct-correct play wood three.

So, I break connection to pull my body from this love triangle. I know this result I pick is very correct, because you love she very high from
me.

So, I cut this connection to go far from here. I don't want you to play-play with my liver.

I have been crying until no more eye water thinking about you. I don't want banana to fruit two times.

Safe walk..
Tijah