MUNGKIN BETUL MUNGKIN TIDAK, SEKADAR BACAAN HIBURAN CERITA SERAM...JAUHI DARI PERKARA-PERKARA TAHYUL DAN SYIRIK - [Formerly known as LUBUKPUAKA since 2008]

Oct 21, 2009

Nasik ayam

Menu sarapan malam.....

Oct 20, 2009

3 Kesilapan BESAR Selepas Putus Cinta dan Macamana Nak Buat?

Okay….sekarang tetiba je anda dah sedar…anda kembali “single”!

Jadi..apa nak buat ya..

Amaran: Jangan menyusahkan hidup anda dengan ber“dating” terlalu awal selepas putus cinta.Berapa awal ‘terlalu awal’ tu? Bergantung kepada keadaan semasa putusnya perhubungan anda.

Apa sekali pun: Enam bulan atau lebih.

“Atau lebih”? Ya! Enam bulan atau lebih!

Kalau jari kita terluka, perlu masa untuk baik.Kalau luka itu dalam perlu lebih lagi masa untuk sembuh. Untuk pulih sepenuhnya dari putus cinta sama sahaja, perlukan masa.

Kesilapan terbesar yang dilakukan oleh anda selepas putus cinta dan bergelar “single” ialah melibatkan diri dengan seseorang yang lain SEBELUM luka lama anda sembuh.

Dua lagi kesilapan yang berkaitan termasuklah anda tidak mengambil sepenuh tanggungjawab “bersama” atas perkara yang menjadi sebab putusnya hubungan anda dan anda tidak pastikan isu itu selesai sebelum anda mulakan hubungan yang lain.

Melakukan perkara yang sama berulang-kali dengan mengharapkan keputusan yang berbeza adalah tindakan tidak waras. Sedar bahawa hati anda perlu pulih tetapi tidak berbuat apa-apa takkan membantu anda bersedia untuk perhubungan seterusnya malah hanya memanjangkan lagi penderitaan.

Jadi macamana nak elakkan kesilapan yang sama berlaku? Hidup “solo” untuk beberapa waktu!

Perlu anda faham, sebelum anda melibatkan diri dan berjaya mendapat cinta dan perhubungan yang sejati serta sihat,pertama sekali anda perlu melibatkan diri anda dengan “diri” dan perasaan anda sendiri.

Dalam menilai diri sendiri,toloooooonngglah berlaku jujur..

Lihat diri anda dengan ikhlas tentang apa yang mungkin telah anda buat dan lakukan sama ada sengaja, perasan atau tidak yang boleh menyumbang terhadap gagalnya cinta anda yang lepas. Anda mesti berjanji untuk buat perubahan dalam diri anda SEBELUM terlibat dalam perhubungan cinta seterusnya.

Sekarang adalah masanya untuk anda menjadi lebih matang. Sebagai seorang yang telah kembali “solo”, anda seharusnya menggunakan masa ini untuk melihat dan mengkaji sikap anda dahulu, apa yang telah anda lakukan semasa bercinta dan juga apa yang anda tak suka dengan sikap bekas kekasih anda. Kalau boleh,buat satu ‘resume romantik’ yang akan anda tuliskan sikap positif dan romantik bekas kekasih dan apakah sikap dan ciri lain yang anda inginkan dalam diri kekasih anda yang akan datang.

Ini adalah masanya untuk anda menimba pengalaman berdiri atas kaki sendiri. Belajar jadi matang dan berdikari.Ingat…anda mesti belajar untuk berdiri dengan sendiri dahulu sebelum anda boleh berdiri bersama!

Bukanlah maksudnya nak berkawan dengan gender yang sama saja,dating pun tak boleh, boleh…tapi bila ber’dating’ tu, anda MESTI menahan keinginan untuk melibatkan diri dalam satu perhubungan yang lebih intim terlalu awal. Jangan la baru ‘dating’ dengan seorang saja dah mula nak bercinta, nak lebih intim. Berkawan ramai sikit, ’dating’ lebih dari seorang, tak salah sebab itu atas dasar berkawan. Pastikan jangan la pulak terlibat dalam masalah sosial sebab terlebih berkawan ya!Kawal diri, perasaan dan sedar batasan anda. Tujuan anda hanya untuk berkawan,itu saja.

Anda tak perlu melibatkan diri dalam perhubungan baru secepat mungkin selepas putus cinta dengan harapan ia akan dapat mengubat hati yang lara. Itu adalah tindakan yang TIDAK bijak!Katakan kalau kita demam la ya, doktor akan menasihatkan kita supaya berehat 1-3 hari bergantung kepada betapa serius demam kita, beri cuti sakit bukan nasihatkan kita terus berkerja. Ini tindakan BIJAK. Jadi jangan terlalu cepat ok!

Perhubungan yang terputus, memedihkan dan amat melukakan perlukan masa untuk sembuh. Maksud saya adalah perhubungan yang memedihkan dan melukakan dengan diri anda. Anda perlu faham, sebelum anda pulih dan sembuh sepenuhnya, ada beberapa masalah yang perlu dibaiki dan diselesaikan dulu.

Selalunya tindakan kita tidak bermatlamat.Kita salahkan bekas kekasih, mak mertua, adik-beradik ipar, saudara mara,kawan-kawan dia atau kita, sesiapa saja silap-silap ayam, kucing, kambing pun kita salahkan kecuali… “penyangak” yang sebenar!

Kalau nak tau apa masalah dalam perhubungan yang lepas, senang je…pergi tengok cermin. Dah nampak? Ya, andalah masalahnya!
Beranilah melihat jauh ke dalam diri dan bebaskan diri anda daripada menunding jari dan menyalahkan pihak lain. Masanya telah tiba untuk memikul tanggungjawab dan sedar siapa anda, apa yang telah anda buat, bagaimana cara anda berfikir, cukupkah ilmu tentang pengurusan cinta dan perhubungan, dengan siapa anda ber’dating’ dan macam-macam lagi.

Perhubungan yang paling penting untuk anda sekarang ialah perhubungan dengan diri anda! Ini adalah misi utama anda. Bina semula hubungan dengan diri anda. Betulkan segala kesilapan dan sikap negative anda. Langkah pertama ini amat penting sebelum anda menjadi diri anda yang baru dalam hubungan sihat dan bahagia selepas ini. Selain itu, pada masa yang ada ini, luangkan masa berusaha menyediakan diri anda untuk cinta yang akan anda kongsi bersama insan lain di masa hadapan.

Masalah kalau anda cepat sangat menjalinkan hubungan baru, diri anda tidak ada “tempoh bertenang” untuk berfikir dan membuat pilihan serta membetulkan semula sikap negative anda.

Cipta perhubungan baru dengan diri anda!Ketahui dengan sebenarnya siapa anda. Ambil masa, jangan gopoh. Bila sampai satu ketika anda pasti tau dan sedar apa kesilapan anda dan terima dengan hati terbuka. Kemudian buat sesuatu yang lain! Ubah sikap negative. Bila dah terima hakikat bahawa anda juga bersalah dan ada sumbangan kepada putusnya perhubungan anda, luka di hati akan mula sembuh.

Bila anda sedar dan buat keputusan kesilapan itu tidak akan anda ulangi lagi, anda akan rasa lebih baik, lega dan hati akan mula tenang. Akan sampai masa anda toleh ke belakang dan berkata, “Macamana aku boleh bertindak dan berfikir macam tu”. Anda juga akan rasa perasaan sedih dan luka yang amat sangat itu tak patut anda biarkan berlaku pada diri anda. Anda akan toleh kenangan cinta lepas dengan kecewa disebabkan sikap negative anda. Dalam masa yang sama, anda pasti bangga kerana anda telah sedar dan tau, anda takkan biarkan ia berulang lagi.

Separuh dari proses nak pulih dari kepedihan anda sekarang adalah dengan mengakui dan sedar bahawa ada di antara masalah yang telah berlaku, anda juga bertanggungjawab. Tau macam tu je tak cukup. BUAT dan lakukan adalah hal yang lain pulak!

Sekarang adalah masa untuk BERHENTI menyalahkan orang lain atas keperitan yang anda sendiri juga cipta untuk diri anda. Sekarang adalah masa untuk memaafkan supaya luka dan keperitan ini akan cepat sembuh. Pilihan di tangan anda.

Luka tidak akan sembuh sehingga anda membenarkan diri untuk memaafkan.

Walau apa pun, yang pentingnya berapa lama anda nak tanggung perasaan yang macam ni?

Kalau anda masih juga kata bahawa bekas kekasih anda TETAP yang menjadi sebab putusnya cinta anda dan buat anda derita, kecewa macam ni, saya rasa anda masih tak faham lagi apa yang nak saya sampaikan. Ini adalah masa untuk lepaskan semua perasaan benci tu dan focus untuk menerima tanggungjawab atas pilihan yang ada sekarang. Menyalahkan orang dan pihak lain akan hanya dan sentiasa buat anda tetap berada di tempat anda sekarang serta kekal begini berterusan.

Disiplin diperlukan untuk buat ini semua.Boleh buat ke? Kena faham ya, penderitaan anda ini hanyalah sementara. Derita putusnya cinta BOLEH sembuh. Anda boleh!

Anda akan lakukan bila anda sedar menjadi diri anda yang ceria seperti dulu dan menjadi kuat adalah lebih bermakna dari terus “melekat” dengan kenangan silam dan perasaan benci yang tentu sekali tak mendatangkan hasil.


Anda tak perlukan kekuatan untuk melepaskan…hanya keberanian.


Mulakan sekarang!

Oct 18, 2009

Awas peminat video Upin Ipin di Youtube!

Kebiasaannya pada hujung minggu aku membiarkan anak-anak melayari internet. Semalam anak Akif (7 tahun) dan adiknya Afif (3 tahun) sedang mengadap youtube. Biasalah budak-budak ni suka tengok video Upin dan Ipin.

Tiba-tiba kedua-duanya menjerit ketakutan. Muka kedua-duanya pucat dan menangis mendapatkan emaknya yang sedang menonton TV. Aku pun tengok video apa yang diaorang ni tengok.

Rupanya ada makhluk yang rasanya ada kelebihan pandai mengedit video membuat lawak bodoh.

Video Upin Ipin pada mulanya elok saja kisah Upin Ipn nak pergi solat terawih:Tengah syok-syok tengok keluar gambar hantu dengan jeritan yang menyeramkan

Ni yang dinamakan bergurau tak kena tempatnya. Bukan ke video Upin Ipin ni kesukaan kanak-kanak menontonnya. Jangankan kanak-kanak orang tua pun boleh kena sakit jantung dibuatnya. Walau ada warning 'jangan menonton jika anda sakit jantung' , budak-budak apa kira.

Berhati-hati dan jangan lupa mengingatkan anak-anak atau adik anda menonoton video Upin Ipin di Youtube.

Hampeh betul la budak yang upload video ni yang menggunakan nick "tukangfiqir" ni. Semalam ramai yang beri komen mengutuk video ni. Ingatkan si tukangfiqir ni nak remove video ni. Rupanya dia remove komen-komen video ni.

Kalau nak tengok video ni search la di youtube "upin ipin panas" lepas tu jangan lupa flag video ni




Oct 17, 2009

10 Cara Untuk Sentiasa "Bergaduh" Dengan Adil

Perbalahan sentiasa berlaku.Tidak semua di antara kita sebagai manusia akan bersetuju dengan pendapat orang lain setiap masa.Orang lain juga pun takkan sentiasa setuju dengan pendapat kita.Namun demikian,dalam percintaan/perhubungan,perbalahan boleh menjadi terlalu mengikut emosi,sampai ke tahap boleh melukakan hati pasangan.


1) Jangan Bersyarah


Dalam perhubungan yang matang,anda mesti menghormati pasangan anda dan juga diri sendiri sebagai orang dewasa.Bila anda mula bersyarah dengan panjang lebar kepada seseorang itu tentang kesalahannya ,ini boleh mencetuskan perasaan yang amat tidak selesa dalam dirinya.Satu ‘kuasa’ memberontak dan tidak puas hati terhadap anda boleh wujud hasil dari sikap tersebut.Oleh itu,selain dari bersikap “anda adalah betul” dalam situasi seperti ini,adalah lebih baik anda bercakap tentang bagaimana cara untuk membetulkan kesilapan yang telah berlaku.Fokus anda mesti kepada bagaimana untuk menyelesaikan masalah yang timbul dan juga supaya perkara itu tidak berulang lagi.


2) Jangan Balas Dendam


Selalunya,bila hati seseorang itu benar-benar disakiti oleh pasangannya,dia juga akan bertindakbalas untuk menyakiti hati pasangannya semula.Biar pasangannya rasa bersalah dan rasa apa yang dia rasa.Kononnya supaya pasangannya “sedar” bahawa kesalahan telah dilakukan.Pada masa itu,tindakan macam ni seolah-olah idea yang bagus,sebenarnya akan memalapkan lagi perhubungan.Jangan bertindak begitu.Bila anda salahkan pasangan anda tentang sesuatu perkara dan cuba buat dia rasa bersalah,anda mengatakan bahawa anda Betul dan dia Salah-hukuman telah dijatuhkan,susah nak selesaikan pergaduhan anda!


3) Jangan Tinggikan Suara


Bila emosi dan kemarahan menguasai diri,adalah sukar untuk mengawal suara lebih-lebih lagi bila pasangan anda sendiri meninggikan suara kepada anda.Walau apa pun,anda mesti ingat,merendahkan nada suara dan bercakap dengan tenang dan tidak menengking amat penting bila berbincang dalam sesuatu konflik.Suasana tenang membolehkan anda dan pasangan mendengar dengan lebih baik apa yang diperkatakan terhadap satu sama lain.Konflik dapat diselesaikan dengan lebih cepat dan tidak merebak dengan lebih teruk dan merosakkan.


4) Elakkan Terlalu Peribadi dan Sensitif


Masa situasi konflik tengah hangat,janganlah terlalu sangat “terasa”,jangan terlalu sensitif atau “take it too personal”.Keadaan yang tengah “panas” boleh buat anda terlepas cakap.Oleh itu pastikan anda tidak terlalu sensitif atas segala yang sedang diperkatakan kerana selalunya emosi lebih menguasai keadaan pada waktu ini.Oleh itu,kadangkala ada waktunya perkara betul yang pasangan anda katakan boleh menjadi perkara yang amat sensitif bagi anda dan anda pula boleh terlepas cakap atau sengaja “melepas” cakap tanpa berfikir panjang.


5) Jangan Timbulkan Perkara-perkara Kecil


Bila tengah bergaduh tu,jangan timbulkan perkara-perkara kecil yang langsung tak membantu selesaikan masalah.Perkara-perkara kecil yang dalam 2-3 hari akan datang tu dah boleh lupa contohnya la,tak perlulah diungkit.Fikir sebelum timbulkan benda-benda kecil macam ni sebab ia takkan membantu,membakar semangat marah dan terukkan lagi keadaan tu adalah.Benda-benda kecil ni termasuk la juga perkara yang dah lama terjadi dah…3-4 bulan lepas contohnya-jadi tumpu hanya pada isu yang sedang berlaku.


6) Mendengar Dengan Teliti


Walaupun susah nak dibuat,anda perlu jadi pendengar yang baik dan teliti.Pasangan anda mungkin dengan jelasnya beritahu apa yang anda berdua perlu untuk selesaikan masalah tapi disebabkan anda tak ambil perhatian,tak dengar dengan baik dan teliti,bukan saja cadangan dia anda tak ambil kira,malah anda pula bagi penyelesaian yang takde kena-mengena dan merumitkan keadaan.


7) Fokus Satu Isu Pada Satu Masa


Seperti biasa yang anda mungkin dah banyak kali dengar…fokus!Perkara terbaik yang anda boleh buat ialah kenal pasti apa punca sebenar masalah dalam perhubungan anda sekarang dan cari penyelesaian untuk isu itu sahaja.Bila anda mula bercakap tentang banyak perkara,macam-macam isu, anda mengelirukan keadaan.Selesaikan satu persatu dan bergerak ke punca isu yang lain bila isu pertama selesai.Tentu sekali anda ingin tau apa cerita sebenar yang jadi punca mengeruhkan hubungan anda supaya masalah dapat selesai dengan cepat,jadi pastikan anda fokus!


8) Jangan Serang!


Biasalah,dah terlalu marah sangat,anda pun “naik angin”…bila perkara macam ni berlaku,biasanya anda boleh menyerang peribadi pasangan anda.Sebelum perkara macam ni berlaku,fikir dan sedar bahawa ia TAKKAN membantu malah memburukkan keadaan.Anda ingin selesaikan masalah,bukan nak serang pasangan anda.


9) Mesti Hormat


Perbalahan/pertelingkahan dalam perhubungan boleh menjadikan sesuatu perhubungan itu lebih matang dan lebih rapat malah lebih indah setelah konflik dan isu berakhir dengan baik.Nak jadi macam ni,anda perlu faham perbalahan perlu di lihat dalam konteks “learning experience” atau proses belajar selain melihatnya dari satu sudut saja.Beri perhatian,sabar,tenang,buat “eye contact”,tanya soalan yang relevan dan diperlukan dalam masa yang sesuai.Ini adalah antara cara utama untuk menunjukkan sikap hormat kepada pasangan anda.Bersama,dengan sikap seperti ini anda berdua PASTI boleh menyelesaikan segala masalah yang melanda.


10) Jangan Tinggalkan


Satu lagi perkara yang sukar dibuat bila bergaduh ialah berada tetap dalam tempoh konflik itu sedang berlaku,dari mula sampai selesai.Ramai orang bila dah tak tahan,marah sangat,terus tinggalkan pasangan,bermaksud terus keluar dari “medan” konflik atau pertelingkahan sekaligus membiarkan situasi “tergantung” macam tu je.Pasangan pun dia tinggalkan sorang.Okay,walaupun rasa tak boleh tahan sangat,marah ke,“tension” ke,jangan angkat kaki,tinggalkan konflik dan pasangan macam tu je.Bagi tau dia anda perlukan masa sekejap untuk tenangkan fikiran sebentar,mungkin anda pergi duduk tempat lain kejap ke…kemudian pastikan anda datang semula.Ini secara tidak langsung menunjukkan anda seorang yang berkaliber dan dapat mengurus emosi dengan baik tak kiralah anda lelaki atau wanita.