MUNGKIN BETUL MUNGKIN TIDAK, SEKADAR BACAAN HIBURAN CERITA SERAM...JAUHI DARI PERKARA-PERKARA TAHYUL DAN SYIRIK - [Formerly known as LUBUKPUAKA since 2008]

Oct 6, 2009

Tips Memilih Kemeja Untuk Lelaki

Kemeja bukan hanya sekadar sehelai pakaian harian yang biasa. Ia mampu memberi impak terhadap penampilan. Ke pejabat, menghadiri mesyuarat penting mahupun majlis formal. Namun tak ramai di antara kita tahu memilih kemeja sesuai untuk aktiviti harian di pejabat. Perlu diingat, setiap orang mempunyai bentuk tubuh dan personaliti berbeza, dan ini membuatkan seseorang itu kelihatan berbeza. Banyak perkara yang perlu kita tahu tentang sehelai kemeja. Ini termasuklah kualiti, stail dan perinciannya. Tips berikut membantu kita semua memilih sehelai kemeja yang tepat.

1. Kolar
Kolar merupakan bahagian perincian kemeja yang sangat penting kerana ia menentukan keserlahan wajah ketika memakainya. Sebagai contoh, lelaki berwajah kecil perlu mengelak memakai kolar lebar kerana kolar saiz tersebut akan menenggelamkan wajah. Lelaki bermuka besar pula perlu mengelak memakai kolar narrow yang boleh menampakkan wajah menjadi lebih besar.Biasanya saiz kolar kemeja antara 14,14 ½, 15 dan 16 inci. Saiz kolar yang sesuai bergantung pada dimensi di bawah halkum.

2. Manset (cuff)
Penting untuk anda tahu manset atau cuff pada sehelai kemeja.Terdapat dua jenis cuff yang biasa dipakai iaitu French cuff dan Barrel cuff. Bagi kemeja French cuff, memerlukan pemakai menggunakan kafling pelbagai bentuk yang dimasukkan ke dalam lubang butang pada pergelangan lengan kemeja. Manakala Barrel cuff telah diletakkan butang pada pergelangan lengan kemeja. Kemeja jenis ini yang paling biasa di pakai untuk ke pejabat.

3. Fabrik
Setiap fabrik yang digunakan untuk kemeja menentukan kualitinya dan dapat mencipta tekstur. Anda perlu tahu memilih fabrik kemeja yang bersesuaian dengan keadaan cuaca setempat. Fabrik kapas adalah paling sesuai untuk cuaca panas. Kini fabrik campuran kapas dan fiber sintetik (polister, rayon dan nilon) semakin popular. Anda juga perlu tahu, setiap fabrik yang digunakan untuk kemeja menentukan sama ada ia sesuai untuk pemakaian formal atau tidak. Kapas antara fabrik paling sesuai untuk kemeja formal. Mengetahui jenis-jenis fabrik ini membolehkan kamu membuat pilihan yang betul sesuai dengan gaya hidup.

4. Corak
Ramai lelaki tidak berani bermain dengan kemeja yang mempunyai corak. Kemeja bercorak membenarkan kita mencipta stail tersendiri dan disuaipadankan dengan aksesori tertentu. Kemeja bercorak dengan latar belakang putih biasanya lebih formal berbanding yang berwarna. Kemeja dengan corak garisan juga lebih sesuai untuk sesuatu upacara. Manakala corak kekotak kecil dan renggang akan memberikan kesan lebih bergaya berbanding dengan corak kekotak yang lain seperti Windowpane dan Pastel.

5. Warna
Pilihan kemeja warna biasa seperti biru dan putih nampak membosankan. Kita boleh memilih untuk memakai kemeja berwarna seperti kuning, jingga, merah atau sebagainya. Namun perlu diingat, pilihan warna lembut atau pastel adalah yang terbaik. Warna sebegini lebih formal berbanding warna terang yang lebih sesuai untuk pemakaian kasual. Satu perkara penting juga yang mesti anda tahu adalah pemilihan warna harus bersesuaian dengan warna kulit dan rambut anda.

6. Saiz
Perkara penting yang mesti anda tahu dan pastikan sebelum membeli sehelai kemeja adalah saiznya. Adakah saiz yang anda pilih sepadan dengan saiz tubuh anda? Adakah ia terlalu kecil atau terlalu besar? Kini terdapat pelbagai jenis potongan kemeja. Slim fit antara yang semakin popular berbanding potongan klasik. Untuk anda berbadan besar, pilihlah saiz yang sepadan. Saiz terlalu besar membuatkan anda kelihatan lebih besar. Bagi mereka yang agak berotot, slim fit membuatkan anda tampil segak bergaya.

Oct 5, 2009

TIPS MEMILIH PAKAIAN UNTUK WANITA

Setiap wanita pasti pernah mengalami situasi ini. Setiap kali melihat supermodel memperagakan fesyen terkini, hati terdetik, “mengapa aku tidak dikurniakan bentuk badan menawan sepertinya?”

Sebenarnya setiap wanita dilahirkan sempurna, bergantung kepada cara anda melihat diri sendiri. Selain itu, anda juga harus bijak memilih pakaian yang sesuai dengan potongan badan. Setiap helai pakaian yang disarung ke tubuh badan memberikan impak yang berlainan. Oleh itu, pemilihan pakaian yang tepat membantu menyerlahkan penampilan supaya tubuh badan terlihat sempurna pada pandangan mata. Terdapat beberapa perkara yang perlu diperhatikan agar pakaian yang dikenakan terlihat serasi dengan bentuk badan. Panduan berikut mungkin berguna untuk penampilan anda.

Pemilihan warna pakaian
Perkara asas yang perlu anda tahu dalam pemilihan pakaian ialah memilih warna yang sesuai dengan kulit. Sekiranya anda berkulit cerah pasti mudah memilih warna pakaian yang sesuai, tetapi bagaimana jika anda memiliki kulit berwarna gelap? Semak tip berikut supaya anda tidak salah memilih warna.

1. Jika anda berkulit cerah (putih) jangan sesekali mengenakan warna-warna pastel seperti coklat muda, biru muda atau pink.
2. Jika anda berkulit kuning langsat warna-warna tropika seperti jingga, hijau, merah, kuning dan biru merupakan pilihan yang terbaik.
3. Jika anda berkulit sawo matang pilihlah warna ungu, oren atau merah hati agar anda terlihat lebih menarik.
4. Jika anda berkulit gelap, warna-warna tanah yang lembut merupakan pilihan tepat untuk pakaian anda.

Jangan Lupa :
Menyesuaikan warna pakaian dengan waktu dan tempat. Warna gelap untuk acara formal sedangkan warna cerah untuk acara informal. Sesuaikan warna dengan karakter. Kalau anda ingin menyerlahkan sifat feminin, pakailah pakaian yang terdiri daripada warna-warna pastel. Sebaliknya, jika ingin ingin menarik perhatian orang ramai, pilih pakaian yang berwarna terang.

Jangan sesekali :
Nekad menggunakan pakaian yang berwarna terlalu kontra dengan kulit. Contohnya, anda berkulit hitam dan mengenakan pakaian yang berwarna merah jambu terang. Penampilan anda akan terlihat berat sebelah dan kelihatan hodoh! Selain itu, anda juga tidak boleh mengenakan aksesori dari rambut hingga kaki yang warnanya tidak senada dengan warna baju yang dikenakan.


Pemilihan seluar panjang
Bagi yang mempunyai tubuh badan berisi cubalah mengenakan seluar panjang yang boleh memberi ilusi tubuh yang lebih tinggi dengan mengenakan seluar panjang berpotongan ‘wide-leg’ dan mempunyai ‘details’ seperti bergaris vertikal. Sebaliknya, hindari seluar yang berpotongan ketat. Untuk menyembunyikan pinggul yang berisi pula pilihlah seluar panjang bepotongan full-cut (melebar mulai dari pangkal paha hingga ke hujung seluar) dan hindari seluar panjang berpotongan ‘baggy’ atau yang tirus di bahagian hujung.

Sekiranya anda mempunyai sepasang kaki yang pendek, pilihlah seluar panjang berpotongan lurus atau ‘wide-leg’. Jangan tergoda dengan seluar berpotongan singkat kerana ia membuatkan kaki anda terlihat semakin pendek. Seluar panjang yang bercawat pendek adalah pilihan tepat bagi mereka yang memiliki badan yang pendek. Bagi yang mempunyai badan yang panjang, pilihlah seluar panjang yang mempunyai potongan pinggang yang tinggi.

Bagi anda yang memiliki punggung berisi, jangan ragu-ragu memilih seluar panjang berpotongan penuh. Selain itu, anda juga boleh menyembunyikan bentuk punggung dengan memakai seluar yang berpoket di belakang. Akhir sekali, bagi yang tergolong dalam kumpulan individu yang tidak berpinggang (boy’s figure), pilihlah seluar panjang berpotongan lurus dengan poket di bahagian sisi. Jangan sesekali memakai seluar panjang ketat atau mengecil di bagian hujung.


Tip berpakaian untuk tubuh berisi
Memiliki tubuh pendek dan mungil, kadangkala menimbulkan masalah ketika ingin memilih pakaian yang sesuai. Namun ini tidak bererti masalah itu tidak boleh diatasi. Ada beberapa trik yang boleh dimanfaatkan untuk membuatkan tubuh badan terlihat lebih tinggi dan langsing:-

* Kenakan baju atau blaus yang kemasannya menarik mata untuk turun secara vertikal. Kolar berpotongan ‘V’ merupakan pilihan yang baik.
* Masukkan baju atau blaus ke dalam seluar panjang supaya kaki anda kelihatan lebih panjang dan tentu saja anda akan tampak lebih tinggi.
* Pilih pakaian yang betul-betul sesuai dengan tubuh badan. Pakaian yang terlalu longgar seperti jaket yang besar akan membuatkan anda kelihatan lebih besar daripada saiz badan yang sebenar.
* Kenakan pakaian dengan motif atau corak yang bergaris vertikal.
* Jangan takut mengenakan skirt pendek. Sebaliknya hindari skirt yang labuhnya melepasi lutut atau sehingga betis. Pemakaian sebegini akan membuatkan tubuh badan seperti terpotong dan akibatnya anda tampil lebih pendek.
* Jangan lupa mengenakan kasut bertumit tinggi.

7 Tip berpakaian yang mesti anda tahu:

1. Pakaian yang menggunakan warna gelap akan menimbulkan kesan ramping pada tubuh badan.
2. Baju tanpa lengan, berleher tinggi (turtleneck), sangat sempurna untuk meminimalkan dada yang besar.
3. Tidak ada kata ‘maaf’ untuk garis seluar dalam yang kelihatan. Carilah trik agar garis seluar dalam anda tidak kelihatan. Salah satu caranya, gunakan seluar dalam berpotongan ‘G-string’.
4. Satu lagi adalah tali coli. Ia tidak seharusnya diperlihatkan. Sediakan coli tanpa tali, yang dapat digunakan ketika anda mengenakan baju atau gaun tanpa lengan atau bertali halus.
5. Sebaiknya gantilah kasut lama anda, kasut yang sudah terlalu lama mempunyai warna yang pudar dan ini akan merosak penampilan.
6. Kasut dengan tumit yang sangat rendah sukar untuk dipadankan dengan gaun atau kemeja. Bagaimanapun, ia baik untuk kesihatan kaki.
7. Anda beruntung jika memiliki leher yang jinjang. Ini kerana bentuk leher seperti ini sesuai untuk baju yang berkolar tinggi. Jika leher anda sedikit lebih pendek, pakailah rantai atau kalung yang akan memberi kesan lebih cantik.

Oct 4, 2009

Akan menjadi realitikah jambatan M'sia-Indo


Jambatan yang dianggarkan menelan belanja RM44.3B untuk menghubungkan Malaysia - Indonesia telah dikemukakan cadangannya oleh Straits of Malacca Partners Sdn Bhd (SOMP)m melalui pengerusinya Tan Sri Ibrahim Zain kepada kerajaan kedua-dua negara.

Jambatan tersebut adalah 4 kali lebih panjang dari Jambatan Pulau Pinang melintasi Selat Melaka antara Melaka dan Dumai,Sumatera. Persoalannya...adakah projek ini akan mengguntungkan negara kita atau sebaliknya ? Sama-samalah kita tunggu perkembangan seterusnya...


Ikhsan Dari sahabat Multiply.com
http://tuanloyar.multiply.com/journal/item/263/Akan_menjadi_realitikah_jambatan_Msia-Indo_

Memori Hits 1948 - 2000 Broery Marantika


Tu dia eh....satu album aku dapat...tapi free lew,download kat multiply..thanks pada sahabat yg sudi berkongsi album memori hits Broery Marantika nih...pasal aku nak gi beli malas..hehehe
Ada dalam 33 buah lagu...

Oct 2, 2009

Joe burnmark - Inspirasi


Salam kepada penggemar2 muzik rock era 80'an....Ini album terbaru Joe burnmark,rasa2 nye semua dah kenal ngan otai nih.....

Joe Burnmark merupakan guitarist era 80an,Beliau memulakan karier melalui album juara-juara rock pada tahun 1988, bersama kumpulan Burnmark.Beliau juga merupakan guitaristnMalaysia yang pertama merakamkan album secara solo instrumental gitar (Joe Jasad Liar) 1990. Dari situ bermulanya perjalanan seni beliau sebagai seorang composer, penerbit album & sessionist dari tahun 80an sehingga ke hari ini, "joe Burnmark Inspirasi" adalah kesinambungan karya beliau yang terkini yang mana "Inspirasi" beliau dari pengalaman yang panjang dan berterusan.

Lagu2 yang terdapat dalam album " Inspirasi" ini :-
1 - METAL ANTIQUE
2 - LAGUKU DOAMU
3 - DENDAM CINTA
4 - IDOLA
5 - ANAKKU
6 - SUPERSTAR
7 - SESUATU YANG PASTI
8 - HUJAN ASMARA
9 - SATU PENGHORMATAN
10 - ISTILAH GERHANA
11 - VARIASI [INSTRUMENTAL]
12 - MBO MBO [INSTRUMENTAL]
13 - SIMFONI [INSTRUMENTAL]
14 - TU-TUJU [INSTRUMENTAL]
15 - JASAD LIAR [INSTRUMENTAL]

Penerbit : Joe Burnmark
Susunan Muzik : Joe Burnmark
Gitar : Joe Burnmark
Bass : Joe Burnmark , Zrud , Syed Zainal
Drum : Apis Damai
Keyboard : Mazli Niteman
Penyanyi Jemputan : Nasir Teras(Jasad Liar) , Rahim(Getback), Joe Bugis, Yuss & Taib
Studio Rakaman : Datacrest Studio,Erfan Studio, BMW, Ruby, Sinar & Quantize
Jururakam : Erwan Ahmad , Awang BPR , Burn Crossfire


Pesanan Untuk semua...Dapatkan yang "ORIGINAL"