MUNGKIN BETUL MUNGKIN TIDAK, SEKADAR BACAAN HIBURAN CERITA SERAM...JAUHI DARI PERKARA-PERKARA TAHYUL DAN SYIRIK - [Formerly known as LUBUKPUAKA since 2008]

Jul 31, 2009

Warkah Buat Gadis Solehah

Assalamaualaikum warahmatullahi wabarakatuh..

Wahai Gadis Solehah…

Dari jauh ku melihat raut wajahmu… tunduk memandang bumi yang luas, gerak langkah kaki mu mengingatkan daku akan sebuah kematian.

Dunia ini penuh dengan kepura-puraan. Namun kau mampu mengharunginya bersama ladang kesabaran dan ketaqwaan mu. Meski pun kau dicaci dan dimaki… ditaburi fitnah… namun bersama gunung kesabaran dan benteng ketaqwaan mu, kau mampu mempertahankan kerana diri mu penuh dengan Nur Iman dan Din Islam utk menegakkan jihad diakhir zaman ini. Bagi mu Al-Quran sebagai hiburan, As-sunnah menjadi amalan dan rumah sebagai tempat perteduhan dari tipuan dunia yang penuh dengan kepura-puraan.

Gadis Solehah..

Disebalik hijabmu terselindung wajah yang penuh dengan Nur. Hati yang sentiasa mengingati mati. Yang mencintai Allah dan rasul dan yang taat kepada kedua ibu bapa mu. Kau pertahankan hijabmu meskpun dunia memandang dengan penuh kehinaan, tetapi ketahuilah… sesungguhnya Allah melihatmu penuh dengan kebanggan. kalimah Allah..

Gadis Ku..

Saban ketika, gerak gerimu ku perhatikan. Akhlakmu yang terperlihara dari segala noda, maruahmu yang kau jaga dari sebarang nida dan yang paling melembutkan hati…. tutur bicaramu melambangkan sifat keibuan sejati. Bila bertembung dengan jejaka yang bukan muhrimmu, kau tunduk memandang bumi… mengingatkan ku tentang firman allah swt:

“Wahai wanita –wanita yang beriman tundukkanlah pandanganmu apabila terpandang lelaki ajnabi supaya tidak berlaku zina hati dan boleh membawa kepada zina besar . Sesungguhnya Allah amat pengasih lagi maha penyayang ,”

Juga meningatkan aku kepada Amirul Mukminin di zaman Rasulullah saw. Siti Aisyah isteri tercinta dan Fatimah puteri tersayang.

Gadis solehah…

Kau ibarat permata berharga yang sentiasa digilap…. dibalut dan disimpan ditempat yang selamat. Kau juga diibaratkan gagak putih yang dikelilingi gagak hitam.

Siangmu sibuk dengan urusan duniawi namun tika malam menjelang, kau perhambakan diri sepenuhnya kepada Ilahi, beribadat… bibirmu berzikir mentilawah Al – Quran, tahajjud , witir dan amalan – amalan istiqamahmu.

Jauh disudut hatiku aku bangga dengan Imanmu, Taqwamu, Akhlakmu, Amalanmu, Hijabmu dan perjuanganmu menegakkan kalimah Allah.

Gadis solehah…

Sebelum mengakhiri coretanku ..kutitipkan firman Allah swt buatmu…

“ Sesungguhnya perempuan yang solehah untuk lelaki yang soleh dan yang jahat pula untuk perempuan yang jahat.”

Kekalkan hijabmu hingga keakhir hayatmu …

Kau idaman lelaki beriman.

Sebaik-baik wanita adalah wanita solehah dan wanita solehah itu adalah perhiasan kepada dunia..

Sekadar buat renungan………

Jul 30, 2009

Mulai hari dengan senyuman, kerana senyuman adalah ubat.

Sape Hebat

Man : Bapa aku hebat. Dia polis. Semua orang takut ngan dia.
Ali : Eleh, bapa aku lagi terer. Kalau dia suruh orang tunduk, mesti orang tu tunduk.
Man : Wow! Bapa kau keja apa?
Ali : Tukang gunting rambut.

kelas B.I
Ayah : Apasal B.I kamu nie asyik dapat kosong jer...! Apasal hah?
Anak : Eh, ayah! Tu bukan kosong. Tadi cikgu adik dah kasi bintang banyak kat bebudak lain. Ada dapat 5 bintang la, 4 bintang la. Bila turn adik jer, bintang dah abis. Sebab tu cikgu bagi kat adik bulan.

Sudu

Doktor : Encik kena ambil 3 sudu ubat ni setiap hari.
Pesakit : Eh! tak boleh la doktor.
Doktor : Kenapa?
Pesakit : Rumah saya ada dua sudu jer.

Mayat

Cikgu : Hasan,sambungkan 2 ayat ini menjadi satu. 'Ali menaiki basikal ke sekolah. Ali ternampak mayat.'
Hasan : Ali ternampak mayat menaiki basikal ke sekolah.

Tiru

Cikgu : Encik,anak awak didapati meniru Ali dalam exam.
Bapa : Apa bukti awak?
Cikgu : Encik tengok soalan nombor 4 nie. Siapakah menemui Pulau Pinang? Seman tulis "Saya tak tahu"dan anak encik tulis "Kalau engkau tak tahu, aku lagi la tak tahu".

Doktor

Suatu petang datang seorang lelaki berumur ke kelinik ENT, kerana telinganya di masuki biji kacang hijau semasa dia membeli barang dapur di pasar.

Doktor : "Selamat petang..."
Pesakit : "Selamat petang Doktor!"
Doktor : "Ada masaalah apa ...?"
Pesakit : "Telinga saya dimasuki biji kacang hijau, Doktor..."
Doktor : "Biar saya periksa telinga anda!"

Doktor pun lalu memeriksa telinganya,dan rupanya biji kacang tersebut cukup susah di ambil malah mungkin perlu pembedahan.

Doktor : "Ada 2 cara untuk mengeluarkan biji tersebut..."
Pesakit : "Apa caranya doktor?"
Doktor : "Pembedahan kecil kosnya 2 ribu ringgit dan pilihan kedua pula percuma..."
Pesakit : "Mahal sangat Doktor, kalau yang percuma bagaimana?"
Doktor : "Yang percuma kena sabar..."
Pesakit : "Baik, saya sabar, dan bagaimana caranya...?"
Doktor : "Anda sirami telinga anda 2 kali sehari dan nanti jika sudah jadi tauge' anda tinggal tarik keluar."
Pesakit : "Huh"

40 kesilapan mendidik anak

PERNAHKAH terfikir bahawa sebagai orang tua, banyak perkara yang anda lakukan salah dalam mendidik anak-anak?

Pakar motivasi dan psikiatri sering mencari punca mengapa anak-anak menjadi liar, tidak mendengar kata, melawan orang tua dan pelbagai salah laku oleh segelintir anak-anak terhadap kedua ibu bapa mereka.

Dalam mendidik anak, mungkin cara ibu bapa salah. Dalam proses tumbesarannya, anak-anak pasti melalui pelbagai perkara yang mungkin boleh membuat mereka terdorong melakukan sesuatu di luar jangkaan.

Apabila melihat kelakuan anak-anak itu, semestinya ia dikaitkan dengan cara didikan ibu bapa.

Justeru, mari kita selidik kesilapan ibu bapa sehingga menyebabkan kesan negatif anak-anak. Antaranya:

1. Pemilihan jodoh tanpa memperhitungkan mengenai zuriat.

2. Perhubungan suami isteri tanpa memperhitungkan mengenai zuriat.

3. Kurang berlemah lembut terhadap anak-anak.

4. Memaki hamun sebagai cara menegur kesilapan anak-anak.

5. Tidak berusaha mempelbagaikan makanan yang disajikan kepada anak-anak.

6. Jarang bersama anak-anak sewaktu mereka sedang makan.

7. Melahirkan suasana yang kurang seronok ketika makan.

8. Membeza-bezakan kasih sayang terhadap anak-anak.

9. Kurang melahirkan kasih sayang.

10. Sering mengeluh di hadapan anak-anak.

11. Tidak meraikan anak-anak ketika mereka pergi dan pulang dari sekolah.

12. Tidak mengenalkan anak-anak dengan konsep keadilan.

13. Tidak memberatkan pendidikan agama di kalangan anak-anak.

14. Tidak terlibat dengan urusan pelajaran anak-anak.

15. Tidak memprogramkan masa rehat dan riadah anak-anak.

16. Tidak menggalakkan dan menyediakan suasana suka membaca.

17. Mengizinkan anak-anak menjamah makanan dan minuman yang tidak halal.

18. Tidak menunjukkan contoh teladan yang baik di hadapan anak-anak.

19. Jarang meluangkan masa untuk bergurau senda dengan anak-anak.

20. Terdapat jurang komunikasi di antara ibu bapa dengan anak-anak.

21. Tidak menggunakan bahasa yang betul.

22. Suka bertengkar di hadapan anak-anak.

23. Sentiasa menunjukkan muka masam di hadapan anak-anak.

24. Tidak membimbing anak-anak supaya mematuhi syariat.

25. Memberi kebebasan yang berlebihan kepada anak-anak.

26. Terlalu mengongkong kebebasan anak-anak.

27. Tidak menunaikan janji yang dibuat terhadap anak-anak.

28. Tidak menunjukkan minat terhadap aktiviti anak-anak.

29. Tidak memupuk semangat membaca di kalangan anak-anak.

30. Tidak berminat melayan pertanyaan atau kemusykilan anak-anak.

31. Tidak memberi perhatian terhadap buah fikiran anak-anak.

32. Lambat memberi penghargaan kepada anak-anak.

33. Kerap meleteri sesuatu kesilapan yang dilakukan anak-anak.

34. Hukuman yang tidak setimpal dengan kesalahan yang dilakukan.

35. Sering mengancam dan menakutkan anak-anak.

36. Menghukum tanpa menyatakan kesalahan yang dilakukan.

37. Tidak konsisten dalam menjatuhkan hukuman ke atas anak-anak.

38. Memberi nasihat yang sama kepada anak-anak.

39. Tidak tegas mendidik anak-anak.

40. Tidak menggalakkan anak-anak hidup bekerjasama.

Jul 29, 2009

Wanita dipandang DARIPADA....


PERIBADI

Dilihat daripada: AKHLAKNYA

Dinilai daripada: KESABARANNYA

Diperhati daripada:KESETIAANNYA

Ditinjau daripada sifat: KEIBUANNYA

Malah dibesar melalui: SOLATNYA

PUASA menjadi TRADISINYA

AL QURAN menjadi HIBURANNYA dan AKHBARNYA

JIHAD menjadim MEDAN dan GELANGGANGNYA

manusia yang selalu BERUBAH adalah kaum WANITA

sebab jiwanya LEMAH

FIKIRANnya CETEK

sebab itulah SIKAPnya selalu

MENGECEWAKAN KITA

kecuali WANITA yang BERIMAN

NAFSU mengatakan wanita CANTIK

atas dasar RUPANYA

AKAL mengatakan wanita CANTIK

atas dasar KEPANDAIANNYA dan

HATI mengatakan wanita CANTIK

atas dasar AKHLAKNYA

Oleh itu,

AKHLAK adalah bunga (hiasan) diri,

tanpanya hilanglah pandangan

manusia pada wanita..

Jul 28, 2009

Sikap berbaik sangka nilai persahabatan sesama insan


Pernahkah anda mengalami situasi pekedai terkurang memulangkan wang baki dan apabila menyedari perkara itu, beliau meminta maaf dan memberi jumlah yang betul?

Reaksi kita kepada situasi ini berbeza, ada yang tidak kisah, setengahnya pula berasa prasangka seolah pekedai sengaja hendak menipu pelanggan mencetuskan perasaan tidak puas hati.

Kenapa sukar untuk kita menerima maaf yang dipinta kerana kesilapan adalah perkara lumrah dalam diri setiap insan.

Dalam bukunya yang tersohor, Bimbingan Mu’minin, Imam Ghazali menggariskan beberapa hak persaudaraan dan persahabatan, antaranya adalah ‘hak pengampunan’.

Beliau mengunjurkan supaya keterlanjuran sahabat dalam hal agama boleh ditegur secara lemah-lembut.

Sekiranya nasihat itu tidak diendahkan, selepas berkali kali, maka menurut sesetengah pendapat ulama salaf, hendaklah kita memutuskan perhubungan dengannya.

Manakala ulama yang lain berpendapat, boleh diteruskan perhubungan dan rasa kasih sayang dengannya, tetapi harus membenci segala kelakuannya yang buruk itu.

Harga minimum sebuah persahabatan ialah kita berbaik sangka dengan dan nilai tertinggi persahabatan, mengutamakan sahabat lebih dari diri kita sendiri.

Bagaimana dengan keterlanjuran atau kekasaran sahabat terhadap diri kita pula? Imam Ghazali berpendapat, tiada keraguan lagi keutamaannya ialah sahabat tadi dimaafkan dan segala kesulitan dari sikap sahabat ditanggung sepenuhnya oleh kita.

Berat sungguh saranan itu tetapi dalam usia yang matang dan melalui perjalanan jauh membuatkan saya tertanya mengenai panduan berharga ulama ini.

Tidak mungkinkah di sana ada insan yang akan mengambil kesempatan terhadap sifat pemurah kita mudah memberikan kemaafan itu? Sehingga kita sentiasa dipandang remeh dan perasaan kita tidak pernah diambil kira.

Seorang pakar motivasi pernah berkata, “Untuk maju ke hadapan, kenal pasti peristiwa lama yang mencengkam diri kita. Sukar untuk memaafkan akan menimbulkan dendam. Dendam inilah akan mencengkam diri kita.”

Kata beliau lagi, untuk melepaskan diri diri dari cengkaman perasaan ini kita boleh lakukan tiga perkara secara berperingkat iaitu terima kenyataan perkara yang berlaku sebagai takdir, maafkan orang yang melakukannya dan lupakan kisah itu.

Ketiga saranan ini berat untuk dilaksanakan kerana ia berkaitan dengan hati yang perlu dibelai untuk memaafkan.

Dalam masa sama, kita letakkan diri kita sebagai orang yang memandang remah terhadap perasaan orang lain. Kita boleh merubah paradigma mengenai hal kemaafan ini.

Sekiranya secara secara sedar atau tidak kita telah bersikap sedemikian iaitu menganggap kesilapan terhadap sahabat kita boleh dimaafkan dengan mudah dan dilupakan dengan sebegitu mudah, maka kita perlu berfikir semula.
Elakkan melukakan hati orang orang lain seperti kita tidak mahu dilukai.