Iklan dulu-dulu tapi bukan sekarang...
Sep 7, 2014
Iklan 21sx
Iklan dulu-dulu tapi bukan sekarang...
Sep 6, 2014
Pertembungan Tun Dr Mahathir & DS Najib
Sebahagian besar dan majoriti rakyat Malaysia membesar dengan melihat era kepimpinan Tun Dr Mahathir. Legasi pemerintahannya menyumbang kesan yang sangat hebat kepada era permodenan pentadbiran negara dan tamadun bangsa. Beliau dilihat begitu gigih dalam segala perancangan dan tindakan menjayakan agenda kejayaan bangsa Melayu dan negara Malaysia dengan cemerlang. Semua rakyat Malaysia tanpa mengira kaum menumpang tuah di atas usaha kerasnya membentuk pencapaian negara selama 22 tahun. Perdana Menteri selepasnya menerima 'dulang emas' sebuah kerajaan yang hampir berjaya. Tun Dr Mahathir pernah berkata untuk tidak campurtangan atau menganggu pentadbiran negara selepas bersara. Namun naluri seorang negarawan bukan seperti seorang persara kerajaan biasa. Di tengah kemelut Kerajaan Negeri Selangor, Tun Dr Mahathir memilih untuk menerjah serangan terbuka terhadap Perdana Menteri Dato Seri Mohd Najib Tun Hj Abd Razak. Serangan Tun Dr Mahthir kali ini tidak berani diulas secara semberono oleh penasihat dan orang sekelilingnya. Bimbang kesan yang lebih besar melanda maka pendekatan hikmah dan tenang cuba diguna. Dan jawapan dari YAB Perdana Menteri juga dilihat cuma memindahkan isu ini kepada tanggungjawab UMNO, sedangkan Tun Mahathir secara jelas menegur 'dasar Najib dan beberapa tindakannya'. Bagi penulis, bila Tun Mahathir bersuara, pasti ada yang tak kena. Jika Tun Mahathir berkata, akan ada yang terasa. Seandainya Tun Mahathir mengkritik, sudah pasti untuk kepentingan agama, bangsa dan negara.
Sep 4, 2014
Kajian Dedahkan Majoriti Pengundi Melayu Selangor Mahu PAS Tinggalkan Pakatan
Kaji selidik yang dijalankan semasa kemuncak krisis menteri besar Selangor mendapati pengundi Selangor terbahagi sama rata antara mereka yang mahu parti Islam itu keluar atau kekal dalam pakatan itu, manakala seorang daripada 6 pengundi tidak membuat keputusan.
10 PENANDA ARAS TAMADUN MELAYU : LEGASI MELAYU DALAM BIDANG SAINS
Apabila kita bercakap mengenai peninggalan sebuah tamadun itu dalam bidang Sains, antara perkara yang kita tidak akan lupakan mengenainya adalah dalam bidang perubatan. Apakah tinggalan Tamadun Melayu dalam bidang perubatan?
Sep 2, 2014
ADRUJA WIJAYAMALA SINGA - PUTERI WIRAWATI MELAYU YANG DILUPAKAN - Bhgn 7
Semua pihak di negeri Siam Sukhothai telah mula berasa gentar setelah angkatan perang mereka tidak pulang ke markas. Namun begitu, tidak sedikit pun terguris di hati Raja Rama Khamhaeng walaupun telah kehilangan ratusan tenteranya.
Sebaliknya, raja zalim itu telah mengambil keputusan untuk menyerang Grahi dan Kota Grahi sekali lagi. Pada kali ini, baginda sendiri yang akan mengetuai bala tenteranya.
Subscribe to:
Posts (Atom)
.jpg)


