Radio Internet merupakan perkhidmatan siaran isyarat audio yang dipancarkan melalui Internet. Muzik aliran melalui Internet lazimnya dirujuk sebagai "siaran web" memandangkan tiada isyarat gelombang radio tanpa wayar digunakan.
Radio Internet melibatkan media aliran bagi menyiarkan aliran audio berterusan yang tidak boleh dihentikan sementara atau di main balik sebagaimana media penyiaran tradisional. Kebanyakan perkhidmatan radio Internet ada kaitan dengan rangkaian stesen radio tradisional. Stesen radio Internet sahaja pula terkecuali daripada kaitan tersebut.
Perkhidmatan radio Internet boleh dicapai di mana-mana sahaja di dunia - contohnya, melalui teknologi radio Internet, pendengar dari
Jepun boleh mendengar siaran
Melaka FM yang secara tradisionalnya hanya dapat diterima di kawasan negeri
Melaka, utara
Johor dan selatan
Negeri Sembilan jika menggunakan isyarat gelombang radio biasa. Perkhidmatan radio Internet menawarkan rancangan berita, sukan, wawancara serta permintaan lagu sebagaimana stesen radio tradisional.