MUNGKIN BETUL MUNGKIN TIDAK, SEKADAR BACAAN HIBURAN CERITA SERAM...JAUHI DARI PERKARA-PERKARA TAHYUL DAN SYIRIK - [Formerly known as LUBUKPUAKA since 2008]

Aug 4, 2010

Antara Dua Cinta

Apa yang ada, jarang disyukuri
Apa yang tiada, sering dirisaukan
Nikmat yang dikecap
Baru kan terasa bila hilang
Apa yang diburu, timbul rasa jemu
Bila sudah di dalam genggaman

Dunia....
ibarat air laut diminum hanya
menambah haus
Nafsu....
bagaikan fatmorgana
di padang pasir
Panas yang membahang
disangka air
Dunia dan nafsu
Bagai bayang bayang
Dilihat ada ditangkap hilang

Tuhan, leraikanlah dunia
Yang mendiam di dalam hatiku
Kerana di situ tidak kumampu
Mengumpul dua cinta

Hanya cinta-MU
yang kuharap tumbuh
Dibajai bangkai
dunia yang kubunuh.


Pahrol Mohamad Juoi
[lirik lagu nyanyian Raihan]

Jul 20, 2010

Doaku Untukmu....

Ya Allah ...

Panjangkanlah umur sahabatku. Kurniakanlah kesihatan yang baik padanya, terangi hatinya dengan nur pancaran iman. Tetapkanlah hatinya, perluaskanlah rezekinya, dekatkanlah hatinya kepada kebaikan, jauhkanlah hatinya pada kejahatan, tunaikanlah hajatnya baik hajat dalam agama,dunia dan akhirat.....

Ya Muhaimin ...
Jika dia jatuh hati izinkanlah dia menyentuh hati seseorang yang hatinya tertaut pada-Mu agar tidak terjatuh dia dalam jurang cinta nafsu ....

Jagalah hatinya agar tidak berpaling daripada melabuhkan hatinya pada hati-Mu.
Jika dia rindu, rindukanlah dia pada seseorang yang merindui syahid di jalan-Mu.

Ya Allah ...
Jangan biarkan sahabatku tertatih dan terjatuh dalam perjalanan panjang menyeru manusia kejalan-Mu..

Jika kau halalkan aku merindui sahabatku, janganlah aku melampaui batas sehingga melupakan daku pada cinta hakiki, rindu abadi dan kasih sejati hanya untuk-Mu.

Ya Allah ...
kurniakanlah sahabatku kesenangan, ketenangan, kecemerlangan dan hidayah dari-Mu dalam menempuh cabaran serta liku-liku hidup di dunia dan di akhirat kelak ..insya-Allah

Amin Ya Rabbal Alamin



Ditujukan buat Ina Zalina (Wan Zalina Wan Seman) yang pernah bertakhta di hati walau hanya seketika..

Jul 19, 2010

Renungan bersama...

"Apabila Allah menguji orang Islam dengan tragedi, maka mereka mesti melihat dengan mata hati,
dan memikirkan dengan akal, agar tercungkil hikmahnya. Jika tidak, itu petanda penglihatan hati
tidak jauh, akal yang pendek."

Jul 18, 2010

Punca-punca Histeria

Terdapat banyak sebab dan punca-punca histeria. Antaranya :

- Akibat kurang kasih sayang menyebabkan banyak masalah yang dipendam.

- Akibat gangguan mental, lalu emosi tidak mampu dikawal dengan baik.

- Akibat sihir.

-Akibat kesilapan dan kecuaian manusia sendiri.

- Akibat dendam atau simpati/cinta makhluk jin. Antara sebabnya kerana manusia itu suka mendedahkan aurat dan suka bertelanjang ketika bersendirian.

- Akibat saka iaitu warisan jin pendamping daripada keluarga.

- Sering lupa kepada Allah s.w.t., kurang beramal ibadat dan sering lalai sehingga syaitan berpeluang mencelah masuk ke tubuh badan kita.

- Kurang membaca doa-doa tertentu seperti "Bisimillah" atau "Taawuz" ketika melakukan aktiviti-aktiviti seharian.

- Menyukai malah melakukan perangai yang disukai oleh syaitan (menurut hawa nafsu, mengabaikan hal-hal halal dan haram, memandang remeh pada perkara-perkara mungkar dan maksiat dan lain-lain)

- Melakukan perbuatan yang bercanggah dan bertentangan dengan ajaran Islam seperti permainan-permainan pemujaan roh atau menghadirkan roh, sehinggakan jin atau syaitan yang datang menjelma sebagaimana roh tersebut.

Jul 15, 2010

Hidayah

Lewat hari ini
Kutemui jejak kebenaran
Selafaz kalimah suci
Mengakui kebesaran Ilahi

Lewat hari ini
Kudakap sejambak hidayah
Seruan sebening subuh
Mengukir kesaksian diri

Lewat hari ini
Senaskah kitab kudakap erat
Titis basah menyusur pipi
Syukur pada petunjuk diberi

Lewat hari ini
Tujuh anggota sujud ke bumi
Solatku, ibadahku, hidupku, dan matiku
Hanya untuk-Mu, Rabbi

Sahibul Anuar Asrani
Debak, Sarawak
[Majalah Solusi edisi no.20]