MUNGKIN BETUL MUNGKIN TIDAK, SEKADAR BACAAN HIBURAN CERITA SERAM...JAUHI DARI PERKARA-PERKARA TAHYUL DAN SYIRIK - [Formerly known as LUBUKPUAKA since 2008]

Jul 11, 2010

Mukjizat Nabi S.A.W. Di Bumi Hudaibiyah

Keluar Air dari Jari Jemari Rasulullah s.a.w

Jabir r.a. meriwayatkan ketika berada di Hudaibiyah, ramai yang kehausan. Sambil tercungap-cungap mereka berkumpul di hadapan Nabi s.a.w. lalu Baginda bertanya: " Kenapa dengan kamu semua."

Mereka menjawap: " Kami tiada air untuk minum mahupun untuk berwuduk kecuali air yang ada di dalam bekas tuan."
Lalu Rasulullah s.a.w. meletakkan tangannya dalam kendi tersebut dan air mengalir keluar dari celah jari Baginda yang mulia seperti mata air. Kami lantas berwuduk dan minum dengannya."

Jabir r.a. telah ditanya oleh seorang perawi akan jumlah orang pada hari itu. Kata Jabir: "Andai kata ada seratus ribu orang pun nescaya mencukupi sedang kami hanya berjumlah 115 orang."
(Riwayat al-Bukhari no. 3576)

Al-Barra' r.a. berkata: " Bilangan kami pada hari Hudaibiyah seramai 114 orang. Ada sebuah telaga di Hudaibiyah. Kami menggunakan airnya hingga kontang. Rasulullah s.a.w. kemudiannya duduk di pinggir telaga. Baginda meminta air dan berkumur-kumur kemudian meludahkannya ke dalam telaga tersebut sehinggalah puas kami menggunakannya."
(Riwayat al-Bukhari, no.3577)

Jul 6, 2010

Petua Hadapi Krisis Rumah Tangga

Antara pendekatan yang boleh diambil oleh seorang suami dalam menghadapi masalahg rumah tangga :

- Jika berlaku pergeseran dengan isteri, jangan mudah marah. Tenangkan emosi anda. Fikirkan kembali secara rasional apa yang telah berlaku dan cuba rancang jalan penyelesaian yang terbaik.

- Jangan biarkan krisis rumah tangga terus berlarutan sehingga menggugat kebahagiaan anda. Fikir secara rasional dan ambil tindakan yang betul.

- Jangan cuba menyelesaikan masalah dengan kekerasan, tetapi hadapinya dengan perasaan yang tenang, harmoni dan penuh kesabaran.

- Bersangka baik dengan isteri bagi menenangkan pergolakan. Jangan bersangka buruk terhadap isteri sekiranya isteri melakukan kesilapan. Sangkaan buruk akan menyebabkan keadaan semakin kucar kacir.

- Sekiranya isteri anda benar-benar bersalah, cuba teliti dan fahami punca kesalahan tersebut dan nasihatinya dengan penuh kasih sayang.

Jul 2, 2010

Profil Sahabat

Abu Bakar al-siddiq r.a Sahabat Dunia Akhirat

Allah berfirman dalam surah al-Tawbah ayat 40 yang bermaksud: "Kalau kamu tidak menolongnya (nabi Muhammad) maka sesungguhnya Allah telahpun menolongnya, iaitu
ketika kaum kafir (di Makkah) mengeluarkannya (dari negerinya Makkah) sedang Ia salah seorang daripada dua (sahabat) semasa mereka berlindung di dalam gua, ketika ia berkata kepada sahabatnya: 'Janganlah engkau berdukacita, sesungguhnya Allah bersama kita.'"

Firman Allah s.w.t di atas berkisar tentang hijrah Rasulullah s.a.w. Telah terang lagi bersuluh, Abu Bakarlah yang setia menjadi pendamping Rasulullah s.a.w. kala genting hijrah ke Makkah. Beliau secara sukarela menawarkan diri berhijrah bersama Rasulullah s.a.w., menyediakan kelengkapan hijrah, menjadikan tumitnya sebagai benteng Rasulullah daripada dipatuk ular dan sebagainya.

Rasulullah s.a.w. mengangkat darjat Abu Bakar melalui sabda Baginda yang diriwayatkan daripada Ibn Abbas r.a. Maksud firman Baginda: " Seandainya aku boleh mengambil khalil (kekasih) selain Allah, pasti aku akan memilih Abu Bakar sebagai khalil. Namun dia adalah saudaraku dan sahabatku." (Riwayat al-Bukhari no.3456)

Demikianlah kedudukan Abu Bakar di sisi Rasulullah s.a.w. Abu Bakar jugalah antara kumpulan perintis terawal yang bersama-sama Rasulullah s.a.w. menyebarkan Islam.

Malah beliau membenarkan kisah Israk Mikraj yang diberitkan oleh Rasulullah tanpa sebesar zarah pun rasa ragu ragu dalam hati, hingga dia digelar al-Siddiq ( yang membenarkan)


Petikan Artikal ; Majalah Solusi (edisi no 21)



Jul 1, 2010

Beginikah Kita??

Beginikah kita
Insan lalai dan leka
Mudah terpedaya dan percaya
Pada hasutan syaitan durjana
Untuk mengisi kekosongan neraka.

Beginikah kita
Ingat Allah hanya seketika masa
Bila miskin bila derita
Bila susah tiada upaya
Bila duka datang nestapa.

Beginikah kita
Insan bergelar khalifah di bumi
Ada masa ketika meghadap Ilahi
Ada masa kelupaan menghiasi diri
Tak sedikit pun ambil peduli
Merasakan diri pasti belum mati.

Beginikah kita
Impian besar mendiami syurga
Nafsu syaitan masih didamba
Mudah leka keasyikan dunia
Segala kewajipan hanya sekadar tika
Umpama melepas batuk di tangga
Yang menanti, yang terbuka
Bakaran api kepanasan neraka
Bertaubatlah kita sebelum ajal tiba.

Nukilan : zamganu77
majalah Solusi :Edisi No 21[Julai 2010]

Jun 26, 2010

Kemalangan Ngeri Pernah aku tengok ...18SG....

Harap maklum, Entri ini mengandungi gambar2 yang ganas keterlaluan..
(Kalau rasa lemah semangat, jangan TENGOKK..)


Korang pernah tak tengok kes orang mati kena bunuh @ bunuh diri dengan mata kepala korang sendiri?? aku baru je pagi tadi dapat tengok live...mungkin ni kes bunuh..

Ini adalah kes bunuh paling ngeri aku pernah tengok depan mata aku sendiri..Serius ngeri gila weh.tak pernah2 aku tengok kes macam ni....sampai sekarang aku masih terbayang2 lagi...

Kes ni jadi pagi tadi, waktu aku nak naik tangga nak masuk opis..masa ondway nak naik tangga, aku rasa macam ada benda pelik. je kat bawah tangga tu..macam ada benda tetiba bergolek2 bawah tangga tu...bunyi macam benda bergolek2..aku pun pi la tengok...tengok2 ja bawah tangga tu, MasyaAllah, aku rasa nak pitam terus time tu!! Aku nampak kepala yang dah terputus dari badan betul2 dok depan tayar sebuah motor..nasib baik motor tu tengah parking....kalau tak aku rasa hancur dah kepala si mayat tu kena lenyek..dan masa tu ada kucing tengah main2 dengan kepala tu. main macam dia main tikus mati..Terus aku halau kucing tu. Lepas tu aku rasa nak termuntah tengok kepala tu!! kepala saja tanpa badan..

Yang paling misteri, bila aku cuba cari kat mana badan mayat tu sekeliling kawasan tangga tu, aku tak jumpa! aku rasa takut sangat sampai tak tau nak buat apa time tu, dah la aku sorang2..

Sampai sekarang ni, sampai aku dok tulis dalam blog ni, badan dia masih tak dijumpai..Takut gila aku...dan sejak dari pagi tadi aku dok rasa seram sejuk, macam ada benda yang dok follow aku!!.

Kes ini mengingatkan aku dengan satu kes yang pernah menggegarkan Malaysia beberapa tahun lalu, mayat di cincang 18!!

aku sempat snap beberapa gambar, walaupun aku rasa takut sangat...tapi aku tak taulah berdosa ke tak aku letak gambar kepala tersebut dalam blog aku ni..kawan aku cakap jangan, nanti mengaibkan si mati, roh dia tak aman..tapi tujuan aku hanya untuk berkongsi sahaja. aku harap sesiapa yang rasa lemah semangat jangan tengoklah ye.. harap maaf..
.
.
.skrrol ke bawah untuk melihat gambar
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
..
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.





Amacam, korang ada rasa Ngeri giler sampai nak termuntah tak???

p/s: Sampai sekarang badan dia masih belum dijumpai.