MUNGKIN BETUL MUNGKIN TIDAK, SEKADAR BACAAN HIBURAN CERITA SERAM...JAUHI DARI PERKARA-PERKARA TAHYUL DAN SYIRIK - [Formerly known as LUBUKPUAKA since 2008]

Jun 12, 2010

Kisah Suami Isteri...[Cerpen]

Suami saya adalah serorang jurutera, saya mencintai sifatnya yang semulajadi dan saya menyukai perasaan hangat yang muncul dihati saya ketika bersandar dibahunya.

3 tahun dalam masa perkenalan dan 2 tahun dalam masa pernikahan, saya harus akui, bahawa saya mulai merasa letih.lelah, alasan-alasan saya mencintainya dulu
telah berubah menjadi sesuatu yang menjemukan. Saya seorang wanita yang sentimental dan benar-benar sensitif serta berperasaan halus. Saya merindui saat-saat romantis seperti seorang anak kecil yang sentiasa mengharapkan belaian ayah dan ibunya. Tetapi, semua itu tidak pernah saya perolehi. Suami saya jauh berbeza dari yang saya harapkan. Rasa sensitifnya kurang. Dan ketidakmampuannya dalam menciptakan suasana yang romantis dalam perkahwinan kami telah mematahkan semua harapan saya terhadap cinta yang ideal.


Suatu hari, saya beranikan diri untuk mengatakan keputusan saya kepadanya, bahawa saya inginkan penceraian.

"Mengapa?"Dia bertanya dengan nada terkejut. "Siti letih, Abang tidak pernah
cuba memberikan cinta yang saya inginkan." Dia diam dan termenung sepanjang malam di depan komputernya, nampak seolah-olah sedang mengerjakan sesuatu, padahal tidak. Kekecewaan saya semakin bertambah, seorang lelaki yang tidak dapat mengekspresikan perasaannya, apalagi yang boleh saya harapkan daripadanya? Dan akhirnya dia bertanya.

"Apa yang Abang boleh lakukan untuk mengubah fikiran Siti?" Saya merenung matanya dalam-dalam dan menjawab dengan perlahan.

"Siti ada 1 soalan, kalau Abang temui jawapannya didalam hati Siti, Siti akan mengubah fikiran Siti; Seandainya, Siti menyukai sekuntum bunga cantik yang ada ditebing gunung dan kita berdua tahu jika Abang memanjat gunung-gunung itu, Abang akan mati. Apakah yang Abang akan lakukan untuk Siti?"


Dia termenung dan akhirnya berkata, "Abang akan memberikan jawapannya esok." Hati saya terus gundah mendengar responnya itu.

Keesokan paginya, dia tidak ada di rumah, dan saya menemui selembar kertas dengan coretan tangannya dibawah sebiji gelas yang berisi susu hangat yang bertuliskan...

'Sayangku, Abang tidak akan mengambil bunga itu untukmu, tetapi izinkan Abang untuk menjelaskan alasannya." Kalimah pertama itu menghancurkan hati saya. Namun, saya masih terus ingin membacanya.


"Siti boleh mengetik dikomputer dan selalu mengusik program didalamnya dan akhirnya menangis di depan monitor, Abang harus memberikan jari-jari Abang supaya boleh membantu Siti untuk memperbaiki program tersebut."

"Siti selalu lupa membawa kunci rumah ketika Siti keluar, dan Abang harus memberikan kaki Abang supaya boleh menendang pintu, dan membuka pintu untuk Siti ketika pulang."


"Siti suka jalan-jalan di shopping complexs tetapi selalu tersasar dan ada ketikanya sesat di tempat-tempat baru yang Siti kunjungi, Abang harus mencari Siti dari satu lot kedai ke satu lot kedai yang lain mencarimu dan membawa Siti pulang ke rumah."


"Siti selalu sengal-sengal badan sewaktu 'teman baik' Siti datang setiap bulan, dan Abang harus memberikan tangan Abang untuk memicit dan mengurut kaki Siti yang
sengal itu."


"Siti lebih suka duduk di rumah, dan Abang selalu risau Siti akan menjadi 'pelik'. Dan Abang harus membelikan sesuatu yang dapat menghiburkan Siti dirumah atau meminjamkan lidah Abang untuk menceritakan hal-hal kelakar yang Abang alami."

"Siti selalu menatap komputer, membaca buku dan itu tidak baik untuk kesihatan mata Siti, Abang harus menjaga mata Abang agar ketika kita tua nanti, abang dapat menolong mengguntingkan kukumu dan memandikanmu."

"Tangan Abang akan memegang tangan Siti, membimbing menelusuri pantai, menikmati matahari pagi dan pasir yang indah. Menceritakan warna-warna bunga yang bersinar dan indah seperti cantiknya wajahmu."

"Tetapi sayangku, Abang tidak akan mengambil bunga itu untuk mati. Kerana, Abang tidak sanggup melihat airmatamu mengalir menangisi kematian Abang."

"Sayangku, Abang tahu, ada ramai orang yang boleh mencintaimu lebih daripada Abang mencintai Siti."


"Untuk itu sayang, jika semua yang telah diberikan oleh tangan, kaki, mata Abang tidak cukup bagi Siti. Abang tidak akan menahan diri Siti mencari tangan, kaki dan mata lain yang dapat membahagiakan Siti."

Airmata saya jatuh ke atas tulisannya dan membuatkan tintanya menjadi kabur, tetapi saya tetap berusaha untuk terus membacanya lagi.


"Dan sekarang, Siti telah selesai membaca jawapan Abang. Jika Siti puashati dengan semua jawapan ini, dan tetap inginkan Abang tinggal di rumah ini, tolong bukakan pintu rumah kita, Abang sekarang sedang berdiri di luar sanamenunggu jawapan Siti." "Tetapi, jika Siti tidak puas hati, sayangku...biarkan Abang masuk untuk mengemaskan barang-barang Abang, dan Abang tidak akan menyulitkan hidupmu. Percayalah, bahagianya Abang bila Siti bahagia."

Saya terpegun. Segera mata memandang pintu yang terkatup rapat. Lalu saya segera berlari membukakan pintu dan melihatnya berdiri di depan pintu dengan wajah gusar sambil tangannya memegang susu dan roti kesukaan saya.

Oh! Kini saya tahu, tidak ada orang yang pernah mencintai saya lebih dari dia mencintai saya. Itulah cinta, di saat kita merasa cinta itu telah beransur-ansur hilang dari hati kita kerana kita merasa dia tidak dapat memberikan cinta dalam 'kewujudan' yang kita inginkan, maka cinta itu telah hadir dalam 'kewujudan' yang tidak pernah kita bayangkan sebelum ini. Cubalah kita ambil ikhtibar dari cerita ini.. :)






Sumber Dari : http://mmczone.multiply.com

Jun 11, 2010

Konsert Double Trouble disabotaj??

KEJAYAAN konsert Double Trouble yang menggabungkan dua gergasi rock, Search dan Wings di Bukit Kiara, Kuala Lumpur pada Mei lalu masih lagi segar dalam ingatan para peminat.

Konsert tersebut bukan sahaja berjaya menghimpunkan 20,000 peminat, malah lebih 3,000 lagi terpaksa berputih mata gara-gara gagal mendapatkan tiket.

Lain pula kisahnya pada konsert edisi ke-2 yang berlangsung di Stadium Larkin, Johor Bahru malam Sabtu lalu apabila ia 'disabotaj' oleh pihak tidak bertanggungjawab yang mengambil kesempatan menjual tiket palsu.

Beberapa orang peminat yang menjadi mangsa tiket palsu itu hanya menyedari mereka ditipu apabila tiket yang dibeli dengan harga sama itu tidak dapat disahkan oleh mesin pengimbas tatkala memasuki pintu utama stadium berkenaan.

Keadaan menjadi sedikit tegang dan kecoh di pintu masuk apabila peminat yang ditipu menyuarakan rasa tidak puas hati.

Difahamkan, para petugas keselamatan yang menyiasat perkara tersebut berjaya merampas tiket palsu daripada seorang lelaki yang menjual tiket berkenaan di ruang legar pintu masuk stadium.

Mahu tidak mahu, peminat yang tetap ingin menyaksikan konsert tersebut terpaksa membeli tiket yang baru di kaunter.

Vokalis Search, Amy, dan Wings, Awie ketika ditemui pemberita selepas tamat konsert tersebut kesal dengan insiden yang berlaku itu.

Menurut Awie, perkara tersebut seharusnya tidak berlaku kerana kaunter tiket telah disediakan oleh pihak penganjur untuk peminat membeli tiket.

“Saya amat kesal dengan perkara ini kerana peminat yang datang sememangnya ingin menyaksikan konsert pada malam ini.

“Saya berharap perkara ini tidak akan berulang lagi pada masa-masa akan datang. Buat mereka yang menjual tiket palsu itu bertaubatlah,'' katanya.

Katanya lagi, pihak yang tidak bertanggungjawab menjual tiket palsu itu diibaratkan sebagai menganiaya industri hiburan dan peminat dan hanya mementingkan keuntungan semata-mata.

“Bagi pihak penganjur, ini merupakan satu kesalahan yang begitu besar. Keringat kami bagaikan sia-sia sahaja,'' ujarnya.

Bagaimanapun, insiden tersebut tidak menjejaskan persembahan bertenaga dua 'otai' rock yang bersatu di atas pentas yang sama sepanjang kira-kira tiga jam persembahan bermula pukul 9.15 malam itu berlangsung.

Dengan kebanjiran 15,000 penonton termasuk yang datang dari Singapura, hampir setengah padang bola sepak dipenuhi dengan peminat yang tidak berganjak dari awal hingga ke penghujung persembahan.

Bermula dengan paduan suara menerusia lagu Gemuruh, Amy dan Awie terus membuai penonton dengan seleksi lagu malar segar mereka antaranya Sejati, Alam Barzakh, Isi Atau Kulit, Isabella, Pawana, Pelesit Kota, Mentari Merah Di Ufuk Timur, Ranggi Metropolis dan banyak lagi.



Oleh AZIZI MAJID
Gambar
NASIRRUDDIN YAZID dan BAAZLAN IBRAHIM

Jun 9, 2010

Nyah.......

Suatu malam pihak polis membuat serbuan di kawasan mak nyah..
Ramai nyah telah diangkut ke trak polis dan disoal siasat di balai...
Salah seorang dari nyah itu.. tidak mengaku yang dia adalah nyah..
sebaliknya mengatakan dia adalah wanita tulin...


Polis : "Siapa nama kamu???!!!"

Nyah : "Ti... encik..."

Polis : "cakap betul2 jangan bohong!!!!"

Nyah : "Iya... encik... betul nama saya Yati..."

Polis: "Bohong!!!! Pasti bohong!!! Kalau bohong mati engkau..."

Nyah (mengeluarkan suara aslinya): "Yatim... encik!"

Rosmaziana Ismail

(ini bukan cite aku tapi di antar oleh seseorg)



Peristiwa ini dah lama juga berlaku, dalam tahun 2001 begini, aku ada mengenali seorang gadis bernama Rosmaziana Ismail, orang Melaka, orang Londang. Aku juga orang Melaka.

Satu hari aku kerumahnya di Londang Melaka untuk berjalan raya. Setiba disana aku bertanya salah seorang penduduk kampung dimana rumahnya Rosmaziana Ismail. Orang itu pun memberi arah rumah tersebut, tetapi rumah itu tiada penghuni, mungkin keluar. Lalu aku tinggalkan nota "Rosmaziana tunggu abg di tasek air keroh jam 2.00 ptg".

Esoknya aku tunggu ditempat yang aku suruh, hampir 2 jam tunggu dia tak muncul juga, lalu aku kerumahnya semula, alhamdulillah rumah tersebut ada penghuni. Aku memberi salam, dan tuan rumah mempelawa ku masuk dan menghidangkan makanan.

Ketika itu aku tersipu-sipu mana Rosmaziana ni tak keluar-keluar lagi. Yang ada didepan ku kedua orang tua. Lalu bertanya tuan rumah itu kepada ku, siapa yang letakkan nota di pintu rumahnya, aku dengan tersipu segan campur malu, aku mengaku. Dia bertanya lagi apa perhubungan awak dgn Rosmaziana. Aku katakan kawan aje....dan dia pun mempelawa lagi...minumlah jangan malu-malu.

Setelah selesai orang tu pun memberi tahu yang bernama Rosmaziana adalah isterinya dan Ismail adalah namanya. Aku malu teramat sangat, kerana aku tersalah rumah. Nama teman ku Rosmaziana BTE Ismail rumah yang aku datang ni rumah Rosmaziana dan Ismail

Jun 8, 2010

Rindu berat....

Tiang Jurus kendur di huma
Batu Bersurat kelu dianjung
Badan kurus tidur tak lena
Begitu berat rindu tertanggung

Sauh tuan sauh berempat
Mari diletak tepi kuala
Jauh Tuan jauh bertempat
suatu ketika pasti berjumpa








Sumber : http://www.melayu.com