MUNGKIN BETUL MUNGKIN TIDAK, SEKADAR BACAAN HIBURAN CERITA SERAM...JAUHI DARI PERKARA-PERKARA TAHYUL DAN SYIRIK - [Formerly known as LUBUKPUAKA since 2008]

May 17, 2010

Epilog Seorang Teman

Aku bersyukur menjadi temanmu
Banyak yang telah ku pelajari erti kehidupan
Ukhwah yang sekian lama terjalin
Semurni embun pagi
Perjalanan kita masih jauh
Rentasi segala ranjau serta onak berduri
Hanya ketabahan dan keimanan di hati
Mengatasi segalanya
Ku cuba memahami dirimu
Agar persahabatan kekal utuh bersatu
Ku sedar betapa cekalnya hatimu
Menghadapi ujian Allah yang satu
Akal budi sinar peribadi
Madah indahmu tidak akan daku lupakan
Kau sering mengingati diri ini
Tiada kemanisan hidup tanpa keimanan
Ya Allah oh tuhan kami
Seiringkanlah pejalanan ini
Mengharungi hidup penuh pancaroba
Mencari kasih Mu
Berkatilah persahabatan kami ini buat selamanya
Oh temanku

Sumber :http://hdkama.multiply.com

May 13, 2010

Apa perlu buat kalau perempuan / awek merajuk ?

Awek korang merajuk? Si dia merajuk? Selalu menghadapi masalah camne nak hadapinya? Haaa…korang xyah susah2 dah. Kali ni ak akn bagi tips baik punye. Korang tak perlu dah susah2 pikiaq sebab kali ni aku dah list down. Korang bace, praktik n jgn lupe plak bookmark untuk rujukan masa akan datang. Dijamin tiada lagi masalah merajuk2 lepas ni! (mungkinla kot..hahaha)

Baca ajelaaa…..

1. Tak Yah Layan

Diorang ni mengade sket. Saje je nk perhatian lebih. Padahal takde pape pon. Wahahaha.Jadi klau diorang merajuk buat xtau je. Diorang nanges2 ke korang buat donno je. Haaa..bgus kn tips aku ni kan kan kan.Diorang guling2 tarik kaki korang ke ape ke buat donno je. Die pegang kaki korang pon korang rilek je seret diorang merata-rata. Kalau orang tgk pelik ke ape ke cakap je die tu hiasan kaki yang terbaru. Tgh jadi trend sekarang ni. Haaa…memang mantap punye tips kan kan kan.

2. Beli Cokelat…Makan Depan Dia.

Perempuan dengan cokelat mmg tak dapat dipisahkan. Jadi kalau si dia merajuk korang cepat2 pergi serbu 7E beli cokelat yang besar tuh. Pastu ko pegi jumpe awek korang. Tunjuk cokelat yg korang beli tu pastu dengan rakus dan lahapnya korang makan depan die. Tak yah sopan2 dah. Korang kasi bantai aje cokelat tu. Comot ke meleleh ke ape ke tak kisah dah. Janji ko mkn depan die. Perempuan ni lain sket…tgk org lain mkn cokelat pon dah bleh tenangkan hati die dah. Pastu klau si dia mintak jangan bagi. Nanti die nak lebih…orang bagi betis nak peha. Tak boleh2. Jadi…korang mkn je sensorang. Biarkan si dia kempunan.

3. Ko Pun Merajuk La Sekali.

Haaa…perempuan ni ingatkan laki2 x pandai merajuk ke ape. Kalau diorang merajuk..korang pon cepat2 merajuk jugak. Tak kisah la ape nak jadi..jadi la. Janji korang kena merajuk jgk. Walaupun takde sebab n xpndai merajuk…korang merajukla jugak. Haaa..barula adil. Walaupun lelaki ni klu merajuk tu buruk bebenor…tapi cubala merajuk dengan baik sekali. Biar nampak real. Untuk kepuasan merajuk yang lebih memuaskan….gunekan air mata n suara budak kecik yg hentak2 kaki. Seriusli lelaki tersebut meminta pelempang! Hahah!

4. Bawak Pegi Kedai Kasut.

Perempuan kalau bawak shopping je konfem dah x ingat dunia .Kalau si dia merajuk sekalipun..ko seret je masuk kedai kasut. Tinggalkn die kat situ. Dalam tiga jam barula ko dtg balik. Nanti ko akn nampak muke si dia berseri-seri penuh dengan senyuman dan juga tak dilupakan beg2 plastik yg baru dibeli berlambak. Kan dh cakap si dia xkn ingat dunia kalau shopping kasut ni. Hahahaha. Perhatian, jangan bg si dia gune kredit kad dan juga mengangkat beg plastik yang dia beli. Kalau tak korang akan menangis tak berlagu mungkin.

5. Terus Mintak Kahwin On The Spot!

Haaa...amik ko. Perempuan yang aku tgk skrg sumer nk kawin cepat. Tak nk menikmati masa remaja puas2 kot. So…bile diorang merajuk je…terus cakap ko nk masuk meminang time tu jugak. Esokla tunang…esok tu jugakla ko nk nikah. Si dia dari nk merajuk terus tergamam…tak jd mrajuk. Terkesima dan terkedu mungkin. Hahahaha! Dari fikiran nk merajuk terus pikir pasal hantaran…warna tema bersanding…pasal baby..pasal kek kawin…pasal nama baby..pasal kenduri kendara..pasal solekan..pasal itu pasal ini. Hahahah. Mesti menjadi punyelah ni! Risiko rumah tangga bergolak agak tinggi. So do it at your own risk. Jangan salahkan blog ni. Terima kasehhh...

6. Cakap Korang Dah Ade Perempuan Lain.

Konfem si dia tak merajuk. Tapi si dia akan marah. Takde dah merajuk2 ni…teros rase nk baling pisau je kt muke ko aku rase. Jadi…taktik ini agak ekstrim dan mungkin membawa kepada pertumpahan darah. Tapi dengan jujur, masalah merajuk si dia akan terus hilang

7. Tak Mengaku Awek Je Tros.


Haaa…tips ni senang. Kalau dah si dia tu memang minat bebenor merajuk..tak henti nk merajuk. 24/7 nk merengek merajuk sane sini..jalan paling senang ialah…terus tak mengakui awek. Nampak je die buat muke merajuk…ko terus lari jauh2 tak berhenti pastu antar msg sekeping. “I dont know you..sorry”. Setel masalah. Hahahaha. Cara ni la aku rase paling senang mungkin.
" pompuan ni la pe'elnya...sikit2 nk merajuk... "

Sekian sahaja doktor pakar rumahtangga melaporkan untuk hari ni. Semoga berjumpa di lain hari untuk tips2 kekeluargaan yang tak masuk akal lagi. Dont miss me ye cik akak dan cik abang. Dan jugak dont hate me untuk post semacam ini. Aku bkn blogger serius. Aku nk tengok orang senyum aje. Wwawawawaw. Sebarang cadangan post untuk aku goreng lagi…sile antar di bahagian komen or terus je PM aku ok.

Semoga hubungan korang takde lagi dah masalah2 merajuk ni. Kalau berlaku jugak…mungkin nombor 5,6 dan 7 boleh dipertimbangkan. Hahahahahaa.

Mengapa wanita suka merajuk? Lelaki...

Wanita suka melihat sesuatu perkara remeh bagi lelaki itu sebagai perkara besar, contohnya soal pilih gerai makan. Wanita cerewet mengenai pemilihan gerai makan sehingga suka tarik muka jika gerai itu tidak berkenan di hati sedangkan lelaki anggap soal makan di mana saja boleh.

Wanita sensitif tidak tentu pasal kerana inginkan perhatian sedangkan lelaki banyak perkara penting yang mereka hendak fikir.

Wanita suka sangat diberikan perhatian dan manja tidak bertempat dan sikap ini menyebabkan mereka sentiasa syok sendiri dan suka dipuji, jika tidak dipuji mereka akan merajuk.

Wanita terlalu perasan dan mudah menjeruk perasaan kerana sering mengharapkan lelaki memahami mereka sedangkan mereka tidak mahu memahami lelaki.

Lelaki tidak suka menunjukkan perasaan mereka melalui kata-kata, tetapi hanya memerhati dan bersikap tanggungjawab pada wanita. Wanita kena menerima hakikat itu.

Suka membeli-belah terlalu lama hingga membosankan lelaki, ini sebabnya lelaki malas dan tidak beri perhatian pada sikap wanita yang suka sangat menghabiskan masa untuk tujuan itu.

Terlalu banyak cakap mengenai diri orang lain dan mudah ke arah mengata dan mengutuk jika dilayan kata-kata mereka, ini menyebabkan lelaki suka berdiam diri.

Lelaki lebih suka menyuarakan perasaan hati mereka melalui perbuatan dan bukan perkataan.

Lelaki suka berdiam diri dan tidak suka bising dan ini tidak bermakna mereka tidak prihatin kepada anak dan isteri.

Suami tidak suka diperintah, dikongkong dan dikawal dan jika isteri atau teman wanita melakukan pengawalan itu pada lelaki, lelaki akan bosan dan tidak akan memberi perhatian kepada apa juga permintaan wanita.

Wanita kurang bijak dalam melahirkan kasih sayang melalui perbuatan menunjukkan kasih sayang pada suami, tetapi hanya mengharapkan suami memberi kasih sayang itu.

Jangan terlalu bergantung pada suami dan teman lelaki pada perkara yang mampu wanita lakukan, tetapi wanita suka bergantung harap sangat pada suami dengan tujuan agar suami sentiasa berada di samping mereka. Ini tidak digemari suami/teman lelaki.

Wanita mesti memahami diri mereka sendiri dan peranan mereka, dan ubahlah perangai mengikut peringkat umur dan keperluan. Jika masih muda elok juga jika merajuk, tetapi jika sudah mempunyai anak ramai dan berusia, janganlah selalu merajuk buruk !

Wanita jadikan diri mereka contoh yang baik dan merajuk memburukkan persepsi lelaki, jadi janganlah bersikap seperti budak-budak kecil.

Wanita suka bertanya itu ini pada suami/teman lelaki tetapi tidak suka pada jawapan yang diberikan oleh suami/teman lelaki. Ini membuatkan suami/teman bosan untuk melayan soalan wanita itu.

Wanita banyak maksud dan tujuan dalam perbuatan mereka, jika dilayan, mereka kadangkala mengambil kesempatan daripada keprihatinan yang diberikan kepada mereka.

Wanita jangan suka menunjuk-nunjuk kecantikan, kepandaian dan kekayaan mereka dan sebagainya dan inginkan dilayan ala puteri kerana kelebihan itu hingga membodohkan lelaki. Lelaki tidak ada minat untuk melayan kerenah wanita seperti itu.

May 12, 2010

Saya nak pergi kangkang... kamu nak ikut?

“Saya nak pergi kangkang . Kamu nak ikut?”

Ini mungkin ayat yang sangat pelik dan luar biasa yang keluar dari mulut seorang gadis ayu, sopan dan bertudung litup apabila mengeluarkan perkataan yang mungkin agak kurang enak didengar dek telinga. Dan mungkin ayat ini yang akan terkeluar dari mulut ku;

“Hah? kamu nak pergi apa????”

Dengan slumber pula dia menjawab,

“Itu… Nak pergi kangkang kat tepi jalan sana tu haaaa~” sambil menuding jari ke arah bangunan ditepi jalan yang berhampiran.

Ya Allah! Apa sudah jadi? Betul lah sekarang ini dunia memang sudah hampir kiamat! Apa sudah hilang akal kah gadis ayu dihadapanku ini hingga boleh berkata seperti itu? Sudah sakit mental kah gadis ini? Dengan serta-mertanya aku menepuk kepala yang tidak dihinggapi nyamuk, lalu berkata…

“Astarghfirullah’alazim! Apa yang kamu nak buat nih? Sejak bila kamu terpesong? Aper dah tak tahu malukah kamu? Ya Allah… kesianlah dekat mak ayah kamu tu… dari kecil mereka ajar kamu jadi anak yang sopan. Dah besar panjang macam nih, nak buat benda tak senonoh pula?”

Jerkah ku. Puas hati! Orang yang sudah tidak sedarkan diri perlu diingatkan. Agar tidak menjadi fitnah dikemudian hari. Tapi, lain pula jadinya. Dengan muka hairan dan tidak puas hati, si gadis ayu menjawab;

“Eh! Apa yang kamu merepek nih? Bila pula saya kata, saya nak buat benda tak senonoh?”

Aduh, bertambah ‘panas’ hatiku! Beria-ria aku marah dan cuba hendak mengingatkan dia, dikatanya aku merepek pula!

“Apa pula saya yang merepek? Kamu tu yang merepek! Yang kamu nak pergi mengangkang kat tepi jalan tu buat apa?”

“Kah~kah~kah~” Kata-kata ku dijawab dengan deraian tawa dari gadis ayu tersebut. Ketawanya kelihatan hampir pecah perut.

“Sah lah… memang dah tak waras agaknya gadis didepan aku nih. Kesian~ muda-muda lagi, sudah sakit mental…” kata hati kecil ku. Selepas ketawanya reda, si gadis terus menarik diriku ketepi jalan, lalu menuding jari ke arah sebuah kedai. Terkesima aku melihat kedai tersebut…



















“Hah, inilah Kang Kang nya… Kamu fikir saya nak buat apa???” Jerkah gadis tersebut kepada ku pula. Dengan perasaan yang sangat bengang bercampur geli hati, aku pun menjawab…

“Alah! Cakaplah nak pergi KEDAI KASUT !! Ini, nak pergi KANGKANG nak pergi KANGKANG Haishhh!!!~”





p/s: Kedai Kasut Kang Kang ini adalah kedai kasut yang popular di Bukit Gambir, Muar. Ianya bukan saja popular kerana potongan harga kasut yang sering ditawarkan. Malah ianya lebih popular kerana nama kedainya yang agak lawak bila disebut… huhu~

May 11, 2010

Tip Menghargai Pasangan

Tips ini adalah untuk pasangan yang sah dinikahkan, bagi yang belum tu, boleh jugak baca...


1. Anggap pasangan seperti diri sendiri

Menganggap pasangan sebagai diri sendiri yang harus dihargai, dibelai, dihormati, disayangi dan dikasihi.
Semua orang suka dibelai dan dikasihi apatah lagi pasangan suami dan isteri. Mengapa selepas berkahwin cinta tidak sehangat sewaktu bercinta. Inilah yang sering diabaikan oleh banyak pasangan. Pasangan anda adalah cerminan diri anda sendiri. Kemana pun anda pergi potret wajahnya perlu anda bawa bersama. Jika ini diamalkan selalu, rumahtangga akan menjadi bahagia.

2. Isteri bukan pembantu rumah

Banyak suami menganggap bahawa kerja-kerja rumah adalah tanggungjawab isteri seratus peratus. Walhal dalam Islam sendiri tidak ada hukum yang mengatakan bahawa isteri wajib melakukan kerja-kerja rumah. Cuma, ajaran Islam mengatakan bahawa wanita berkahwin yang taat dengan suami dan Tuhan, menjaga harta dan maruah suami dengan sebaik akan dijamin masuk syurga. Itu sahaja. Atas jaminan inilah ramai wanita tidak berkira dengan kerja-kerja rumah yang mereka lakukan selama ini.

3. Isteri adalah manusia

Mereka ialah kaum wanita yang penuh dengan perasaan emosi. Apabila mereka redha dan bahagia dengan setiap perkara yang mereka lakukan, maka perasaan mereka tenang dan gembira. Namun jika mereka tertekan dengan apa yang berlaku, maka emosi mereka mulai berkecamuk dan sering ingin mencari jalan keluar daripada masalah yang mereka hadapi.

4. Ingat tarikh penting

Manusia memang suka dihargai dan dikejutkan dengan pemberian hadiah oleh sesiapa sahaja apatah lagi daripada orang yang disayangi. Jika suami seorang yang prihatin dan menyayangi isterinya, apalah salahnya jika dia memberikan hadiah kepada isterinya. Hadiah tidak perlu terlalu mahal.

Cukup sekadar seutas jam ataupun sehelai tudung. Jika ‘budget’ anda tidak mencukupi, sekuntum bunga dan sekeping kad sudah memadai. Hati isteri akan tersentuh dengan pemberian hadiah dan lebih terharu jika anda sempat menulis sepatah dua kata penghargaan di dalamnya seperti ‘terima kasih di atas segala pengorbanan sayang selama ini'

5. Bantu ringankan tugas isteri

Suami perlu turun padang membantu isteri, jika setiap hari isteri anda bertungkus lumus memasak, membasuh dan mengemas rumah. Maka suami pun perlu membantu. Jika anda tidak mahir memasak makanan yang berat seperti lauk pauk cukup sekadar menggoreng ikan atau telur. Cuba perhatikan isteri anda yang sedang menikmati makanan yang anda masak. Tentu dia berasa gembira dan tersenyum.

6. Bawa isteri berehat

Kebanyakan suami menganggap berjauhan daripada isteri adalah suatu kebebasan baginya. Kerana isteri tidak dapat menghidu apakah yang dilakukan di belakangya. Kini, anda cuba terbalikkan situasi ini. Sentiasa bawa isteri berjalan-jalan dan berehat di tempat-tempat peranginan yang menarik seperti Genting Highlands ataupun Fraser Hills . Walaupun ia nampak remeh, tetapi setiap isteri pasti akan menghargai saat-saat manis sewaktu berehat di situ.

7. Ciuman khas untuk isterimu

Cuba anda tanya diri sendiri bilakah kali terakhir anda mencium dahi isteri anda ketika dia berehat setelah begitu penat bekerja. Tahukah anda ciuman anda di dahi atau kucupan di bibirnya dapat menghilangkan segala kepenatan dan tekanan pada dirinya hari itu. Begitulah kuatnya kuasa ciuman suami kepada isteri.

8. Beri pujian kepada isteri

Jangan lokek memberi pujian kepada isteri dengan mengatakan dia cantik dan kemas. Pujian ini penting untuk menaikkan semangat isteri tatkala semangatnya hilang dan luntur. Memanglah wajar isteri penat jika dia terpaksa bangun pagi seawal lima pagi bagi memastikan semuanya beres demi kemudahan suami dan anak-anak. Kemudian tidur pula paling lewat kerana sibuk menyediakan persiapan untuk esok hari.

9. Dengar pendapat isteri

Suami isteri perlu sering bertukar-tukar pendapat tidak kira taraf pendidikan atau profesionalisme mereka. Isu-isu semasa boleh dijadikan sebagai ‘ice-breaking’ . Kemudian, berbincanglah tentang hal rumahtangga dan masa depan. Suami boleh bertanyakan pandangan isteri tentang problem kerjanya. Malah isteri tentu berminat hendak mengetahui ‘gosip’ pejabat selepas seharian berhempas pulas di rumah. Dari situ isteri dapat mengenali karektor rakan-rakan pejabat suami secara tidak langsung.

10. Penuhi hajat isteri

Bukan semua hajat isteri boleh dipenuhi oleh suami. Jika isteri berhajatkan sebuah mesin basuh ataupun mesih jahit, pihak suami mungkin terpaksa berfikir dua atau tiga kali sebelum memenuhinya. Bagaimanapun, jika anda tidak berjaya memenuhi hajat isteri untuk masa yang terdekat, simpanlah hajat isteri anda itu dan tunaikanlah apabila anda berpeluang kelak. Bukankah pemberian itu melambangkan bahawa anda adalah suami yang amat menghargai pengorbanan isteri.


Sumber :http://awangmamat.multiply.com