MUNGKIN BETUL MUNGKIN TIDAK, SEKADAR BACAAN HIBURAN CERITA SERAM...JAUHI DARI PERKARA-PERKARA TAHYUL DAN SYIRIK - [Formerly known as LUBUKPUAKA since 2008]

Mar 13, 2010

AMARAN DARI POLIS DI-RAJA MALAYSIA

AMARAN DARI POLIS DI-RAJA MALAYSIA

Berhati- hati kawan2ku tentang masaalah ekonomi yg semakin
parah, manusia terdesak melakukan berbagai2 cara untuk merompak kita..

Berhati2 semua terutama para wanita.

Bahaya....!!!

Baru minggu lepas malam Jumaat saya parking kereta diparking awam.
Semasa nak balik kerumah saya terperasan ada pelekat kat cermin
belakang
kereta saya. Bila saya tanggalkan pelekat tu kat rumah, rupa2nya cuma
resit pam minyak . Tak lama lepas itu saya terima email ini.


" AMARAN DARI PIHAK POLIS - BERHATI2 PADA KERTAS YANG MELEKAT PADA
CERMIN BELAKANG KENDERAAN ANDA

-- CARA TERBARU UNTUK MENCURI KERETA ( INI BUKAN GURAUAN )
Sedarlah semua! Tolong sebar2kan..... Kita berjalan menghampiri tempat
parking, membuka kerata dan masuk kedalamnya. Kita start engine kereta
dan bersedia untuk berundur. Bila kita melihat cermin belakang untuk
melihat kawasan belakang, kita dapati ada kertas yg melekat ditengah2
cermin belakang menghalang pandangan kita. Jadi kita parking balik
kereta, buka pintu dan keluar untuk menanggalkan kertas (atau apa jua
benda) yang menghalang penglihatan kita tadi. Bila anda sampai
dibahagian belakang kereta, pada masa itulah pencuri itu akan keluar
dari tempat sembunyinya, masuk kedalam kereta dan memecut pergi.Dia
mungkin akan merempuh anda dengan laju semasa mereka melarikan kereta
anda. Perasan tak kaum hawa? Saya pasti beg duit kita masih didalam
kereta. Jadi sekarang pencuri memperolehi kereta kita, alamat rumah
kita, duit kita, dan kunci2 kita. Rumah kita dan kesemua identity kita
telah diperolehi!

BERHATI-HATI DENGAN CARA BARU YANG DIGUNAKAN

Jika kita melihat ada kertas melekat pada cermin belakang kita,
teruskan
memandu. Tanggalkan kertas itu kemudian. Dan bersyukur kerana anda
membaca email ini. Saya harap anda akan hantar email ini kepada kawan2
dan keluarga, terutama wanita. Kesemua maklumat peribadi dan
pengenalan
diri yang berada di beg tangan anda sudah tentu tidak mahu jatuh
ketangan orang lain.

Sumber :http://wiraaz2.multiply.com

Mar 7, 2010

Awasi Cuaca Panas

CUACA panas dan kering yang melanda negara sejak awal tahun ini dilaporkan bakal menjadi lebih terik apabila kedudukan fenomena matahari berada tegak di garisan Khatulistiwa dengan tempoh siang dan malam di hemisfera selatan serta utara hampir sama berlaku pada 21 Mac ini.

Keadaan panas itu menyebabkan keadaan terik baik di utara tanah air manakala di beberapa kawasan di Johor menyaksikan catuan air akibat paras air sungai yang merosot.

Apapun, anda perlu berhati-hati dengan keadaan cuaca panas melampau ini yang boleh mengundang pelbagai masalah kesihatan andai tidak membuat persiapan menghadapinya.

Bagi sesetengah orang terutama yang berada dalam kumpulan berisiko seperti warga tua, bayi dan kanak-kanak selain mereka yang berhadapan dengan masalah jantung dan tekanan darah tinggi, cuaca panas melampau boleh membawa kepada komplikasi kesihatan lain.

Antara risiko cuaca panas melampau adalah masalah dehidrasi iaitu kehilangan air daripada tubuh juga mineral lain dalam darah seperti potassium dan sodium yang berperanan dalam fungsi organ iaitu ginjal, otak dan jantung.

Malah ramai yang tidak tahu, masalah kehilangan air atau dehidrasi juga boleh menyebabkan kekeliruan, kelesuan selain menjejaskan pernafasan dan denyut nadi.

Dalam keadaan normal, peluh yang terhasil apabila kita panas membantu menyejukkan tubuh apabila ia tersejat di permukaan kulit. Bagaimanapun, jika hari terlalu panas, terlalu berpeluh akan menyebabkan sistem ini gagal. Suhu tubuh berpotensi meningkat ke tahap yang bahaya.

Ia boleh menjadi punca berlakunya keletihan atau kepanasan melampau. Malah boleh menyebabkan sakit kepala, pening dan kejang otot.

Bagaimana untuk mengelakkan masalah ini?

Minum banyak air

Disebabkan anda kehilangan air dalam tubuh, anda juga perlu menggantikannya semula. Dalam keadaan biasa, seseorang yang memiliki berat badan 58 kilogram sepatutnya meminum lapan gelas air sehari. Iaitu berdasarkan peraturan biasa, untuk setiap 0.9 kilogram berat badan, anda memerlukan 28.4ml air.

Bagaimanapun, dalam cuaca yang panas, pengambilan air patut ditingkatkan. Sebaiknya nikmati air suam atau mungkin jus buah-buahan tetapi bukan minuman berkarbonat. Minuman berkarbonat atau alkohol hanya akan membuatkan anda kehilangan lebih banyak cecair dalam badan. Minuman ais juga sepatutnya dielakkan kerana ia boleh menyebabkan kekejangan pada perut.

Ubahsuai diet anda

Elakkan makanan pedas atau berat. Makanlah makanan sejuk terutama salad atau buah-buahan yang mengandungi kandungan air yang tinggi.

Rasional dalam melakukan senaman

Jangan bersenam atau beriadah pada waktu petang yang panas. Anda mungkin boleh memilih waktu lain yang lebih sesuai.

Pilih pakaian yang sesuai

Pastikan anda memakai baju dengan warna-warna terang, longgar dan diperbuat daripada kain kapas. Baju berwarna gelap menyerap haba.

Elakkan perangkap haba

Parkir kereta anda di kawasan yang tertutup. Kalau boleh berada dalam kawasan berhawa dingin. Jika perlu keluar dari pejabat atau rumah, pastikan anda sentiasa membawa air.

Fakta :-

Kesan haba panas pada tubuh

20° Celcius - selesa, denyut nadi normal.

25° Celsius - peluh biasa.

30° Celsius - Ketidakselesaan.

40° Celsius - Kepanasan melampau, berpeluh, denyut nadi pantas, letih.

45° Celsius - Kepanasan melampau, peluh terhenti, panas dan kulit kering.



Sumber http://akulelakiitu.multiply.com

Feb 26, 2010

Sejarah Maulidur Rasul

Maulidur Rasul (dalam bahasa Arab bermaksud kelahiran Rasul) adalah hari bersejarah keputeraan Nabi Muhammad. Hari ini jatuh pada hari ke-12 bulan Rabiul Awal sempena kelahiran Nabi yang jatuh pada pada hari Khamis 12 Rabiul Awal Tahun Gajah bersamaan dengan 23 April 571. Baginda adalah nabi terakhir yang diutus oleh Allah Subhanahu Wataala. Tapak kelahiran baginda pula kini mempunyai satu bangunan kecil yang dikenali sebagai Maulid Nabi.

Setiap tahun pada hari itu, umat Islam di seluruh dunia akan mengadakan majlis memperingati keputeraan Nabi Muhammad s.a.w dengan mengadakan beberapa acara seperti perarakan, ceramah dan sebagainya. Banyak kelebihan dan keistimewaan yang akan dikurniakan oleh Allah Subhanahu Wataala kepada mereka yang dapat mengadakan atau menghadiri majlis Maulidur Rasul.

Kita dapat lihat betapa besarnya kelebihan orang yang memuliakan majlis keputeraan Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam, kerana bila berniat sahaja hendak mengadakan Maulud Nabi, sudah pun dikira mendapat pahala dan dimuliakan. Sememangnya bernazar untuk melakukan sesuatu yang baik merupakan doa dan dikira amal salih.

Jelas kepada kita bahawa pembalasan Allah Subhanahu Wataala terhadap kebaikan begitu cepat sehinggakan terdetik sahaja di hati hendak berbuat kebaikan, sudah Allah Subhanahu Wataala akan memberi pembalasan yang tiada ternilai. Seseorang yang beriman, kuat bersandar kepada Allah, ketika di dalam kesusahan dia tetap tenang dan hatinya hanya mengadu kepada Allah dan mengharapkan pertolongan dan kasih sayang Allah Subhanahu Wataala.

Keberkatan mengadakan Majlis Maulud itu bukan sahaja didapati oleh orang yang mengadakan majlis itu, tetapi seluruh ahli rumah atau orang yang tinggal di tempat itu turut mendapat keberkatannya.


Sejarah sambutan Maulid

Menurut sejarah, sambutan Maulidur Rasul telah dimulakan oleh orang Fatimiyah di Mesir dan disambut secara besar-besaran semenjak tahun 969 M lagi. Sambutan ini dimulakan dengan pemberian khutbah yang mengingatkan akan kemuliaan Rasulullah dan manisan seperti madu kesukaan Rasulullah diedar-edarkan pada akhir acara.

Walaubagaimanapun, sambutan ini telah diharamkan atas arahan pemerintah buat sementara waktu dan kemudiannya dibenarkan semula oleh pemerintah yang lain. Pada abad ke-7, Maulid kembali disambut secara rasmi di bandar Irbil di bawah pemerintahan seorang Sunni bernama Muzafar Al-Deen Abi Sa`d Kawakbri Ibn Zein Ed-Deen `Ali- Ibn Tabakatikin. Beliau telah menjadikan hari sambutan Maulid sebagai cuti rasmi agar orang ramai dapat menyambut perayaan yang diadakan bersempena dengan tarikh bersejarah ini. Selain itu, beliau juga telah mengarahkan agar ternakan disembelih dan dagingnya dibahagikan kepada orang ramai.

Namun, malangnya acara peringatan kelahiran Nabi tersebut telah dicemari dengan pelbagai amalan bidaah. Keadaan ini telah mengundang perselisihan pendapat antara ulama’ mengenai hukum mengadakan sambutan Maulidur Rasul. Menurut Sheikh Muhammad Fadl `Ashur, pada kurun ke-9, terdapat ulama’ yang membolehkannya dan ada pula yang melarang diadakan sambutan tersebut. As-Suyuti, Ibn Hajar Al-`Asqalani and Ibn Hajar Al-Haythmi mengharuskannya, namun mereka mengutuk bidaah yang berleluasa yang berlaku dalam sambutan tersebut. Mereka mengeluarkan pendapat tersebut berdasarkan firman Allah “Dan ingatkanlah mereka tentang hari-hari Allahâ€�. Sebahagian ulama’ dalam mengulas ayat tersebut, mengatakan bahawa Rasulullah bersabda “ ‘ Hari-hari Allah’ itu adalah rahmat dan petunjuk Allah, dan kelahiran nabi s.a.w itu merupakan suatu rahmat yang agungâ€�.

Pendapat sebahagian ulama’ mengenai sambutan Maulidur Rasul

Sheikh Yusuf Al-Qaradawi berpendapat bahawa umat Islam pada zaman kini semakin lupa akan kepentingan sirah Nabi s.a.w, maka sambutan Maulidur Rasul ini adalah suatu kaedah untuk mengingatkan mereka mengenai perjuangan Nabi agar dapat diambil pengajara daripadanya. Beliau menambah bahawa sekiranya sambutan ini dijalankan dengan sejajar dengan syariah(tiada bidaah), ia dapat mendekatkan umat Islam kepada ajaran Islam dan sunnah serta sirah kehidupan baginda s.a.w.

Sheikh `Atiyyah Saqr pula berpendapat bahawa sambutan ini dibolehkan sebagai tanda cinta kepada baginda dan merupakan usaha yang membantu kita untuk mencontohi baginda. Namun, ianya mestilah tidak membabitkan perkara-perkara yang dilarang oleh agama seperti pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan, tidak beradab dalam masjid, dan sebagainya. Tambah beliau, kaedah menyambut sambutan ini adalah seperti mentelaah sirah dan sunnah baginda, membina masjid dan tempat keagamaan, melakukan kerja-kerja sukarelawan yang kesemuanya dapat mengingatkan kita untuk menghayati kisah perjuangan baginda dahulu.

Wallahua’lam

Feb 13, 2010

Kisah anak yang derhaka (seram giler!!!!)

Zack merupakan anak tunggal kepada Mak Limah. Namun dia gemar menyakitkan hati ibunya. Tidak pernah sehari pun Zack menyenangkan hati ibunya itu. Ada saja perkara untuk dia bangkitkan yang boleh menimbulkan kemarahan. Pada suatu hari dia bertengkar dengan ibunya...

Zack : Zack dah bosan duduk kat rumah ni... Mak asyik membebel je..!

Mak : Kalau mak tak nasihatkan kau, sampai bila2 ko tak kan berubah nak..

Zack : Mak ni saja nak cari pasal dengan Zack, kalau Zack mati.. jangan siram kubur Zack dengan air mawar.... siram jer dgn air teh!!!

Mak : Kenapa cakap mcm ni nak... mak nak kau jadi manusia yang berguna. Bukan asyik ikut panas baran yang tak tentu hala kau tu.

Istigfar banyak2 nak..

Zack : Ahh mak ni... balik2 tu jer mak membebel... Zack nak keluar... duduk rumah pun sakit telinga je...

Zack pun terus keluar dari rumah tanpa mempedulikan ibunya. Di pertengahan jalan, ditakdirkan dia terlibat dalam kemalangan ngeri. Jenazahnya telah diuruskan dan dikuburkan. Selesai upacara pengkebumian, ibunya masih duduk di tepi kubur. Mengenangkan nasib anaknya yang baru tiba ke alam barzakh itu. Lantas, ibunya teringat akan kata2 Zack sebelum kematiannya supaya kuburnya disiram dengan air teh. Ibunya pulang ke rumah dan kembali semula ke kubur Zack dgn membawa sejag air teh. Lalu disiramnya pusara anaknya itu dengan air di dalam jag tersebut.

Pada malam harinya, suasana kampung amat berlainan sekali dengan malam2 sebelumnya. Amat seram sekali. Dengan tiupan angin dan lolongan anjing2 hutan memecah kesyunyian malam. Di pusara Zack, disirami cahaya samar2 bulan... muncul kepulan asap tebal seperti ada sesuatu yang terbakar di dalamnya... Juga kedengaran suara yang sayup seolah2 rintihan dan tangisan. Malam semakin larut dan suasana menjadi semakin seram dan menakutkan. Kubur Zack semakin berasap... dan... tiba2... keluar tangan dari dalam tanah, tempat persemadian Zack.

...... kedengaran 1 suara garau berteriak !!!!!
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
BOH ADA UMPHHHH!!!!!

p/s : Jangan derhaka dengan orang tua...