MUNGKIN BETUL MUNGKIN TIDAK, SEKADAR BACAAN HIBURAN CERITA SERAM...JAUHI DARI PERKARA-PERKARA TAHYUL DAN SYIRIK - [Formerly known as LUBUKPUAKA since 2008]

Dec 25, 2009

Bekas pencuri terkejut enjin jet boleh dicuri


Gambaq ni tiada kena mengena dengan enjin jet yang masih hidup atau mati ataupun hilang.

PAYA MAT INSUN: Seorang bekas pencuri motosikal yang ditemui di sini menyatakan dia tidak pernah terfikir enjin jet juga boleh dicuri.Jika dia tahu enjin jet boleh dicuri,sudah tentu dia tidak perlu mencuri motosikal selama ini.Lebih baik dia mencuri enjin jet kerana dengan sekali curi sahaja tak perlu lagi buat bersusah payah untuk buat kerja mencuri.Habuan yang diperolehi boleh menyara tujuh keturunannya.

Beliau yang sebelum ini melakukan rutin mencuri motosikal di sekitar kampung di sini juga pernah mencuri lembu sebanyak 8 kali.Namun kelapan-lapan kali dia kantoi.

Tambah beliau lagi,mencuri enjin jet juga selamat kerana tiada siapa yang akan tertangkap dan didakwa walaupun setelah 2 tahun enjin jet itu dijual kepada pembeli di luar negara.Beliau yang kelihatan terkejut dengan berita enjin jet dicuri telah menghubungi beberapa rakannya yang juga pakar pecah rumah untuk memberi idea bernas ini kepada mereka.

Selepas ini beliau bertekad untuk menganjurkan kursus mencuri enjin jet di seluruh negara berdasarkan konsep 1 Malaysia.

-TAKBERNAMA



Dec 21, 2009

Bercakap Dengan Jin - Siri 1


Assalamualaikum,teman2 dah sahabat2.....Ini buat kali pertama aku nak berkongsi dgn korang semua iaitu koleksi Siri Bercakap dgn Jin(SBDJ - Tamar Jalis).. bagi peminat2 SBDJ..Koleksi ini pun aku dapat dari sebuah blog juga..ape salahnyer kalo kiat berkongsi kan.. So ikuti lah siri ini..SBDJ ...
Bermula dgn Bercakap dengan Jin-Siri 1

Suatu petang dalam tahun 1960. Datuk yang sudah menjangkau usia 57 tahun, membersihkan senapang kampung berlaras satu di anjung rumahnya. Dengan tenang dia berkata pada saya "Kamu usah jadi pemburu." "Kenapa tok?" Dia tidak menjawab. Datuk terus menimang-nimang senapangnya. Kemudian datuk ambil golok perak dia mengasah golok di batu dekat kepala tangga. Dan saya masih menanti jawapan dari datuk. "Aku tak mahu cucu-cucu aku jadi pemburu," tiba-tiba datuk bersuara. Dia duduk di anjung rumah kembali. Mendengar cakapnya itu saya buat keputusan tidak akan mengajukan sebarang pertannyaan padanya. Datuk mudah naik darah, kalau selalu ditanya atau disoal. Dia juga tidak suka orang membangkang cakapnya, terutamanya dari anak-anak cucunya sendiri.

Datuk memang handal memburu. Tidak ramai orang kampung Mandi Upeh macam datuk. Cukup asyik dengan kegemaran memburunya, hampir seluruh hutan Jajahan Dinding dijelajahnya. Orang-orang kampung menganggap datuk bukan pemburu sebarangan. Pemburu yang ada isi, kalau tidak masakan ia berani masuk ke dalam hutan yang tidak pernah didatangi oleh manusia. Datuk tidak menembak sebarangan pada binatang-binatang buruannya. Dia akan memilih tepat dikening diantara kedua-dua kening binatang itu. Dan setiap kali datuk masuk ke hutan dia akan memulakan langkah kaki kiri dahulu. Kedua belah tumitnya tidak memijak bumi, kecuali sesudah lima tapak melangkah. Lepas itu datuk berhenti dia membaca sesuatu, lalu mematah ranting kayu yang berada di bawah ketiak kanannya. Dilemparkanya sebelah kiri.

Datuk dapat senapang bukan kerana dia HomeGuard atau AP. Dia minta sendiri pada kerajaan dengan alasan mahu menjaga tanahnya yang seluas lima belas ekar yang ditanam dengan getah, durian dari serangan monyet dan babi hutan. Pemintaan datuk dipenuhin oleh Inggeris, sesudah pegawai polis, tuan DO serta penghulu dan ketua kampung memeriksa tanah datuk. Datuk beli senapang dari Taiping dalam tahun 1949. Sejak itulah datuk giat memburu dengan senapang. Sebelum itu datuk hanya berburu dengan senapang. Sebelum itu datuk hanya berburu dengan membuat jerat dan sebagainya. Banyak perkara-perkara aneh yang datuk lalui sepanjang kariernya. Dan saya antara cucu yang selalu mendengar cerita-cerita datuk itu, kerana saya selalu menolongnya mencangkul di kebun, kadang-kadang menjadi temannya ke surau. Datuk terlalu sayangkan saya, kerana saya adalah cucu lelakinya yang pertama dari anak sulungnya iaitu ibu saya. Saya tahu apa kelemahan datuk dan kegemaranya. Dia pemurah dan suka mendengar orang mengaji Quran, kebetulan pula saya cucunya yang agak terkenal membaca al-Quran di kampung itu. Datuk tidak kedekut mengeluarkan wangnya untuk memberikan pada orang mengaji tapi datuk tidak memberikannya sendiri melainkan melalui saya.

Biasanya, kalau datuk suruh beri sepuluh ringgit, saya hanya memberikan separuh saja, yang separuh lagi masuk saku saya. Pernah datuk bercerita pada saya: "Suatu ketika datuk dan kawan-kawannya masuk hutan dekat dengan Gunung Tunggal di Kawasan Segari berhampiran denga Pantai Remis. Kawasan itu tidak pernah dimasuki oleh manusia. Datuk dan kawan-kawannya berjaya menembak beberapa ekor binatang. Kerana terlalu asyik memburu, tanpa disedari datuk telah terpisah dengan seekor rusa besar. Datuk mengikutnya dengan teliti. Datuk memintas rusa itu sebelah kiri dan mengambil tempat di sebalik pokok besar. Datuk mengahala muncung senapang pada kepala rusa. Dia yakin sasarannya akan tepat pada tempat yang dimahunya. Tetapi rusa itu bagaikan mengerti dan mempunyai pengalaman. Dia mempermainkan datuk, macam mempermainkan kucing. Rusa merendahkan badannya kemudian menyelinap di depan datuk dan terus hilang.

Datuk terkejut dan bercampur hairan, tapi datuk bukanlah manusia yang mudah putus asa. Dia mencari kesan jejak rusa itu. Diperhatikannya ke arah mana tapak rusa itu lari. Dia mencium daun-daun kering yang terdapat di situ. Akhirnya, datuk merapatkan telinganya dengan bumi. Dia mengeluh, ternyata kesan rusa itu sukar diperolehinya. Waktu datuk berpusing-pusing di situ. Seekor rusa lain mjncul di depan datuk. Rusa itu jauh lebih besar dan tegap dari rusa yang pertama tadi. Matanya berkilau-kilau bagaikan menentang mata datuk yang terbeliak kerana terkejut. Datuk tidak melepaskan peluang dan terus melepaskan tembakan. Datuk gembira, tembakannya tepat mengenai kening rusa itu. Dia mencabut golok perak di tangan untuk menyembelih rusa. Golok ditayangkan di depan matanya. Datuk membaca sesuatu dan menghentakkan ulu golok ke tanah.

Bila datuk memulakan langkah. Rusa itu segera bangun. Di depan mata datuk sekarang wujud dua ekor rusa. Serentak dengan itu dada datuk berdebar. Dia mula terasa ada sesuatu yang kurang baik akan terjadi. Datuk terdengar kokok ayam hutan. Datuk melepaskan tembakan. Kena pada salah seekor rusa itu di kening. Rusa itu rebah dan bangun kembali menjadi tiga ekor. Datuk yakin ada sesuatu kejadian yang lain di sebalik semuanya itu. Tapi, datuk bukannya manusia lemah semangat, kalau tidak masakan dia berani meninggalkan kampung halamannya di Aceh, berperahu ke Pengkalan Bharu dan bermukim di kawasan Bruas. Datuk terus menembak bertalu-talu. Rusa terus menjadi tiga,empat,lima,enam dan tujuh. Kokok ayam hutan bertambah nyaring.

Daun-daun hutang di keliling datuk bergerak-gerak bagaikan digoncang orang. Tanah yang dipijaknya jadi bersih tanpa sehelai daun. Datuk menumbuk tanah dengan tangan kiri. Dirasa daging pangkal lehernya bergerak-gerak. Datuk senyum. Dia tahu perkara ini mesti dihadapi dengan cara lain. Dia teringat pesanan arwah neneknya dari tanah seberang, kalau berburu binatang dan terasa daging pangkal leher bergerak, alamatnya yang diburu bukan binatang lagi, tapi boleh jadi penunggu hutan atau syaitan dan orang bunian. Datuk letakkan senapang atas tanah. Dia duduk bertafakur mengumpulkan tenaga batin sambil membaca mentera yang diamalkannya. Melalui pancaindera batin datuk, datuk dapat melihat dengan jelas, bahawa rusa itu adalah jin penunggu hutan itu.

Muka datuk jadi merah padam, merecik peluh, gigi dilagakannya rapat-rapat. Mata datuk tidak berkelip. Dia melihat di depannya, terdiri lembaga berbadan besar, matanya merah menyala, rambut panjang sampai ke tumit. Giginya besar, dua giginya di sebelah kiri dan kanan terjulur keluar, macam gading gajah. Dia diapit oleh enam jin yang sama hebat dengannya.

"Kurang ajar, manusia laknat," suara itu bergema, daun-daun hutan bergerak macam ditiup angin. Datuk diam bertafakur.

"Kau tahu kesalahan kau manusia ?" Tambah suara itu . Belakang datuk terus dibasahi peluh datuk. Datuk diam, dia sudah pun menutup lubang-lubang kelemahan tubuhnya dengan ilmu batin yang dipusakainya dari arwah neneknya, hingga jin itu tidak berpeluang menyatukan dirinya ke dalam tubuh datuk.

"Tidak," jawab datuk dengan berani.

"Kau masuk ke dalam kawasan larangan ku."

"Aku sudah meminta kebenaran."

"Aku tidak membenarkan." Jawab jin itu dengan keras. Dua batang giginya yang terjulur bergerak-gerak.

"Kalau kau tidak membenarkanya, kenapa kau tidak memberi isyarat, masa aku masuk tadi." Cukup tenang datuk menjawab. Dia sudah bersedia menghadapi semuanya.

"Kau manusia biadap," pekik jin itu, pokok hutan bergerak-gerak.



Sambungan >> Bertemu Dgn Babi Hutan - Siri 2

Dec 20, 2009

Kalau malas ketawa...senyum pun jadi lah....

Citer 1

Suami : Kenapa Sayang menangis?
Isteri: Saya telah baca sebuah buku. Sad endinglah bang..
Suami : Buku apa?
Isteri: Buku bank abanglah..

Citer 2

Aderla sorang lelaki datang ke sebuah rumah untuk meminta derma. Derma untuk rumah orang-orang tua. Seorang budak pun membuka pintu
.
budak : derma ape bang?
lelaki : derma untuk rumah orang-orang tua. Adik ada apa-apa untuk didermakan?
budak : Nanti jap. Saya ambilkan atuk saya.
lelaki : ?????


Citer 3

Seorang Tok Batin baru membeli motosikal Honda dan kebetulan pada jalan pulang terserempak dengan kawannya yang ingin menumpang, lalu ditumpangkan kawannya itu. Dalam perjalanan kawannya merasakan Tok Batin hanya mengunakan gear 1 sahaja lalu bertanyalah kawannya itu,

Kawan Tok Batin : Kenapak kamu hanya pakai gear 1 sahaja.
Tok Batin : Kalau rosak 1 gear ada 2 lagi gear.
Kawan Tok Batin : ????????



Citer 4

Seorang posmen yang datang menghantar surat ..

' Assalamualaikum '
' Walaikumsalam '
' Ni rumah encik Sameon ye?
' Ya saya'
' Poning kepala saya mencari alamat rumah encik ni '
' Buat susah aje encik nie! Apsal tak pos aje?'


Citer 5

Tunang Farid, Siti, menelefonnya untuk memutuskan pertunangan mereka.

Farid : Mengapa?
Siti : Saya dah bosan ngan awak. saya dah ada teman baru. Sebelum tu awak mesti kembalikan semua gambar saya.
Farid : Ok. Tapi saya tak ingatlah yang mana satu gambar awak, Nanti awak pilihlah sendiri. Yang selebihnya kembalikan kepada saya.
Siti : Erkkkkkk........ Benci .........


Citer 6

3 org menaiki motosikal dan ditahan polis trafik. Namun penunggang moto tersebut tidak berhenti.
Katanya, 'Tak Muat Dah Tok, Kami dah bertiga!!!

Citer 7

Orang Asli Dan Polis

orang asli : selamat pagi tuan
polis : selamat pagi
polis : apa hal
orang asli : saya nak buat repot tuan!
polis : fasal apa tu?
orang asli : kawan saya dibaham harimau
polis : pukul berapa?
orang asli : dia tak pukul, terkam
polis : habis?
orang asli : tak habis, tinggal kepala



kisah 8

Seorang lelaki pergi ke klinik mata . Setelah matanya diperiksa, dia bertanya: ' Doktor, lepas pakai cermin mata nanti, boleh ke saya membaca macam orang lain ?' 'Dah tentu, ' jawab doktor. 'Oh, gembiranya. Dah lama saya buta huruf, akhirnya boleh juga saya membaca,' kata lelaki itu dengan riang.

kisah 9


Sebaik sahaja mengambil tempat duduk di ruang menunggu sebuah klinik, Shan terpandang Amin sedang menangis teresak-esak. Dia segera mendekati Amin.

Shan : Kenapa menangis?
Amin : Saya datang untuk ujian darah.
Shan : Awak takut ke?
Amin : Bukan itu sebabnya. Semasa ujian darah dijalankan, mereka telah terpotong jari saya.
(Mendengarkan penjelasan Amin, Shan menangis.)
Amin : Eh, kenapa pula awak menangis?
Shan : Saya datang untuk ujian air kencing...

kisah 10

Seorang atok membawa cucunya ke pejabat pos untuk menghantar surat ..
Cucunya bertanya bila melihat atoknya memasukkan surat ke dalam tong berwarna merah.
'Atok buat apa tu?'.
'Atok bagi surat kat kawan atok,cu!' jawap atoknya.
Cucunya bertanya lagi, 'Apa bangang sangat kawan atok duduk dalam tong merah tu ?'

kisah 11

Seorang pegawai polis masuk ke bilik mayat sebuah hospital untuk menyiasat punca kematian tiga lelaki sekaligus. Selepas memeriksa mayat-mayat itu, dia bertanya kepada penjaga bilik berkenaan.

Polis : Mengapa ketiga-tiga mayat tersenyum?
Penjaga : Lelaki pertama sedang bersanding, apabila tiba2 diserang strok.
Lelaki kedua pula khabarnya menang loteri dan mati serangan sakit jantung manakala yg ketiga disambar petir.
Polis : Hah! Kenapa disambar petir pun tersenyum?
Penjaga : Masa tu dia ingat orang sedang ambil gambarnya...


sengihnampakgigisengihnampakgigisengihnampakgigi

Dec 15, 2009

Kalau tuhan tu baik, kenapa buat neraka?

Bacalah untuk pengetahuan dan kesedaran kita bersama...


Ini kisah benar..kisah seorang gadis Melayu, beragama Islam, tapi cetek pengetahuan tentang agama. Ceritanya begini, di sebuah negeri yang melaksanakan dasar 'Membangun Bersama Islam', kerap kali pihak berkuasa tempatan menjalankan pemeriksaan mengejut di premis-premis perniagaan dan kompleks beli-belah, untuk memastikan para pekerja di premis berkenaan menutup aurat.


Aku tak pasti berapa jumlah denda yang dikenakan sekiranya didapati melakukan kesalahan, tapi selalunya merekaakan diberi amaran bagi kesalahan pertama, dan didenda jika didapati masih enggan mematuhi garis panduan yang ditetapkan. Lazimnya dalam setiap operasi sebegini, seorang ustaz ditugaskan bersama dengan para pegawai pihak berkuasa tempatan.. Tugasnya adalah untuk menyampaikan nasihat secara berhemah, kerana hukuman dan denda semata-mata tidak mampu memberi kesan yang mendalam.

Dalam satu insiden, ketika operasi yang dijalankan sekitar 2005, seorang gadis yang bekerja di salah satu lot premis perniagaan di Pasaraya Billion telah didapati melakukan kesalahan tidak menutup aurat. Maka dia pun kena denda la...setelah surat saman dihulurkan oleh pegawai PBT, ustaz ni pun bagi la nasihat, "..lepas ni diharap saudari insaf dan dapat mematuhi peraturan..peraturan ni bukan semata-mata peraturan majlis perbandaran, tapi menutup aurat ni termasuk perintah Allah. Ringkasnya, kalau taat segala perintahNya, pasti Dia akan membalas dengan nikmat di syurga..kalau derhaka tak nak patuhi perintahNya,takut nanti tak sempat bertaubat, bakal mendapat azab di neraka Allah. Tuhan Maha Penyayang, Dia sendiri tak mahu kita campakkan diri ke dalam neraka..."

Gadis tersebut yang dari awal mendiamkan diri,tiba-tiba membentak "Kalau Tuhan tu betul-betul baik, kenapa buat neraka ? Kenapa tak boleh sediakan syurga je? Macam tu ke Tuhan Maha Penyayang?" Mungkin dari tadi dia dah panas telinga, tak tahan dengar nasihat ustaz tu..dah la hati panas kena denda sebab dia tak pakai tudung..

Ustaz tu terkedu sekejap. Bahaya budak ni. Kalau dibiarkan boleh rosak akidah dia. Setelah habis gadis tu membebel, ustaz tu pun jawab: "Dik, kalau Tuhan tak buat neraka, saya tak jadi ustaz. Berapa sen sangat gaji saya sekarang. Baik saya jadi tokey judi, atau bapa ayam.. hidup senang, lepas mati pun tak risau sebab gerenti masuk syurga. Mungkin awak ni pun saya boleh culik dan jual jadi pelacur. Kalau awak nak lari, saya bunuh je. Takpe, sebab neraka tak ada. Nanti kita berdua jumpa lagi kat syurga.. Kan Tuhan tu baik?"

Gadis tu terkejut. Tergamak seorang ustaz cakap macam tu? Sedang dia terpinga-pinga dengan muka confused, ustaz tu pun jelaskan:"perkara macam tadi akan berlaku kalau Tuhan hanya sediakan syurga. Orang baik,orang jahat, semua masuk syurga..maka apa guna jadi orang baik? Jadi orang jahat lebih seronok. Manusia tak perlu lagi diuji sebab semua orang akan 'lulus' percuma. Pembunuh akan jumpa orang yang dibunuh dalam syurga...perogol akan bertemu lagi dengan mangsa rogol disyurga..lepas tu boleh rogol lagi kalau dia nak.. takde siapa yang terima hukuman. Sebab Tuhan itu 'baik'. Adakah Tuhan macam ni yang kita nak? Awak rasa, adil ke?"; tanya ustaz.

"Ah..mana adil macam tu. Orang jahat takkan la terlepas camtu je.." rungut si gadis.

Ustaz tersenyum dan menyoal lagi: "Bila tuhan tak adil, boleh ke dianggap baik?"

Gadis tu terdiam.

Ustaz mengakhiri kata-katanya: "Adik, saya bagi nasihat ni kerana kasih sesama umat Islam. Allah itu Maha Penyayang, tapi Dia juga Maha Adil. Sebab tu neraka perlu wujud. Untuk menghukum hamba-hambaNya yang derhaka, yang menzalimi diri sendiri dan juga orang lain. Saya rasa awak dah faham sekarang. Kita sedang diuji kat atas dunia ni. Jasad kita bahkan segala-galanya milik Allah, maka bukan HAK kita untuk berpakaian sesuka hati kita. Ingatlah; semuanya dipinjamkan olehNya, sebagai amanah dan ujian..semoga kita dapat bersabar dalam mentaati segala perintahNya, untuk kebaikan diri kita jugak.

Dec 14, 2009

Koleksi2 Siri bercakap Dgn JIN

Aku terjumpa Cover Buku Siri Bercakap Dgn JIN [Tamar Jalis]..sekarang ni cari semula cerita2 sebegini sebagai koleksi..