MUNGKIN BETUL MUNGKIN TIDAK, SEKADAR BACAAN HIBURAN CERITA SERAM...JAUHI DARI PERKARA-PERKARA TAHYUL DAN SYIRIK - [Formerly known as LUBUKPUAKA since 2008]

Aug 30, 2009

Erti Kesusahan


Aku telah menemui sebuah rumah yang usang. Rumah itu hanya berdindingkan buluh bertanggakan batang kelapa. Di serambi rumah itu ada beberapa anak kecil yang kelihatan lesu dan letih. Aku hampiri mereka lalu bertanya kepada yang paling tua antara mereka, seorang kakak yang berumur baru kira-kira 11 tahun:

"Mana emak? "

"Mak pergi menoreh," jawabnya.

"Mana bapak?"

"Bapak pergi kerja..."

"Habis tu adik yang kecil ini siapa yang jaga?" Di situ ada seorang bayi dalam lingkungan umur 5 bulan.

"Adik ini sayalah yang jaga." Jawab budak berkenaan.

"Awak ada berapa orang adik-beradik? "

"Sepuluh."

"Adik ni yang ke berapa?"

"Saya yang kelapan."

"Mana abang-abang kamu pergi?"

"Tolong emak menoreh."

"Adik puasa hari ini?"

"Sama je makcik, puasa ke tidak.. Kami ni makan sekali je sehari..."Jawabnya.

Mendengar kata-kata itu aku sungguh terharu. Lalu aku bertanya lagi,

"Adik bersekolah dimana?"

"Saya tak sekolah.. Emak bapak tak mampu..".

"Bapak kerja apa?"

"Tangkap ikan kat sungai nak buat lauk bukak puasa ".

Budak itu memberi tahu, lebih baiklah bulan puasa berbanding bulan lain kerana pada bulan puasa mereka dapat makan kuih. Ada saja orang yanghantar.
Aku berlalu dari situ dengan seribu-satu keinsafan. Kebetulan disimpang jalan ada orang menjual daging lembu tempatan. Aku beli satu kilo tulang lembu. Di kedai runcit pula, aku beli rempah sup dan sepuluh kilo beras untuk disedekahkan kepada keluarga itu.

Bila saja aku beri barang-barang itu pada adiknya, dia melompat kegembiraan sambil menjerit "Yeh yeh..! Kita dapat makan daging malam ni..!" Aku bertanya kepada si kakak mengapa adiknya girang sangat. Dia memberitahu aku, sejak dari raya korban tahun lepas baru sekarang mereka berpeluang makan daging lembu sekali lagi.
Seminggu kemudian aku datang lagi ke rumah itu. Bila mereka melihat aku datang, mereka girang menyambutku di pintu rumah. Kebetulan pada hari itu aku sempat berjumpa dengan ibu mereka.

Sungguh menyedihkan cerita yang aku dengar:
Anak yang berumur 4 tahun itu memberitahu padaku bahawa mereka sudah
seminggu makan sup tulang yang aku berikan hari itu.

"Tiap-tiap hari mak buat sup, sedaplah pakcik.."

Aku bertanya kepada emaknya macam mana dia lakukan hinggakan sup itu
boleh tahan sampai satu minggu?

Dia memberitahu padaku bahawa pada hari pertama dia merebus tulang itu, dia telah berpesan kepada anak-anaknya agar tidak membuangkan tulang yang telah dimakan. Dia kutip semula semua tulang-tulang itu dan merebusnya semula untuk dimakan pada hari berikutnya. Itulah yang dia lakukan setiap hari.
Dia berkata "Kalau tidak dapat makan isi, hirup air rebusan tulang pun dah lebih dari cukup untuk anak-anak saya. Dia orang suka sangat."

Aku bertanya lagi "Upah menoreh berapa makcik dapat?"

"Cuma RM3.00 sehari."

"Ayahnya bekerja macam mana"

"Kalau dia dapat ikan itulah yang dibuat lauk setiap hari."

Rupa-rupanya aku terlupa bahawa aku sebenarnya hidup dalam keadaan mewah..
Pernahkah anda menghirup air rebusan tulang yang direbus semula sepanjang hidup anda? Atau adakah anda buang saja tulang itu beserta daging-daging yang ada padanya kerana anda kata ianya "TAK SEDAP"?
Mungkin kita sudah terbiasa hidup senang hinggakan kita lupa bahawa kalaupun kita susah, masih ramai lagi orang yang lebih susah dari kita.

Mudah-mudahan menjadi tauladan bagi kita dan hendaklah sentiasa
bersyukur dengan apa yang ada pada kita. Kalau hidup kita susah, hidup orang lagi susah

Petikan dari blog multiply : http://hdkama.mutiply.com

RAIKAN HARI KEMERDEKAAN KE-52


31 Ogos 2009 - tarikh di mana negara kita akan meraikan sambutan ulangtahun kemerdekaan yang ke-52. Setelah 52 tahun, negara kita telah melalui banyak saat-saat yang menguji ketahanan dan kekuatan, dan setiap kali itu jugalah negara kita bangkit dan terus bangun berdiri sehingga menjadi satu nama yang gah di mata dunia.

Sepanjang perjalanan tersebut, terlalu ramai tokoh-tokoh yang datang dan pergi. Ada wira yang didendang, ada juga yang tidak didendang. Namun, mereka masih setia dan teguh mempertahankan negara.

Kita generasi baru sepatutnya mencontohi tokoh-tokoh ini. Mereka bukan sahaja ikhlas berjuang untuk negara tetapi sanggup berkorban apa saja untuk pastikan kemerdekaan yang dicapai dulu tak hilang begitu sahaja.

Tapi sebaliknya, sekarang ni, kita berusaha untuk memecahbelahkan diri sendiri. Kita tidak dapat menghayati semangat juang nenek moyang kita. Kita tidak lagi memikirkan untuk kesejahteraan semua. Kita lebih mementingkan diri. Apakah contoh yang telah kita berikan kepada generasi akan datang?

Atas sebab itulah, 1Malaysia patut dijadikan asas untuk membangunkan semula nilai-nilai yang telah diamalkan oleh generasi terdahulu. Ini bukan masanya untuk berburuk sangka, bertelagah dan mencaci sesama kita. Ini adalah masa untuk mengukuhkan semula ikatan yang kian longgar, yang mana jika dibiarkan, masa depan lebih 27 juta manusia yang berlindung dengan negara ini akan menjadi kelam.

Fikirkan. Sambutan kemerdekaan yang jatuh ketika bulan penuh rahmat, Ramadhan, pastinya mempunyai hikmah dan maksud yang cukup dalam. Jangan alpa.

Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan Ke-52. Merdeka! Merdeka! Merdeka!

Artikel dari blog Penerangan.gov

Aug 28, 2009

10 Tip Ekstra Langsing Saat Berpuasa

Menurut Islam, berpuasa adalah menahan diri dari lapar dan dahaga bermula terbitnya fajar hingga terbenamnya matahari dengan anggaran masa kira-kira 12 jam sehari selama sebulan. Selain bertujuan menunaikan tuntutan agama, berpuasa juga boleh membantu memantapkan emosi, menenangkan fikiran dan sangat baik untuk kesihatan kerana memberi peluang kepada organ dalam untuk berehat sebentar dan memberi peluang menghancurkan sisa-sisa racun atau toksik di dalam darah manusia.

10 Tip Ekstra Langsing Saat Berpuasa

1. Paling penting untuk anda lakukan adalah mengenalpasti kadar metabolisme tubuh anda. Ini kerana individu yang mempunyai kadar metabolisme tinggi, mereka tidak mempunyai masalah pertambahan berat badan walaupun makan banyak ketika berbuka.

2. Bagi individu yang mempunyai kadar metabolisme rendah, harus lebih berhatihati dalam soal permilihan kuantiti dan jenis makanan ketika berbuka. Elak makan melebihi keperluan harian kerana ia akan menimbulkan masalah berat badan apatah lagi tiada aktiviti yang berat di waktu malam selepas berbuka.

3. Ramai yang menganggap bersahur itu sesuatu yang remeh tetapi hakikatnya sahur adalah sama pentingnya dengan bersarapan. Bersahur akan membantu anda mengimbangi zat gizi yang tidak diperolehi tubuh selama sehari berpuasa. Jadi, prinsip bersahur bukan untuk kenyang semata-mata tetapi lebih kepada makanan yang bergizi tinggi.

4. Mulakan saat berbuka dengan makan makanan yang mudah, ringkas dan dalam kuantiti yang sedikit demi sedikit tetapi berulang-ulang. Kejutan 'jutaan' makanan secara tiba-tiba akan membuatkan perut berasa tidak selesa dan anda mudah berasa meloya.

5. Jangan lupakan sayuran dan buah-buahan di dalam menu berbuka dan bersahur anda. Seelok-eloknya apabila berbuka puasa, makanan yang diambil perlulah bergantung pada keperluan individu.

6. Sebaiknya elak atau kurangkan pengambilan makanan yang berempah dan pedas kerana ia boleh menyebabkan pedih perut dan gastrik. Selain itu, elakkan juga daripada minum minuman berkarbonat atau kandungan kafein yang tinggi kerana ia akan memburukkan lagi keadaan pertu anda yang kosong setelah seharian berpuasa.

7. Elakkan makan banyak selepas menunaikan solat terawih dan tidur ketika perut masih kenyang kerana ia akan merangsang kepada kegemukan. Anda dinasihatkan untuk tidur sekurang-kurangnya tiga jam selepas makan.

8. Kurangkan pengambilan lemak dan bukan karbohidrat dalam menu diet anda. Ini kerana satu gram lemak mengandungi sembilan kalori berbanding hanya empat kalori bagi satu gram karbohidrat.

9. Berpuasa tidak seharunya dijadikan alasan untuk anda kurang minum air. Pastikan anda minum air secukupnya di antara waktu bersahur dan juga berbuka puasa.

10. Aktiviti senaman juga sebaiknya diteruskan meskipun anda berpuasa. Bezanya, anda boleh memilih aktiviti kecergasan berintensiti rendah dan kecergasan selama 30 minit setiap sesi untuk sekurang-kurangnya tiga kali seminggu.

Sumber Artikel : Majalah Rapi (Sept 2008)

Aug 24, 2009

Antara Kesilapan Muslim Di Bulan Ramadhan

Antara kesilapannya ialah:

1) Makan dan minum dengan bebas setelah terbatal puasa dengan sengaja(bukan kerana uzur yg boleh diterima Islam).

Keadaan seperti ini ada disebutkan dalam hadith ertinya: "Sesungguhnya sesiapa yg telah makan(batal puasa) hendaklah ia berpuasa baki harinya itu"
(riwayat Bukhari)

2) Makan sahur di waktu tengah malam kerana malas bangun di akhir malam. "Sahur" itu sendiri dari sudut bahasanya "Aslah" (waktu terakhir di hujung malam.

Imam Ibnu Hajar menegaskan "melewatkn sahur adalah lebih mampu mencapai objektif yg diletakkan oleh NABI SAW."
(Fathul-Bari,4/138)

3) Bersahur dengan hanya makan dan minum sahaja tanpa melakukn ibadah yang lain. Ini satu kesilapan besar bagi umat Islam kini. Waktu tersebut pada hakikatnya adalah antara waktu terbaik unntuk istighfar dan menunaikan solat malam. Waktu sahur adalah salah satu waktu dimana doa mudah untuk diangkat oleh ALLAH SWT..

4) Tidak menunaikan solat ketika berpuasa. Ini adalah satu kesilapan yg amat besar. Memang benar solat bukanlah syarat sah untuk seseorang berpuasa. Tetapi ia adalah rukun Islam yg menjadi tunggak kepada keISLAMan seseorang. Sesungguhnya solat itu adalah soalan pertama yg akan ditanya oleh ALLAH kpd kita di akhirat kelak.

5) Bermalasan dan tidak produktif dalam kerja2 di siang hari dgn alasan berpuasa. Sedangkan kerja yg kiter lakukan di pejabat atau di mana2 tempat kerja pun, bila diniatkan Ibadah maka sudah pastinya akan menambahkan lagi pahala untuk kita.

6) Memperbanyakkan tidur di siang hari dengan alasan ia adalah satu ibadah. Sedangkan Imam As-Suyuti menegasakan bahawa hadith yg menyebut berkenaan tidur orang berpuasa itu ibadah adalah amat lemah.
(Al-Jami' as-Soghir ; Faidhul Qadir, Al-Munawi,6/291)

7) Tidak mengutamakan solat subuh berjemaah sebagaimana tarawih. Ramai yang lupa & tidak mengetahui kelebihan besar semua solat Fardhu berbanding solat sunat, terutama sekali solat Subuh Berjemaah yang disebut oleh NABI SAW: "Bagi orang yg mendirikan solat Subuh secara berjemaah, maka beroleh pahala menghidupkan seluruh malam.

8) Menunaikan solat Tarawih di masjid dengan niat sekadar inginkn meriah. Malangnya mereka kerana setiap amalan adalah dikira berdasarkan niat, jika niat utama seseorang itu(lelaki mahupun wanita) hadir ke masjid adalah untuk meriah, dan bukannya atas dasar keimanan dan mengharapkan ganjaran redha ALLAH SWT sebagaimana yg ditetapkan oleh NABI SAW di dalam hadith:

ertinya: "sesungguhnya amalan itu adalah dikira dengan niat".
(Riwayat Bukhari)

9) Memasuki Ramadhan dengan keadaan harta masih lagi dipenuhi dengan harta haram, sama ada terlibat dengan pinjaman rumah, kad kredit, insurans, pelaburan dan kereta secara riba'.
Ini sudah tentu akan memberi kesan yg amat nyata kepada kualiti ibadah di bulan Ramadhan. Kerana status orang yang terlibat dengan riba' adalah berperang dengan ALLAH & RasulNYA.. wal'iyazubillahi min zaalik..

Wallahu'alam...

Aug 22, 2009

Sains Tambahan...

Suatu pagi yang indah kat sebuah sekolah rendah, seorang guru yang
begitu dedikasi mengajar anak2 muridnya tentang betapa bahayanya
minuman keras kepada mereka. Sebelum memulakan mata pelajarannya pada hari
itu dia telah mengambil 2 ekor cacing yang hidup, sebagai sampel kehidupan
dan dua gelas minuman yang masing2 berisi dengan air mineral dan arak..

“Cuba perhatikan murid2.. lihat bagaimana saya akan memasukkan cacing ini
kedalam gelas, perhatikan betul2. Cacing yang sebelah kanan saya, akan saya
masukkan ke dalam air mineral manakala cacing yang sebelah kiri saya akan
masukkan ke dalam arak. Perhatikan betul2.”

Semua mata tertumpu pada kedua2 ekor cacing itu.

Seperti dijangkakan, cacing yang berada dalam gelas yang berisi air mineral
itu berenang2 di dasar gelas, manakala cacing yang berada di dalam arak
menggeletek lalu mati. Si cikgu tersenyum lebar, apabila melihat anak2
muridnya memberikan sepenuh tumpuan pada ujikajinya.

“Baiklah murid2, apa yang kamu dapat belajar dari ujikaji yang cikgu
tunjukkan sebentar tadi??”

Dengan penuh yakin anak2 muridnya menjawab,

UNTUK MENGELAKKAN KECACINGAN...MINUMLAH ARAK…