Aug 15, 2009
6 Fakta Wanita yang Mudah d'TIPU lelaki
Dah sayang la katakan… jadi apa sahaja yang lelaki/pasangan katakan, kepercayaan adalah seratus peratus. Bukan maksud saya percaya separuh-separuh atau percaya pasangan jangan sampai 100%, tetapi maksud saya mudah percaya yang membuta-tuli dan menerima apa sahaja tanpa menggunakan akal fikiran yang waras adalah amat tidak wajar.
Contoh mudah: Pasangan anda berkerja sebagai seorang kerani dan gaji bulanannya sebanyak RM1000.00 sebulan bersih(dah ditolak KWSP dsb.). Anda pula memang tahu status kewangan dan "pattern" perbelanjaannya. Dia ada banyak tanggungjawab, bil-bil untuk dijelaskan setiap bulan dan sebagainya. Kira gajinya cukup-cukup sahaja.
Satu hari dia membelikan anda cincin emas berharga RM700.00. Anda tanya, "Mana dapat duit?". Dia kata, lama dah simpan khas untuk "surprise"kan anda. Oklah, boleh terima.
Bila anda tengok pakaiannya pula berjenama. Dia mula "shopping sakan" dan anda pun dia belikan bermacam barangan lagi. Anda tanya lagi, "Mana dapat duit?". Dia kata, "ada la "bisnes" dengan kawan... " Anda pun percaya terus…
Soalan di sini, dalam senario di atas, tidakkah anda rasa musykil dan bermacam soalan lagi bermain dalam kotak fikiran tentang jawapan mudah seperti itu? Atau anda tergolong dalam wanita yang terus percaya 100% tanpa banyak soal lagi?
Ingat! Lelaki yang berterus-terang dan jujur dengan pasangannya akan menyatakan, menjelaskan dengan selengkapnya tentang apa yang ditanya atau diragui oleh pasangannya. Dia tidak akan menyembunyikan apa pun kerana baginya, wanita yang disayanginya bukan sahaja tempat berkasih, malah tempat berkongsi apa sahaja. Lagi pun, nak rahsia apa, bukan dengan orang lain?
Jadi, sekiranya ada sesuatu yang anda rasa ragu-ragu, perlu ditanya kepada pasangan anda, jangan tunggu, jangan simpan. Cuma pastikan anda bertanya kepada dia pada masa dan keadaan yang sesuailah. Percaya secara total dan "semborono" boleh meletakkan anda dalam bahaya.
Contoh dalam senario di atas tadi, menjadi rakan kongsi untuk mengedar dadah adalah maksud sebenar dia berkenaan ayat, "ada la bisnes dengan kawan…".
Kalau ini berlaku… macamana?
2. Wanita yang "terdesak" untuk berkahwin.
Umur yang semakin lanjut membuatkan ramai wanita yang belum berpasangan risau akan status diri. Walaupun pada zaman yang semakin canggih ini, melihat wanita yang berkerjaya lewat berkahwin adalah perkara biasa, namun majoriti wanita yang semakin meningkat umurnya risau jika masih belum mempunyai pasangan hidup.
Kerisauan terhadap faktor umur yang meningkat, tekanan ibu bapa, pandangan masyarakat, dan juga kerisauan terhadap peluang untuk mendapatkan cahaya mata yang semakin kurang jika kahwin lewat mampu menyebabkan sesetengah wanita seolah-olah "terdesak" untuk mencari pasangan hidup.
Dalam keadaan seperti ini, kadangkala mereka boleh "terlepas pandang" tentang sikap, kualiti, dan peribadi lelaki yang dipilihnya itu.
Wanita yang berkahwin lewat pada zaman ini pula kebanyakannya berkerjaya secara tidak langsung membawa maksud mereka sudah mempunyai tahap kewangan yang stabil.
Ini memungkinkan mereka menjadi mangsa "buaya professional" yang sentiasa mencari peluang untuk mengambil kesempatan ke atas wanita seperti ini. Kalau anda dalam golongan wanita seperti ini, ingat… biar lambat, asal selamat!
3. Wanita "sosial".
Ini bukan sosial dari segi terlibat dengan Mercy Malaysia ke, persatuan wanita di kawasan anda ke, atau perkara yang seumpamanyalah.
Sosial dalam hal ini ialah suka kepada "night life", disko, berparti, "clubbing", pergaulan bebas tanpa had dan hidup dengan falsafah "life is short, so have fun!", atau "masa muda ni la nak rasa macam-macam..". Fahamkan maksud saya?
Wanita-wanita ini (lebih ramainya gadis remaja), yang melibatkan diri dengan cara hidup bebas dan sosial seperti ini terang-terangan mendedahkan dan "mengiklankan" diri sendiri kepada "species" lelaki pemangsa wanita.
Bersosial tanpa batasan adalah di antara resepi utama yang menyebabkan ramai wanita dan gadis remaja ditipu sekaligus dirosakkan oleh lelaki yang tidak bertanggungjawab.
Tepuk dada, tanya selera!
4. Wanita yang tidak mementingkan ilmu.
Wanita yang mementingkan ilmu dalam konteks percintaan, perkahwinan dan memilih pasangan hidup bukanlah bermaksud wanita yang mempunyai ijazah berjela-jela dari universiti terkenal. Bukan itu sahaja. Kalau itu yang dijadikan ukuran wanita berilmu, kenapa masih terlalu ramai wanita yang ditipu, dihina, dipermainkan, dan sebagainyalah oleh lelaki yang berbahaya?
Wanita yang berilmu dalam konteks ini ialah wanita yang mampu memandu dirinya supaya tidak "terpilih" lelaki penipu dan berbahaya. Sekiranya dia "terjebak" dengan lelaki penipu/berbahaya, dia tahu apa yang perlu dilakukan atau di mana untuk mendapatkan bantuan yang sewajarnya.
Ia juga bermaksud wanita yang mengetahui hak-haknya sebagai wanita dan sebagai seorang isteri. Wanita yang berilmu juga berani "membetulkan" keadaan dan mempertahankan haknya bila perhubungan/perkahwinannya terganggu/diganggu sama ada oleh pihak ketiga atau pasangannya sendiri.
Wanita seumpama ini mampu menjadi pasangan/isteri yang sentiasa menjadi kebanggaan pasangan/suaminya sendiri dan mempunyai segala sifat sebagai seorang yang cemerlang.
Wanita seperti ini, sentiasa cintakan ilmu. Sentiasa melengkapkan dirinya dengan ilmu selagi hayat dikandung badan.
Wanita yang mempunyai segulung ijazah atau Ph.D pun boleh ditipu dan dipermainkan lelaki "species berbahaya" ini…apatah lagi jika wanita yang hanya meletakkan 100% kebahagiaannya ke atas lelaki dan langsung tidak mahu atau mengambil mudah untuk meningkatkan ilmu dalam diri?
5. Wanita yang memandang "faktor fizikal" sebagai salah satu ciri utama pada lelaki idamannya.
Mudah jatuh cinta dengan lelaki handsome? Atau mungkin juga lelaki "cute", "macho", dan mempunyai fizikal yang begitu menggoda hati?
Ingat..semakin "handsome", "cute", "sexy" seseorang lelaki itu, sebenarnya semakinlah anda sebagai wanita perlu menggandakan "sistem pertahanan" diri. Kalaulah ramai wanita boleh diperdayakan oleh lelaki yang TAK "handsome" dan seumpamanya, apatah pula risiko ditipu oleh lelaki yang "handsome"?
Ingat.. "handsome", "cute", dan seumpamanya itu pada seseorang lelaki sepatutnya BUKAN menjadi antara ciri-ciri utama lelaki idaman wanita. Ia sepatutnya hanya menjadi ciri-ciri "bonus" lelaki idaman wanita.
Nasihat untuk wanita yang mudah "cair" dengan lelaki seperti ini, dan menjadikan lelaki seperti ini sebagai "target" utama ciri bakal pasangan hidupnya: fikir masak-masak!
Anda mungkin sedang diperhatikan oleh "pemangsa handsome dan sexy" yang sentiasa mencari wanita untuk ditipu dan dipermainkan..
6. Wanita yang "sabar" tidak bertempat.
Wanita dalam golongan ini boleh kita katakan jenis yang selalu "makan hati berulam jantung", atau mungkin juga dah sampai tahap "makan tangan berulam kaki". Dia didera(fizikal atau perasaan), tidak dihargai, sentiasa diambil kesempatan oleh pasangan/suaminya namun masih tetap bersama lelaki itu walaupun dia sedar dia terseksa dan tertekan.
Soalnya di sini, bila diperlakukan sebegitu, dia hanya "berharap" pasangannya akan berubah pada satu masa nanti TANPA mengambil tindakan yang sewajarnya.
Tidak salah bersabar. Malah sabar adalah satu sikap yang baik, dituntut, terpuji, dan mulia. Namun demikian, sekiranya kesabaran itu akhirnya membawa mudarat terhadap diri sendiri, sesuatu perlu dilakukan.
Bersabar walau diperlakukan apa sahaja oleh lelaki/pasangan seperti ini seolah-olah memberi "lesen" kepadanya untuk terus mendera, menipu, dan menghina maruah wanita yang terlibat.
Ingat kata orang dulu-dulu… "sabar biarlah bertempat".
Aug 11, 2009
Taktik Lazim Untuk Menipu Wanita
Secara fitrah, semua wanita di dunia mencari lelaki sebagai pelindung. Justeru, wanita amat tertarik kepada lelaki yang dapat menjamin keselamatan mereka di dunia dan di akhirat.
Wanita akan merasa selamat apabila bersama dengan lelaki yang mempunyai kemampuan dari segi kewangan. Ada beberapa golongan lelaki yang selalu mempamerkan kekayaan untuk menonjolkan faktor ini bagi menarik perhatian golongan wanita. Itu adalah perkara normal. Yang tidak normalnya ialah apabila “terlalu” mempamerkan faktor ini.
Juga terdapat segolongan lelaki yang berbohong dengan kemampuannya. “I ada sebuah firma,” “I akan belikan U sebuah kereta,” “I dah ada rumah dua tingkat untuk U,” “I kenal datok ini dan datok itu” dan sebagainya. Padahal, perkara-perkara yang disebut tidak benar.
Untuk mengelakkan dari tertipu, seorang wanita perlukan mencari kesederhanaan di dalam perhubungan. Jangan jadikan kemampuan seorang lelaki sebagai agenda utama. Rezeki dan kekayaan dapat ditahan oleh tuhan pada bila-bila masa. Firman Allah di dalam surah Al-Mulk ayat 21, “Atau siapa dia yang dapat memberi rezeki kepada kamu jika Allah menahan rezekiNya?”
Sebaliknya cari seorang pasangan yang sederhana dan rajin. Orang yang rajin biasanya dapat dikenali dengan kekemasan diri mereka. Kereta kemas, rumah kemas, meja kemas, pakaian kemas. Ini kerana mereka sentiasa menggunakan sepenuh masa mereka untuk melakukan sesuatu. Biasanya orang rajin akan mendapat ganjaran baik dari kerajinannya. Itu adalah memadai sebagai jaminan keselamatan kewangan.
Wanita juga akan rasa selamat apabila bersama lelaki yang mempunyai pengetahuan di dalam bidang keagamaan. Di akhir zaman ini, ramai yang tidak tahu membaca Al-Quran, ramai yang tidak khatam fardhu ain, ramai yang tidak benar-benar menghayati Islam, pendek kata ramai yang dahagakan agama. Apabila berbicara bab nikah dan kahwin, semuanya akan memberi fokus kepada lelaki yang beragama.
Golongan-golongan lelaki yang mampu memberikan nasihat-nasihat baik, memberi bimbingan dan sebagainya akan menjadi perhatian ramai wanita. Bukan sahaja di myJodoh, tetapi di mana-mana di bumi ini. Ini akhir zaman!
Masalah wujud apabila terdapat segolongan lelaki menggunakan pendekatan ini untuk melakukan maksiat. Pada peringkat permulaan semuanya berbentuk nasihat dan ucapan salam. Pada pertengahannya, semua berbau lucah. Pada penghujungnya, semua akan berakhir dengan perkara-perkara terlarang.
Untuk mengelakkan diri diperdaya oleh lelaki seperti ini, seorang wanita perlu mendalami ilmu agama. Anda mungkin berasa takjub apabila melihat orang lain menceritakan tetang sirah-sirah nabi atau hadith-hadith yang tidak pernah anda dengari. Tetapi anda tidak akan berasa takjub sekiranya anda telah lebih awal mengetahui semua itu.
Tidak susah. Hanya dengan mengkaji dua sumber asal Islam, iaitu Al-Quran dan As-Sunnah. Terjemahan Al-Quran bernilai tidak lebih dari RM20 boleh di dapati dari mana-mana kedai buku agama atau pasar malam. Hadith-hadih mungkin terlalu banyak untuk dikaji, tetapi memadai dengan mendapatkan senaskah salinan Riyadhus Salihin karangan Imam Nawawi.
Dengan cara ini pengetahuan agama seseorang akan meningkat dalam masa terdekat. Bertanya dengan orang lebih pengetahuan adalah amat perlu. Perbanyakkan zikir agar tidak terlalai adalah suatu kemestian. Perbanyakkan solat-solat sunat untuk mencipta rekod diri. Lalu apabila muncul seorang lelaki yang menceritakan perihal agama, anda akan lebih bersedia dan tidak mudah terpedaya.
Wanita juga mudah tertarik dengan lelaki yang dapat memberi keselamatan dirinya. “Macho” dan “carring.” Ini adalah fitrah. Wanita akan berasa lebih selamat apabila lelaki sebegini berada di sisi mereka.
Bayangkan sebuah lorong yang telah diketahui ada seekor anjing garang. Anda ingin melaluinya tetapi anda takut. Tiba-tiba muncul seorang lelaki dan berkata, “tak per cik, jangan takut, kita jalan sama-sama.” Lalu anda berjalan dengan perasaan selamat. Anda mungkin jatuh hati dengannya. Ini adalah fitrah.
Bayangkan pula anda sedang berjalan di lorong lain. Tiba-tiba datang seorang lelaki berkata, “eh cik, kat sini ada anjing garang, dua hari lalu dia dah gigit orang. Entah-entah dia nanti gigit cik. Tapi kalau cik jalan dengan saya, cik akan selamat.” Ini adalah contoh penipuan. Lelaki tersebut tidak ikhlas melindungi anda.
Anda mungkin faham dengan contoh di atas dan tahu mengambil tindakkan yang sewajarnya. Tetapi bayangkan apabila anda menerima satu Pesanan Peribadi dari seorang lelaki di myJodoh dengan berbunyi, “Hati-hati dik, di myJodoh ni banyak penipu. Ada orang pernah kena rogol oleh lelaki di sini.” Secara automatik anda akan mempunyai sedikit rasa percaya kepada lelaki berkenaan. Padahal sekiranya dia sekadar menghantar pesanan biasa, belum tentu dia akan mendapat perhatian anda.
Untuk mengelakkan perkara sebegini, seorang perlu belajar bergantung kepada tuhan setiap masa, lalu bertawakal. Bayangkan situasi di lorong tadi, apabila seorang lelaki muncul dan menceritakan tentang bahaya berjalan seorang diri. Sekiranya anda mempunyai keyakinan untuk bergantung kepada tuhan, anda boleh menjawab, “terima kasih encik, tapi ayah saya pesan, jika baca ayatul kursi, InsyaAllah akan dijauhi segala binatang buas.” Lalu anda akan lebih selamat. Firman Allah di dalam surah At-Taubah ayat 51, “Katakanlah (wahai Muhammad): Tidak sekali-kali akan menimpa kami sesuatu pun melainkan apa yang telah ditetapkan Allah bagi kami. Dia lah Pelindung yang menyelamatkan kami, dan (dengan kepercayaan itu) maka kepada Allah jualah hendaknya orang-orang yang beriman bertawakal”.
Wallahu’alam.
Aug 9, 2009
Petua menghadapi Orang sedang Marah
Menghadapi lelaki yang sedang marah:
Tenung, renung dan lihat matanya. Pastikan akan bersemuka dengan lelaki tersebut. Ini kerana berdasarkan fitrah lelaki, mereka takkan sampai hati marah marah jika bersemuka dengan pompuan. Lelaki akan lembut hati jika memandang mata pompuan. Sebab tu lelaki selalunya akan melihat ke sana sini ketika sedang marah pompuan. Sebab kalau tengok mata pompuan, karang tak jadi nak marah pulak. Rasa kesian pulak...
Jangan cuba menundukkan kepala. Ini kerana jika anda menundukkan kepala, ini akan membuatkan lelaki itu akan berasa lebih berkuasa dan bersemangat untuk mengamuk habis habisan. Sebaiknya angkat kepala sedikit dan menghadapi kemarahan lelaki tersebut dengan buat pekak ajer. Nescaya, tak la teruk sangat anda akan di marahi oleh lelaki tersebut.
Jangan sesekali memalingkan muka ke arah lain jika menghadapi lelaki yang sedang marah. Perbuatan sebegini sebenarnya akan membuatkan lelaki akan bertambah marah. Ini menunjukkan anda seolah olah sedang mencabar lelaki tersebut. Maka lelaki tersebut secara otomatik akan bertambah 'syeh' dia nak marah. Mau rasa macam nak hancur dunia.
Kalau boleh sediakan segelas air jika berdepan dengan lelaki yang sedang marah. Biar pun lelaki tersebut sedang marah, tapi percayalah....semarah marah lelaki tadi, air di dalam gelas tu tetap di teguknya. Lepas minum, sambung marah. Kemudian minum, sambung marah. Ini secara tak langsung akan melambatkan nafsu amarah lelaki tersebut dan kemungkinan dapat meredakan kemarahan lelaki tersebut.
Dan anda mungkin boleh cuba menangis. Tapi jangan nangis kuat kuat. Cukup sekadar mengalir airmata dan sikit tersedu sedu. Ini akan menyebabkan lelaki tadi rasa macam ter'over' marah pulak. Secara tak langsung, lelaki mungkin akan berenti atau nak memanjangkan lagi perasaan nak marah tuh.
Salah satu kaedah yang amat berkesan dan amat senang untuk di laksanakan. Jangan cuba bersemuka dengan pompuan tersebut. Pendek kata, cuba jauhi diri anda dari pompuan tadi. Mungkin untuk 2 - 3 jam. Lagi baik kalau 2 - 3 hari. Lagi lama lagi bagus.
Aug 8, 2009
Susahnya Seorang PEREMPUAN
Bukan senang jadi perempuan.Macam-macam massalah yang mereka hadapi setiap hari.Bukan nak komplen fitrah kejadian.Cuma nak kongsi2 ngan kengkawan di luar sana.....
-Keselamatan
Paling dirisaukan setiap perempuan di muka bumi ini.Mana-mana pergi pun rasa tak selamat.Tambah takut bila baca suratkhabar tentang kes-kes rogol dan BUNUH yang makin meningkat.Tak lena tidur dibuatnya.
-Penampilan
Pilih baju mesti nak sepadan.Kalau baju warna merah,kain warna hijau,kasut pulak warna kuning nanti orang kata giler pulak! Tu belum lagi masuk bab eye shadow,maskara,lipstik,blusher dan macam-macam lagi.Lelaki senang,main sarung je!
-Kebebasan
Perempuan tak boleh sesuka hati keluar malam balik besok malam.Perempuan tak boleh DUDUK MENGANGKANG macam lelaki.Tak semiak dikata dek orang! Bukan empunya diri jer yang malu,mak bapak pun ikut malu besar sekali.
-Gangguan
Biasa berlaku di tempat kerja,sekolah atau mana-mana kawasan tumpuan ramai.Tak bolehlah kaki tu nak melangkah, ada saja gangguan dari kaum lelaki miang.Dimarah nanti dikatanya sombong dan tak sedar diri.
-Rekreasi
Nak tukar baju bila time mandi laut ataupun air terjun kena cari kawasan khusus.Bukan boleh suka-suka tukar baju kat tepi SEMAK MACAM LELAKI.Silap-silap muka keluar kat dalam internet dengan tajuk yang lucah melampau.
Penawar Kepenatan
Bagi mengatasi kepenatan melaksanakan tugas-tugas seharian
sama ada di rumah mahupun di tempat kerja, bolehlah jadikan
petua yang diajar oleh Rasulullah s.a.w. kepada puteri
kesayangannya Saidatina Fatimah sebagai penawarnya.
Suatu hari Saidatina Fatimah mengadu kepada suaminya
Saidina Ali bin Abu Talib tentang kesakitan pada tangannya
kerana keletihan menggiling gandum untuk membuat roti.
Saidina Ali berkata :
“Bapa kamu telah datang membawa balik tawanan perang.
Berjumpalah dia dan mintalah seorang khadam untuk membantu mu.”
Saidatina Fatimah pergi bertemu bapanya dan menyatakan
hasrat untuk mendapatkan seorang khadam bagi membantu
tugas hariannya di rumah. Bagaimanapun Rasulullah s.a.w.
tidak mampu memenuhi permintaan anak kesayangannya itu.
Lalu Baginda s.a.w. pergi menemui puterinya serta menantu itu.
Baginda s.a.w. berkata:
“Apa kamu berdua mahu aku ajarkan perkara yang lebih baik
daripada apa yang kamu minta daripadaku? Apabila kamu
berdua berbaring untuk tidur, bertasbihlah (Subhanallah) 33 kali,
bertahmid (Alhamdulillah) 33 kali dan bertakbir (Allahuakbar) 33 kali.
Ia adalah lebih baik untuk kamu berdua daripada seorang khadam.”
Inilah penawar ringkas yang Nabi s.a.w. ajarkan kepada
anak dan menantunya bagi meringankan keletihan dan
kesusahan hidup mereka berdua.
Saidina Ali terus mengulang-ulang kalimah-kalimah Rasulullah.s. a.w. ini.
Katanya “Demi Allah aku tidak pernah meninggalkannya semenjak ia
diajarkan kepadaku.”
Sayugia dicadangkan kepada ibu-ibu, suami-suami atau sesiapa sahaja
yang merasai kepenatan setelah melakukan tugas-tugas harian supaya
mengamalkan membaca ‘Subhanallah’ (33 kali), ‘Alhamdulillah’ (33 kali)
dan ‘Allahuakbar’ (33 kali) pada setiap malam iaitu sebelum melelapkan mata.
Lakukanlah dengan penuh ikhlas dan istiqamah (berterusan) , Insya-
Allah petunjuk Nabawi ini mampu menyelesaikan bebanan-bebanan
hidup seharian kita. Akan terserlah ceria di wajah pada keesokan
hari dengan senyuman.
“Sebarkanlah ajaranku walau satu ayat pun” (Sabda Rasulullah SAW)
“Nescaya Allah memperbaiki bagimu amalan-amalanmu dan
mengampuni bagimu dosa-dosamu. Dan barangsiapa mentaati
Allah dan Rasul-Nya, maka sesungguhnya ia telah mendapat
kemenangan yang besar.”