MUNGKIN BETUL MUNGKIN TIDAK, SEKADAR BACAAN HIBURAN CERITA SERAM...JAUHI DARI PERKARA-PERKARA TAHYUL DAN SYIRIK - [Formerly known as LUBUKPUAKA since 2008]

Jul 21, 2009

Merancang Jantina Anak

Petua yang amat berguna bagi ibubapa…

Bagaimana merancang jantina?

Berikut adalah petua yang boleh membantu anda merancang jantina anak anda. InsyaAllah dengan panduan dan izin Allah akan membawa kejayaan. kita hanya memerlukan sedikit usaha dan tawakkal.

Sebenarnya sperma @ benih lelaki menjadi penentu jantina bayi kerana benih-benih tersebut ada yang membawa keromosom X dan Y.

Sedangkan telur atau benih isteri hanya membawa keromosm X. Bergantung mana yang bercantum - XY (anak lelaki) - XX (anak perempuan).

Ciri-ciri benih:

Benih Y lebih cergas dan laju begerak tetapi lebih cepat mati berbanding dengan benih X yang lambat bergerak tetapi hidup lebih lama.

Benih Y juga lebih tahan dalam cecair yang beralkali , sedangkan benih X lebih tahan dalam cecair asid.

Oleh itu anda boleh ikuti panduan berikut:

Merancang anak lelaki

1. Makanan yang asid seperti buah-buahan limau, nanas, mangga, cuka, minuman gas perlu dijauhkan selama 2 bulan sebelum mencuba. Makanan laut adalah digalakkan, zat-zat logam kalsium dan magnesium juga diperlukan.

2. Persetubuhan pada waktu subur iaitu pada hari penetasan telur isteri ( ovulation) adalah penting.

3. Menukarkan cecairan faraj kepada beralkali dengan melakukan “douching” atau basuh dalam faraj dengan satu alat khas. 20 ml. Air bikarbonet dimasukkan kedalam faraj lebih kurang 2 jam sebelum mengadakan persetubuhan. Cecair bikarbonet (sodium bicarbonate ) boleh dibeli dari farmasi.

4. Kaedah suntikan benih lelaki ( artificial insemination) setelah air mani suami menjalani proses “layering”, atau menjalani rawatan bayi tabung uji (IVF) dan dipilih embryo yang telah disahkan lelaki untuk dimasukkan kedalam rahim. Kedua-dua kaedah tersebut tidak dibolehkan jika hanya untuk tujuan mendapatkan anak lelaki. Tetapi diperbolehkan jika sabit ada penyakit baka bila melahirkan anak perempuan.

Merancang anak perempuan

1. Digalakkan memakan makanan yang berasid seperti limau, asam , nenas, cuka, air minuman bergas dan lain lain. Pantang memakan makanan laut.

2. Persetubuhan dilakukan sebelum penetasan telur isteri (ovulation). Jangan bersetubuh selama 5 hari mulai dari hari “ovulation” yang boleh dikesan dengan ujian-ujian subur.

3. Melakukan “douching” dengan menggunakan cecair asid (very dilute lactacyd) 2 jam sebelum persetubuhan dilakukan.

Apapun segalanya adalah takdir Allah. Kita hanya mampu berusaha.. :)

ok. ni nak tambah skit.ni petua orang tua2 dulu. tapi still boleh pakai kata Dr pakar puan masa live kat TV3,program ape tak ingat dah sebab dia kata, orang tua ni bercakap dari pengalaman dan mungkin ianya betul walaupun tidak dibuktikan dengan kajian saintifik.

Untuk dapatkan anak lelaki
1- banyakkan makan sayur untuk kedua2 pasangan, lelaki dan perempuan
2- deep penetration, maksudnya cuba pancut hampir kepada pangkal rahim isteri kerana sperma yang membawa jantina lelaki ni laju tapi tidak tahan lama. Jadi kalau dekat dengan pangkal rahim, berkemungkinan besar ia boleh bercantum dengan ovum dan membentuk jantina lelaki
p/s: kalau mengandung anak lelaki, perut akan berbentuk lonjong

Untuk dapatkan anak perempuan
1- banyakkan makan daging (ayam dan lembu) untuk kedua2 pasangan, lelaki dan perempuan
2- subsurface penetration, maksudnya pancut jauh dari pangkal rahim. Ini berkemungkinan sperma yang membawa gen lelaki tidak dapat bertahan lama dan mati.Ini memberi peluang untuk sperma yang membawa gen perempuan bercantum dengan ovum
p/s: kalau mengandung anak lelaki, perut akan berbentuk bulat

Sekadar berkongsi pengetahuan kepada sesiapa yang nak merancang anak..Insyallah.. Semoga Berjaya.

Petua melayu Lama untuk Anak Dara


Dalam masyarakat tradisi Melayu, terdapat banyak petua-petua melayu lama untuk perawan (anak dara) yang elok diamalkan agar sentiasa dipandang menarik, menawan dan cepat dipinang orang. Ini juga merupakan petua-petua yang boleh diamalkan terus oleh wanita yang telah berkahwin dan telah mempunyai anak.

Petua-petua berikut adalah koleksi dari berbagai pengalaman dan tulisan.

1. Bangkit Bersambut
2. Wajah Suci
3. Menyegarkan Payudara
4. Taman Semerbak
5. Lubang Jarum
6. Suara Perindu
7. Mengurut Pangkal Bunting Padi
8. Payudara Montok

1. Bangkit Bersambut
Apabila mahu tidur malam, duduk berlunjur dan rebahkan badan ke tilam tanpa menongkatkan badan dengan tangan. Apabila mahu bangkit dan tidur, lunjurkan kaki dan bangunlah tanpa menongkatkan badan dengan tangan. Cecah ibu jari kaki dengan kedua tangan.

2. Wajah Suci
Apabila bangun pagi, jika membasuh muka, elakkan dari mencucinya menggunakan sebarang alat pencuci atau mengesat muka dengan sebarang pengesat. Biarkan air itu kering sendiri pada muka. Jika mengambil air sembahyang pun, usahlah dikesat air itu, biarkan ia kering sendiri. Ini berfaedah mengekalkan kecantikan asli wanita, dan rnenjadikan muka bercahaya dan segar kerana pelembap asli muka tidak dibuang.

3. Menyegarkan Payudara
Apabila mandi, terutamanya di awal pagi, cucurkan air pancuran atau air paipke atas kedua-dua belah payudara agar payudara sentiasa subur dan segar, tidak mudah jatuh

4. Taman Semerbak
Mewangi Amalkan memakan makanan yang segar seperti ulam-ulam yang wangi baunya dan sayur-sayuran yang wangi sejak dari perawan. Amalkan sentiasa. Nafas dan badan juga akan menjadi wangi. Petua ini telah diketahui sejak beribu tahun yang lampau.

5. Lubang Jarum
Latih otot penahan kencing, seolah-olah seperti menahan dan hendak buang air kecil, kemutkan berulang-ulang. Kemudian kemutkan pula otot dubur seolah-olah mahu menahan dari buang air besar, berulang-ulang juga. Jika boleh jadikan ia amalan setiap hari.

6. Suara Perindu
Elakkan dari banyak memakan makanan yang pedas-pedas atau yang agak panas. Selalu minum air asam jawa. Berlatih bercakap dengan mengawal nada suara, jangan dilepaskan suara sewenang-wenangnya. Dikatakan bahawa suara perawan adalah bagai bunyi seruling yang merdu.

7. Mengurut Pangkal Bunting Padi
Biasakan mengurut di pangkal betis, iaitu dengan cara menekan dan memicit kawasan antara urat keting dan buah betis. Lakukan selalu, kerana ini baik untuk mempertingkatkan prestasi kepekaan rasa apabila jimak setelah berkahwin nanti.

8. Payudara Montok
Elakkan dari meniarap di atas lantai sama ada di waktu siang atau malam, kerana meniarap dilantai akan mengendurkan payudara anda.

5 Kategori Wanita Yang Tidak Boleh Diajak Dating (khas 'utk lelaki)


1. Kawan baik kakak anda.
Kenapa? Ini kerana apada permulaannya semua pasti nampak baik tetapi jika suatu hari nanti anda berselisih faham, semua rahsia anda akan dibongkar kepada kakak. Agak susah untuk anda mempertahankan diri bila “diserang”.

2. Setiausaha anda.
Kenapa? Seperti sedia maklum, ada orang yang memandang serong pada kerjaya seorang setiausaha. Bagi mereka, setiausaha hanya mahu menggoda boss, seterusnya berkahwin. Jika ia, anda keluar dengan setiausaha dan dalam masa yang sama, anda sudah berkahwin, anda mengiakan tanggapan orang ini.

3. Bekas teman wanita.
Kenapa? Ada orang kata, kita tidak sesuai jadi kekasih tetapi boleh jadi kawan. Jika hubungan sudah putus, elok sahajalah dilupakan. Tak perulah anda keluar lagi kerana apabila putus, anda sebenarnya tidak punya sefahaman lagi.

4. Teman wanita kawan anda.
Kenapa? Hah! Ini satu kesalahan paling teruk yang pernah anda lakukan. Jagan sesekali menikam kawan dari belakang kerana ia tidak baik untuk sebuah persahabatan. Fikirkan sendiri, kala kekasih anda diambil orang, tentu sakit bukan? Dan itu lah perasaan orang lain yang merasainya.

5. Wanita yang terlalu demand.
Kenapa? Mengapa perlu melayan perempuan yang “demand” kerana anda boleh sakit otak jika melayan mereka ini. Banyak lagi perempuan lain dan jika kekasih anda demand, abaikan saja dirinya.

44 Pantang larang bakal Pengantin

Apabila telah ditetapkan hari perkahwinan bermakna bermulalah pantang larang buat bakal mempelai itu. Apa yg ditetapkan harus diikuti utk kebaikan diri mereka. Ia bukanlah menjaid kewajipan tetapi sudah menjadi satu budaya dlm masyarakat melayu. Walaupun bakal pengantin zaman sekarang jarang disebutkan perkara ini kepada mereka, tidak rugi jika apa-apa pantang larang yg difikirkan sesuai masih boleh diikuti.

1. Jangan keluar dengan pasangan selama 40 hari sebelum diijabkabul utk mengelakkan tohmahan masyarakat. Selain itu ia bertujuan utk mengawal nafsu. Ia juga utk menimbulkan perasaan rindu dendam. Perasaan yg timbul akan membuatkan wajah pengantin lebih berseri.

2. Jgn tidur dirumah orang takut terkena ilmu. Ia juga utk menjaga nama baik keluarga.

3. Jgn bebas keluar kemana-mana kerana takut disantau oleh mereka yg mempunyai niat tidak baik.

4. Jgn makan nasi dgn gulai berkuah beberapa bulan sebelum naik pelamin bagi mengelakkan perut buncit.

5. Elakkan makan ulam yg berbau busuk seperti petai dan jering.

7. Jgn bercermin terutama selepas maghrib ke atas bagi mengelak diri dari perkara sihir.

8. Jgn membuang air kecil dan air besar serentak di dlm air contohnya dlm sungai, kolah kerana ia boleh melemahkan organ seks.

9. Elakkan minum air bergas kerana ia mempunyai gula dan gas yg tinggi dan boleh menyebabkan kencing manis.

10. Kurangkan makan makanan yg manis kerana jika terkena kencing manis, lelaki tersebut menghadapi masalah berat tika bersama.

11. Elakkan mandi malam kerana tidak elok untuk sendi-sendi.

12. Kawal makan iaitu sekali makan setiap hari (mengikut sesetengah adat)

13. Kaum lelaki elakkan memakai seluar dalam yg ketat pada waktu malam dan tidur meniarap kerana tidak bagus utk organ seks kerana darah tidak mengalir.

14. Elakkan terlalu banyak makan makanan laut kerana ia mengandungi banyak toksid.

15. Tiga bulan sebelum berkahwin, mula membuat urutan supaya pengantin mempunyai tenaga.

16. Amalkan makan telur ayam kampung seminggu 2 kali yg dicampur madu dan lada hitam yg ditumbuk utk menambah tenaga.

17. Bagi mereka yg banyak angin, minum air halia utk membuang angin.

18. Belajar ilmu rumahtangga drpd org yg berpengalaman dan sudah berkahwin tentang rahsia memikat isteri supaya rumahtangga aman dan damai.

19. Jgn memuaskan nafsu dengan cara sendiri.

20. Cukupkan waktu tidur tujuh hingga lapan jam sehari.

21. Elakkan minum minuman keras dan merokok.

22. Elakkan terkena cahaya matahari kerana dikhuatiri hitam dan tidak berseri pada hari perkahwinan.

23. Elakkan minum air soya kerana ia sejuk dan tidak elok utk alat kelamin.

24. Amalkan makan jamu supaya malam pengantin tidak mengecewakan.

25. Banyakkan baca surah-surah bagi mengelakkan gangguan syaitan. Sentiasa mengingati Allah.

26. Jgn makan sebebas-bebasnya kerana ketika ini sistem dalaman tidak stabil.

27. Jgn terlalu terdedah kepada keluarga lelaki (simpan diri).

28. Jgn berembun atau keluar malam bagi mengelakkan unsur jahat.

29. Jgn bercelak atau berlangir serta memotong rambut seminggu sebelum ijabkabul.

30. Jika telah nikah gantung tidak boleh bersama.

32. Bilik lelaki atau wanita jgn dikosongkan. Mesti ada orang atau ahli keluarga terdekat tidur di dalam bagi mengelak dr dikhianati org.

33. Jgn buat kerja yg berat. Bila pengantin membuat kerja berat, dia akan berasa penat dan mudah terjadi nya gangguan emosi.

34. Jaga pertuturan agar tidak menimbulkan rasa sakit hati.

35. Elakkan makan dan minum seperti sayur bersifat sejuk seperti kangkung, bayam, timun, jambu batu dan air kelapa agar muka nampak segar.

36. Jgn cukur kening ditakuti akan menghilangkan seri muka.

37. Sebelum menjadi pengantin, katil kelamin tidak boleh ditiduri oleh pengantin kerana tidak manis.

38. Lempar baju di atas bumbung rumah tanpa diketahui oleh org lain bagi mengelakkan hujan turun ketika majlis berlangsung.

39. Dilarang memandang cermin ketika disolek oleh juruandam kerana dikhuatiri hilang seri.

40. Kedua pengantin dilarang bercakap ketika bersanding kerana kurang manis dipandang tetamu.

41. Jgn makan kepala ayam nanti mengantuk masa bersanding.

42. Dilarang membuang alis kerana perbuatan tersebut akan menghilangkan seri wajah buat pengantin lelaki.

43. Jgn makan bersulam air kerana dikhuatiri menyebabkan perut menjadi buncit.

44. Elakkan keluar rumah tanpa tujuan kerana angan-angan yg tinggi menjelang perkahwinan dikhuatiri bakal pengantin mengalami kemalangan jika berada diluar.

Orang-orang tua Melayu dahulu selalu mengingatkan anak cucunya supaya tidak melanggar pantang larang. Melanggar pantang larang samalah dengan tidak mendengar nasihat.

Tips memilih teman lelaki (untuk pompuan je nie...)

Kalau anda sudah memiliki teman lelaki, anda perlu mengamati ciri-ciri lelaki tersebut. Kadangkala lelaki itu sangat menarik, namun sesungguhnya menyimpan bahaya tersembunyi. Indah di luar, namun tanpa disedari dia kerap melukai hati anda.Keganasan si dia tidak nampak kerana dibaluti dengan sikap yang kelihatannya baik. Sebaiknya, sebelum anda menyesal, lebih baik mengetahui terlebih dahulu tentang perangai mereka. Ikuti beberapa tips di bawah ini.
- - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - -

Lelaki Posesif

Lelaki ini kelihatan begitu menyayangi anda. Dia tidak ingin jauh daripada anda. Bahkan, rela menghantar anda walau ke manapun anda hendak pergi. Tapi, jangan cuba-cuba melepaskan diri daripada si dia. Mungkin anda beranggapan bahawa si dia amat sayang kepada anda, sehingga menjadi seorang yang kuat cemburu. Sebenarnya anda sedang terjebak dalam penjara cintanya. Dia menganggap anda cuma barang miliknya yang harus berada dalam genggamannya.

Tanda-tanda lelaki posesif adalah seperti berikut:

a. Kalau anda mahu mengikut sesuatu aktiviti, anda harus meminta izin terlebih dahulu. Si dia tidak membenarkan anda menghabiskan masa dengan teman-teman sebaliknya menyuruh anda menghabiskan sepanjang masa dengannya. Si dia pasti akan marah kalau anda menolak permintaannya.

b. Si dia selalu curiga kalau anda keluar bersama lelaki lain atau teman sepejabat anda walaupun bersama rakan-rakan sepejabat yang lain. Malah si dia selalu mengawasi kegiatan anda. Termasuk sering bertanya tentang cinta anda kepadanya.

c. Si dia juga sering menuntut dan memaksa anda menurut kehendaknya. Si dia mungkin bersikap manis setelah mengamuk kerana anda menolak permintaannya dan dia sering mengatakan tidak boleh hidup tanpa anda dan takut kehilangan anda.

d. Hubungan anda dengan rakan-rakan mungkin terbatas setelah mengenalinya. Lama-kelamaan kehidupan anda makin sepi. Anda mungkin akan kehilangan sosialisasi dengan orang lain. Potensi diri anda susah berkembang dengan wajar.

Lelaki Kasar

Lelaki jenis ini suka memaksa. Anda berasa seolah-olah ada kelembutan dalam dirinya. Dia suka bertindak mengikut perasaan. Selain memaksa, si dia seorang yang ego sehingga anda rasa terkongkong. Mungkin dia bertindak seperti menunjukkan kekuatannya. Tapi, sebenarnya kelakuan ini muncul kerana dia merasa tidak aman.

Gayanya seperti lelaki yang sopan dan baik. Dia sering menyalahkan orang lain di depan umum. Lagaknya seperti jagoan.

Kalau diperhatikan, dia suka merayu. Pada mulanya dia memujuk dengan lemah lembut, kemudian berteriak, membaling barang dan menumbuk tembok. Dia suka menuduh anda dengan tuduhan yang tidak beralasan. Bahayanya, biasanya dia bersumpah tidak akan melukai hati anda lagi. Mengaku sudah sedar. Tapi, dia tidak pernah berubah, jika sudah mulai memukul, kemungkinan besar ia akan mengulanginya lagi.

Lelaki Egois

Lelaki jenis ini lebih mementingkan diri sendiri. Si dia nampak baik dan suka membantu. Padahal si dia suka kalau dapat mengatur anda, dan menunjukkan dia berkuasa ke atas anda. Anda harus melakukan apa saja untuk menyenangkan dirinya atau hatinya. Si dia juga suka membeli anda hadiah.

Kelihatannya romantis, motifnya untuk membuktikan bahawa hubungan anda menyenangkan dan ideal. Dia tidak pernah mempedulikan pendapat orang lain, termasuk anda. Selalu berasa benar dalam segala hal. Suka merendah-rendahkan pasangannya. Kalau prestasi anda lebih tinggi, dia akan marah. Dia ingin membuat anda lemah dan selalu bergantung padanya.

Di samping itu, dia tidak pernah mengambil peduli perasaan anda, yang penting dia gembira. Si dia juga sering mengucapkan kata-kata seperti kalau you benar-benar sayangkan I, you mesti… Anda mungkin kehilangan penghargaan terhadap diri anda sendiri kerana si dia mengatakan, anda tidak dapat hidup tanpanya. Si dia mungkin tidak segan-segan memukul anda.

Lelaki Miang Dan Mata Keranjang

Lagaknya seperti seorang lelaki yang berperwatakan liar. Pandangannya luar biasa kerana yang diminati hanya tubuh anda. Anda mungkin tidak selesa dan berasa janggal jika selalu dipandang. Si dia tidak dapat menyembunyikan dorongan seksualnya. Mungkin dia terpengaruh dengan filem dan bacaan porno atau pergaulan dengan rakan-rakan. Jadi, dia mempunyai fikiran kotor.

Tanda-tandanya adalah seperti pegangan tangan dengan penuh bernafsu seperti ingin bermesra dengan anda. Rayuannya maut. Lelaki jenis ini suka wanita yang bertubuh cantik dan menggiurkan. Dia juga suka memberitahu anda bahawa bahawa ramai wanita tertarik dengannya dan dia tidak segan mengatakan, betapa beruntungnya anda memiliki dirinya.

Bahayanya, lelaki jenis ini tidak mencintai anda sebaliknya dia hanya mencintai seks dan hanya suka dengan tubuh anda. Setelah puas, anda akan ditinggalkan begitu saja. Demi memenuhi keinginannya, dia akan berusaha membuat anda lemah. Akhirnya, seolah-olah hanya dia yang mampu membuat anda berasa dicintai. Anda mungkin tertipu atau lebih buruk lagi anda mungkin kehilangan milik anda yang paling berharga. Anda harus berhati-hati menghadapi si dia yang mempunyai sikap seperti ini.